Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia
Itinerary
Day 4 (12 Oct 2015):
1) Volendam, Marken & Windmills
2) River cruise
Tidak lengkap kalau travel ke Amsterdam tanpa melawat dan tengok sendiri keindahan perkampungan Dutch. Untuk elak dari tempahan penuh, aku membuat tempahan awal melalui online Tour-Ticket. Tiket seperti biasa boleh print dari rumah. Senang, semua di hujung jari. Harga tiket Euro 45 seorang. Tour ambil masa 5.5 jam, dari jam 9.00 pagi ke 2.30 petang. Dalam sehari ada 2 slot iaitu slot pagi dah petang. Aku memilih slot pagi. Kalau slot petang pukul 12.30 pm. Setelah berhari aku google hanya Tour Ticket saja yang boleh pick-up kat nearest hotel yang aku tinggal. Kebetulan aku tinggal kat Hotel Best Western Leidse Square, pick-up point pulak kat parking NH Amsterdam Centre Hotel, lebih kurang 200m saja dari hotel aku tinggal. Tour lain semua kena pergi kat Amsterdam Central. Tak kuasa pagi-pagi nak gigih naik tram ke Amsterdam Central.
Mengikut printed ticket, kami kena tunggu kat NH Amsterdam Centre Hotel jam 8.10am. Punyalah excited, jam 8.00 pagi dalam kesejukan (masa tu -1 deg C) kami dah terpacak kat depan hotel dimana pick-up point kami. Tepat jam 8.10 kelihatan bas berhenti kat depan hotel, kami terus ke bas, tunjuk tiket dan terus naik. Dalam bas ada sepasang tourist selain dari kami. Rupanya kami tak terus pergi ke tour tu, sebaliknya kami akan berkumpul di Damrak 26, Amsterdam Central dan naik coach lain ke tour Volendam, Marken & Windmill.
30 minit berkumpul di ofis Tour & TIcket, kami di bawa ke coach yang akan membawa kami ke Volendam, Marken & Windmill. Coach ni 2 tingkat, kami memilih duduk di bahagian bawah, masing-masing berebut nak duduk tepi tingkap hehehe. Jadinya aku berpisah duduk dengan Wana. Aku dapat seat yang belakang sekali, ermm jadilah, janji dapat duduk tepi tingkap.
Dari Amsterdam Central, kami di bawa ke Zaanse Schans tempat dimana terdapat kincir angin (Windmill) yang masih berfungsi sampai sekarang. Kincir-kincir angin :-
- De Huisman - Mustard Mill
- De Gekroonde Poelenburg - Sawmill
- De Kat - Paint Mill
- De Zoeker - Oil Mill
- De Bonte Hen - Oil Mill
- Het Jonge Schaap - Sawmill
Cuma salah satu kincir Sawmill yang masuk free yang lain berbayar. Kat sana kita orang ditunjuk macammana dengan tenaga angin boleh memproses dari kayu balak hingga menjadi kepingan kayu. Proses yang sangat lama, kadang-kadang makan masa berbulan baru siap potong satu log kayu, bergantung pada kelajuan angin.
 |
meeting point kat depan ofis Tours & Tickets |
 |
Tour Bus - double decker |
 |
Windmill |
 |
our tour guide |
 |
Hi Handsome... |
 |
Windmill |
 |
Banyak rumah kat sini warna hijau |
 |
Windmill - Sawmill |
 |
Kat dalam windmill ditunjuk proses membuat papan kayu dari log |
 |
tenang jer itik-itik ni berenang |
 |
another view of windmill |
 |
log sebelum diproses |
Lepas itu kami dibawa ke tempat pembuatan keju. Di situ kami ditunjuk cara-cara pembuatan keju. Ada dipamirkan peralatan buat keju cara traditional dari kayu dan besi. Kat sini ada jual keju untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Bermacam-macam jenis dan macam-macam rasa, ada yang biasa ada yang jenis premium. Yang harga permium tu mampu tengok jer lar, harganya sekitar Euro 30 ke aras
 |
ditunjukan cara membuat keju |
 |
variety of cheeses |
 |
premium cheese |
 |
alat penimbang keju |
 |
front view |
 |
front view |
Di deretan kedai-kedai terdapat restoran yang kebanyakkannya menjual fish & chips, kedai souvenir, rumah-rumah kediaman berwarna hijau, gerai-gerai menjual ikan mentah diratah gitu saja, ala-ala sashimi. Aku mencuba ikan mentah herring yang diperah sedikit lemon dan diletak sedikit garam, enak jugak rasanya. Kat sini kita orang lunch seafood dan membeli sedikit souvenir. Harga fridge magnet kat sini tak jauh beza yang kat Damrak, Amsterdam Central. Barang souvenir bukan setakat fridge magnet saje, baju, topi, sarung tangan, macam-macam ada. Harga memang berpatutan.
