Sunday, January 11, 2015

Siem Reap, Cambodia (Part 2)

Sambungan....

Hari Ketiga : 27 December 2014


Kami hanya ada 1 hari sahaja di Siem Reap.  Esok pagi-pagi lagi kami harus bertolak ke Phnom Penh. Selepas sarapan di hotel,  kami meminta pihak hotel menempah teksi bagi membawa kami ke  Angkor Wat, Angkor Thom, Bayon dan Kulen National Park.  Kami bersetuju dengan kadar sewa USD25 sehari.  Nasib baik kami tidak segera setuju dengan tawaran budak tut-tut semalam. Dia offer kami USD18 dengan menaiki tut-tut.  Melihat keadaan jalan di Siem Reap yang azab berdebu merah kuning semua ada..memang aku bersyukur kerana memilih menyewa teksi walau agak mahal.  Kalau kami memilih naik tut-tut mesti ada yang demam.  Bayangkanlah bukan dekat untuk ke Kulen National Park, perjalanannya hampir 2 jam sehala.

Bayaran masuk ke Kulen National Park adalah USD 17/pax manakala untuk ketiga-tiga Angkor iaitu Angkor Wat, Angkor Thom dan Bayon adalah USD 20/pax/day. Di sini ada kategori tiket, samada sehari, 3 hari atau seminggu.  Bayaran ke Kulen kami serahkan duit pada driver teksi, dia akan belikan tiket.  Manakala ke Angkor Wat, Angkor Thom & Bayon driver teksi atau wakil tidak boleh membeli tiket masuk.  Pelancong mesti membelinya sendiri kerana pada tiket tu nanti akan ada photo sendiri.  Hmm...patutlah orang lain tak boleh tolong belikan.




Beratur beli tiket untuk ke Angkor



Harga tiket USD20/pax/day ada line nya sendiri.




Tiket untuk masuk ke Angkor Wat, Angkor Thom & Baron. Photoku hehe..
1 hari USD20
3 hari USD 40
7 hari USD 60


Lawatan pertama kami  : Phnom Kulen National Park 

Bermula seawal jam 8.00 pagi selepas sarapan kami menunggu driver di lobby hotel untuk membawa kami ke Preah Ang Thom & Kulen Mountain Waterfall di Phnom Kulen National Park. Jarak perjalanan dari hotel ke Phnom Kulen National Park adalah 40km mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalanraya di sini agak sukar dengan keadaan geografi yang berbatu dipenuhi dengan sandstone, berdebu agak sempit dan bumby.  Ermmm....nasib baik kami memilih untuk menyewa kereta kalaulah kami pilih untuk naik tut-tut memang kenyang telan debu.  Tetapi ada juga pelancung-pelancung asing yang menaiki tut-tut dan basikal untuk ke sini. Mungkin mereka nak mencuba suatu kelainan dan mencabar... agakkan saja.  


Kami ke Preah Ang Thom


Jalan Masuk ke Preah Ang Thom


Sepanjang jalan ramai yang menjual bunga lotus atau teratai yang digubah secara lipat (folded) adalah menjadi kebanggaan Khmer atau masyarakat Cambodia.  Ianya dijual terutamanya untuk penganut-penganut Buddha sebelum mereka memasuki Pagoda atau untuk acara-acara keagamaan.


Bunga teratai ini jugak lambang agama masyarakat Cambodia.  Bunga ini hidup di air yang keruh dan akan kembang dengan indahnya di permukaan air.  Bila malam tiba bunga teratai ini akan kuncup dan tenggelam didalam air dan akan muncul balik bila subuh tiba.  Indahnya ciptaan Ilahi ini....bunga teratai.

