Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia
Itinerary di Amsterdam, Netherland :
Day 3 (11 Oct 2015):
1) Van Gogh Museum
2) Rijksmuseum
Day 4 (12 Oct 2015):
3) Volendam, Marken & Windmills
4) River cruise
Hari ke 3 -
Hari ini kami akan ke Amsterdam. Mogok kat Brussels dah over, alhamdulillah, maknanya hari ini train akan beroperasi seperti biasa. Dan hari ini jugak lah kami hampir-hampir ter"miss" train. Sebabnya kawan aku Wana tersalah tengok ETD & ETA..hehe. ETD 9.52am manakala ETA 11.42. Tanpa aku check tiket, Wana menyakinkan aku yang ETD kami 11 lebih. Ok lah so, lepas subuh kami lepak-lepak kat katil dengan barang belum dipack lagi. Kain baju dengan bekas makanan masih berselerak. Borak, gelak-gelak ...iyelah lambat lagi kan. Jarak train station pun bukan jauh pun. hehehe. Entah macam kuasa Allah, aku tergerak hati nak tengok tiket. Dang!! "Wana pukul 9 lebih lar, bukan pukul 11". Time aku jerit tu aku rasa dalam pukul 8.30 sebab aku ingat lagi aku mandi siap dengan pack barang setengah jam saja. Kain baju main sumbat saja. Turun kat reception tepat 9.15 pagi. hahahaha giler express. Teksi datang tak lama kemudian. Dub dab dub dab dalam teksi...kejab-kejab tengok jam. Dalam hati tu tuhan saja yang tau betapa nervous nya aku. Rasa macam nak suruh driver tu pandu laju sikit. Alhamdulillah kami tiba kat Brussels Midi (train station) jam 9.30, ada 20 minit lagi sebelum departure. Berkejar kami masuk station, nak cari nombor platform kat screen rasanya tak sempat. Aku ternampak sorang pekerja kat train station duk berdiri depan escalator, terus saja aku tanyakan dia nombor platform ke Amsterdam. Dia tunjuk ke arah escalator tempat dia berdiri dengan menyebut nombor platform. Ahhh lega. Train belum sampai lagi...Alhamdulillah...
Tiket train seperti biasa memang kami beli secara online melalui Thalys . Masa kami beli harga tiket memang murah iaitu Euro 29 sehala seorang. TIps nak dapatkan tiket murah kena beli awal. Tiket train Thalys dijual seawal 92 hari sebelum tarikh departure.
Train kat Europe ni memang punctual, tepat jam 9.52 Thayls no 9315 tiba. Officer check tiket sedia menunggu kat pintu masuk train. Hulur tiket, scan, dah sah destinasi, nombor coach betul baru dibenarkan naik. Siap tolong angkat bag lagi, baik hati.
Kami tiba di Amsterdam jam 11.42 pagi. Cantik dan moden Amsterdam Central Station ni. Kami tak berada lama kat station, terus saja keluar ke arah tempat tunggu teksi. Yeahh tak sabar nak explore Amsterdam.
 |
kat dalam Amsterdam Central |
 |
line up tunggu cab |
Amsterdam dirujuk pada Aemstelledamme (dam on the Amstel). Itu asal usul nama Amsterdam. Bahasa rasmi disini adalah Dutch.
Hari pertama kami sempat melawat Museum Van Gogh. Dengan masa 1 jam memang tak cukup untuk melihat semua hasil karya Vincent van Gogh dan Edvard Munch. Kami sampai sudah agak lewat. Museum ini tutup jam 5.00 petang. Dari hotel kami cuma menapak saja kerana jaraknya tak berapa jauh kurang 1km.
Museum Van Gogh adalah sebuah museum seni di Amsterdam yang khusus untuk hasil kerja Vincent van Gogh (1853 - 1890) dan Norwegian artist, Edvard Munch (1863 - 1894) . Terletak di Museum Square dekat dengan museum Stedelijk, Rijksmuseum dan Concertgebouw. Museum ini telah dibuka pada 3 June 1973. Hasil karya Van Gogh terletak di bangunan yang direka oleh Gerrit Rietveld dan Kisho Kurokawa (Japanese). Museum ini paling kerap dilawati di Netherland dan yang ke-35 di dunia.
Bila Vincent van Gogh (1853-1890) meninggal dunia pada tahun 1890, hasil karyanya jatuh ke tangan adiknya Theo. Theo pulak meninggal dunia 6 bulan selepas Vincent dan meninggalkan semua hasil karya Vincent kepada balunya (isteri Theo), Johanna van Gogh-Bonger. Johanna telah menjual banyak lukisan Vincent dengan niat menyebarkan maklumat tentang karya seni Vincent. Koleksi peribadi Vincent masih kekal dalam simpanan Johanna.
Pada tahun 1925, semua koleksi peribadi Vincent diwarisi oleh anak Johanna, Vincent Willem van Gogh. Akhirnya koleksi-koleksi ini dipinjamkan kepada Stedelijk Museum di mana ianya dipamirkan untuk beberapa tahun sebelum dipindahkan ke Vincent van Gogh Foundation pada tahun 1962.
Semasa slide tentang kehidupan Vincent ditayangkan, aku dapat rasakan kesedihannya. Dari zaman remaja hinggalah akhir hidupnya. Beliau berjuang dengan penyakit mental, hidup dalam kemiskinan. Kehebatannya berkarya tidak diketahui sepanjang hidupnya. Vincent pernah cuba membunuh diri dengan menembak di dadanya sendiri tapi tak berjaya. Dia dibawa ke hospital oleh adiknya. Selepas dua hari dibawa pulang, Vincent meninggal dunia. Vincent meninggal dunia pada usia 37 tahun, 27 Julai 1890.
Dalam banyak-banyak karyanya, aku paling suka karya Sunflowers yang dihasilkan pada January 1889. Kat museum ni mengambil gambar dilarang keras.
15 minit sebelum pukul 5 petang, pengumuman kedengaran memberitahu museum akan ditutup dan meminta semua pelawat bersedia untuk beredar.
 |
Entrance Ticket Euro 17, expensive but worth-it |
 |
at gallery |
 |
infront of Van Gogh Museum |
Keluar dari Van Gogh Museum kami menuju ke arah Rijksmuseum yang tak berapa jauh dari Van Gogh Museum. Andaian aku kurang 200m. Kami tau museum ni telah ditutup tapi tak apa lah sekadar bergambar kat tempat I AMSTERDAM. Tempat ni dikira spot wajid untuk bergambar kalau datang Amsterdam.
Lepas round sekeling museum tu sambil merakam berpuluh-puluh keping photo, barulah rasa penat berjalan, perut pun krok krok minta diisi. Aku ternampak kedai pancake De Vier Pilaren, ermm nampak macam menarik. Lagi-lagi aku nampak plaque tripadvisor kat depan pintu masuk kedai pancake tu. Mesti cuba ni. Walaaaahhh patutlah dapat recommendation dari tripadvisor, memang sedap betul pancake ni. Saiz nya pun besar, aku agak 9" diameter dan aku habiskan sorang...hahahaha. Harap kenyang sampai ke pagi esok.
No comments:
Post a Comment