 |
kedai jual ikan mentah, boleh dimakan segera. |
 |
ni pilihan aku, ikan herring ada bawang, pickle, perahan lemon & sedikit garam |
 |
deretan kedai-kdedai souvenir dan restoran |
 |
lunch kami |
Bot sudah menunggu kami untuk dibawa ke Pulau Marken tempat membuat terompah atau wooden clog. Menaiki bot hanya mengambil masa 30minit. Sepanjang perjalanan aku sangat seronok melihat burung-burung seagull berterbangan seolah-olah mengejar bot yang kami naiki. Terpesona melihat burung seagull.
 |
bot untuk ke Marken |
 |
bot-bot nelayan |
 |
si seagull yang jinak |
 |
geram betul aku dengan seagull ni |
Tiba kat tempat pembuatan wooden clog, kami diberi penerangan cara-cara membuat terompah kayu dari sebongkah kayu hingga siap menjadi terompah. Dia menerangkan perbezaan cara traditional dan cara moden. Sudah semestinya cara moden lebih produktif. Tau tak kenapa Dutch memakai terompah kayu ketika berladang, ini kerana dengan memakai terompah kayu kalau lembu-lembu pijak kaki mereka pun tak sakit dan kalau terompah kena lumpur pun kaki akan kering lagipun senang nak bersihkan. Kat sini kalau nak beli terompah kayu sebagai kenang-kenangan pun boleh. Macam-macam jenis dan saiz.
 |
demonstrasi membuat wooden clog dari sebongkah kayu |
 |
mesin membuat wooden clog |
 |
wooden clog |
Okay habis sudah trip ke perkampungan Dutch. Kami dibawa pulang ke Damrak tempat meeting point pagi tadi. Tengok jam baru pukul 2.30, kalau nak balik hotel jawabnya memang tak keluar lagi lar. Baik kami habiskan masa menyusuri canal atau terusan-terusan di Amsterdam dengan menaiki bot. Kat area Damrak banyak jeti yang menawar pelbagai jenis cruise, ada yang murah dan ada yang mahal. Tepuk dada tanya selera. Selera aku seperti biasa lar, selera budget hehe. Kami ke Tour & Ticket, tiket kat sini agak berpatutan iaitu Euro 14 seorang untuk 1 jam cruise. Nama jetinya "Lovers" setentang dengan Central Station.
 |
Euro 14 untuk 1 jam cruise |
 |
Tiket boleh beli kat ofis Tour & Ticket atau terus kat jeti Lovers. Tak payah beli secara online |
 |
at Lovers |
 |
skinny bridge or Magere Brug |
Canals kat Amsterdam ni dibina seawal zaman "Dutch Golden Age" lagi. Disenarai dalam UNESCO World Herritage sejak tahun 2010. Sepanjang perjalanan akan diterangkan sejarah Amsterdam termasuk Anne Frank House.
Dalam perjalanan balik kami singgah kat Central Station, ambil sekeping dua gambar. Pulang ke hotel kami naik tram. Bayar tiket on board, senang kan. Wana siap minta tolong abang jaga tiket tu bagitau kami kalau station kat area hotel kami sampai. Tak ramai orang kat tram itu okay lar, kalau ramai aku rasa tak kuasa abang tu nak layan..hehe.
 |
tiket tram boleh beli on board |
 |
lautan basikal berhampiran dengan Central Station. |
 |
bicycle parking near Central Station |
 |
Amsterdam Central |
Sekian lawatan kat Amsterdam. Bersambung perjalan kami ke Hamburg, German ...........
Hi ~ tumpang tanye. Tour ni under tours & tickets package yg mane ye? :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteKat WIndmill cheese factory saya ikut ground tour. SIla click kat link, mungkin membantu.
Deletehttps://www.tours-tickets.com/en/holland-tours/countryside-windmills-tour/
Terimakasih