Tuesday, January 13, 2015

Tarian Apsara di Cambodia




Lawatan ke Cambodia tidak lengkap tanpa melihat sepintas lalu mengenai seni persembahan klasik tarian Apsara, seperti yang digambarkan di dinding kuil-kuil Angkor. Tarian Apsara ialah tarian tradisional Khmer, masyarakat Cambodia


Pada masa pemerintahan Jayavarman VII terdapat lebih 3000 penari Apsara. Dulu-dulu tarian ini hanya persembahkan untuk raja-raja sahaja. Tetapi apabila rakyat Thai dipecat Angkor pada abad ke 16 maka orang-orang Thai telah membawa pulang penari-penari balik ke negara mereka. Jumlah penari-penari Apsara di Cambodia hampir pupus akibat kemusnahan oleh Khmer Rouge. Hanya pada tahun 1995 iaitu genab 16 tahun selepas kejatuhan Khmer Rouge, tarian Apsara dipertontonkan awam di Angkor Wat. 

Penari wanita yang terdiri dari anak-anak gadis akan memakai baju sutera yang berkilauan, baju berkolar sequin dan lengkap dengan tiara keemasan. Mereka membuat pergerakan yang lemah gemalai, lutut sentiasa dibengkokkan, tumit menyentuh lantai dahulu pada setiap kali melangkah dan senyuman yang malu-malu terukir di wajah mereka. Manakala penari lelaki akan mengenakan sarung.

Koreografi persembahan Apsara adalah berdasarkan kepada karakter epik Ramayana masyarakat India di samping menonjolkan aktiviti harian penduduknya. Ini termasuklah menangkap ikan, bercucuk tanam dan adegan cinta pasangan muda.

Setiap pergerakan tarian mempunyai simbolisme sendiri tertentu dengan jari menunjuk ke langit, sebagai contoh, menunjukkan 'hari ini', sambil berdiri sisi dengan tapak kaki menghala ke atas mewakili terbang.

Aku berpeluang menyaksikan tarian tersohor ini di Angkor Mondial Restaurant dengan bayaran tiket USD$12 seorang. Ini termasuklah caj sajian bufet makan malam. Selama sejam aku terbuai dengan alunan muzik dan tarian yang lemah gemalai.







Restoran ni memang luas





Penari-penari Apsara











lemah gemalai















Angkor Mondial Restaurant




Ukiran penari Apsara di dinding Angkor













video yang sempat dirakam semasa persembahan



No comments:

Post a Comment