Bagi aku, bunga teratai adalah lambang Cambodia.  Ianya sangat indah bila dilihat secara dekat.  Bila kelopaknya tertutup ianya kurang menarik tetapi bila kelopaknya terbuka dan berkembang akan terselah lapisan demi lapisan kelopak teratai yang esotik.  Begitu juga dengan Cambodia, secara sepintas lalu kita akan melihat Cambodia sebuah negara yang agak huru-hara penuh debu dan suram. Tetapi bila kita lihat secara dekat kita akan dapati betapa indahnya Cambodia ini dengan keindahan monument, angkor, landscape, budaya dan masyarakatnya sendiri.  Cambodia seperti Teratai perlu diterokai bagi mencari keindahan yang tersembunyi.



Bunga Teratai (lotus)..siap digubah secara lipatan 




 kat Kelantan dipanggil etok... ni versi kemboja




etok salai versi kemboja

Jalan masuk ke Preah Ang Thom (Reclining Buddha). Di kiri kanan di penuhi oleh peminta sedekah dan penjual ubat-ubatan.



tangga ke Preah Ang Thom


Gambar bawah tempat Reclining Buddha terletak di atas ketulan batu gunung.  Untuk ke sini kami harus mendaki tangga kedua.

Tempat Reclining Buddha terletak


inilah tangga kedua perlu kami naik untuk ke reclining buddha

Di tempat ini juga dapat disaksikan Patung Buddha berbaring Preah Ang Thom (Reclining Buddha) diabad ke16 yang merupakan salah satu patung Buddha yang terbesar di Cambodia dengan ukuran sekitar 17m panjang dan 8m tinggi.  Ianya diukir dari batu gunung (boulder).  Untuk melihatnya kami terpaksa menapak tangga yang agak tinggi (Gambar di atas).

Aku agak terpesona melihat patung Buddha ini dan ini bukanlah yang pertama kali aku melihat patung reclining Buddha.  Aku pernah melihatnya di Wat Pho, Bangkok dan di Beruk, Tumpat, kelantan. 

Aku perasan yang patung ini mengiring pada sisi kiri dan bukan pada sisi kanan seperti patung-patung reclining yang pernah aku lihat sebelum ini.  Dan aku tidak tahu sampai sekarang kenapa ianya berbeza.

* aku akan update sekiranya aku dapat jawapannya.


Preah Ang Thom Reclining Buddha


Di jalan masuk dan keluar terdapat deretan penjaja yang menjual pakaian, bunga, ginseng, pisang bakar, lepeng kelapa, air minuman.  Aku memilih untuk memcuba pisang bakar dan lempeng kelapa. Kerana kedua-dua makanan ini sinonim dengan makanan di kelantan. Yang lain aku tak berani cuba selain ambil faktor halal.

Adik comel yang berseluar pendek ni kita orang lantik/pilih jadi tour guide kami hehehe...selain dengan kecomelan, adik ini boleh bercakap bahasa inggeris.  Semasa memanjat tangga ke reclining buddha adik ini akan menjaga kasut kami.  Untuk ke reclining buddha, tidak dibenarkan  memakai alas kaki (kasut, sandal, selipar)...barefoot gitu. Bila selesai tour, bagilah sedikit tips untuk adik comel ini...USD1-2 dikira memadai.  



adik manis jual pisang bakar

Kalau di Kelantan pisang bakar akan dimakan dengan kuah manis seakan akan kuah serabei (aku tak tahu bahasa standardnya apa)



pisang bakar versi Kemboja



Ngap...sedap


bersambung....









5 comments:

  1. hi, nak tanya
    boleh bagi info untuk driver ke Kulen National Park tu?

    thanks

    ReplyDelete
  2. Kami mintak tolong pihak hotel arrange kan...extra info kita org tinggal kat Boutique hotel.

    ReplyDelete
  3. Oo...tq ye... agak2 berapa jam ye spend utk kulen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita org sewa taxi ni 1 day, byk tempat blh cover dlm 1 hari (dari 9am-6pm)
      1) Kulen (appx 2hrs)
      2) Bayon (smiling stone faces)
      3) Ta Prohm
      4) Angkor Wat.

      Delete
    2. ok..thanks banyak2.
      tak banyak info pasal kulen national park ni. maybe kurang famous di kalangan rakyt malaysia agaknya..hehe

      Delete