Wednesday, November 4, 2015

Day 14 & 15 - St. Petersburg, Russia




Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia


Itinerary di St. Petersburg, Russia :

Day 13 - Previous entry
1) St. Petersburg Mosque

Day 14 :
2) The State Hermitage Museum (Winter Palace)
3) Palace Square
4) Church on Spilled Blood
5) Summer Garden

Day 15 :
6) St. Isaac's Cathedral


The State Hermitage Museum.

Pagi ini kami plan ke Hermitage Museum dulu kerana berhampiran dengan hotel kami tinggal. Kami sampai sudah agak lewat. Dah ramai orang memenuhi perkarangan museum. Harga tiket masuk RUB600 atau RM42 saja, murah kan. Tiket boleh dibeli dengan menggunakan mesin tiket. Patutlah ramai orang kat museum ini, memang cantik betul. Kami layan kat museum ni lebih kurang 2 jam, itu pun tak puas rasanya. Semuanya memukau mata. Sukar nak ungkap dengan tulisan aku yang caca marba ni. huhu...


Info sikit pasal The State Hermitage Museum.  Tempat ini sememangnya cantik dan sebaiknya kita kena ambil tau sikit sebanyak sejarah/info. Berilmiah gituss.

Dari tahun 1760-an Winter Palace adalah kediaman utama Russian Tsars. Kedudukannya yang strategik di tebing Sungai Neva  dengan rekabentuk bangunan menyamai Boraque-style membuat istana ini begitu menarik. Sekarang ia lebih dikenali sebagai Hermitage Museum. Museum tiga (3) tingkat yang dibuka untuk kunjungan awam ini berwarna hijau dan putih, mempunyai 1786 buah pintu, 1945 panel tingkap dan 1057 dewan yang mewah hiasannya.  Cuba bayangkan betapa indahnya istana ini.  Kemewahan istana ini bagi aku menyerupai Versailles, Paris dan Residence Palace of Munich yang pernah aku lawati sebelum ni. Ianya teramat mewah.

Winter Palace ini telah dibina antara tahun 1754 dan 1762 untuk Empress Elizabeth anak kepada Peter The Great.  Tetapi sayangnya Elizabeth telah meninggal dunia sebelum istana ini siap. The Hermitage Museum ini adalah art gallery yang terbesar di Russia dan antara yang terbesar dan dihormati di dunia.  Banyak hasil karya dari seluruh dunia pernah dipamirkan di sini, dari Ancient Egypt hingga awal 20th century Europe. Pakar seni pernah berkata kalau anda habiskan masa seminit untuk setiap karya yang dipamirkan di Hermitage ni, anda mungkin memerlukan 11 tahun untuk habiskannya.  Nak tunjukkan betapa banyaknya. Aku sendiri pun tengok dan jeling saja.... nak amati satu-satu memang tak terbuat.  Kalau ada rezeki, InsyaAllah aku ingin ke museum ni lagi.  Tak puas.


tiket masuk RUB600


Grand staircase


Hall


Hall


walkway to another hall


hall


rear view


front view

Palace Square


Keluar saja dari Hermitage Museum terbentang kat depan mata Palace Square.  WOW!!

Terletak bersebelahan dengan Hermitage Palace dan hanya beberapa meter dari Nevsky Prospect iaitu jalan utama (main avenue) bandar St Petersburg. The Palace Square ini terbentuk semasa zaman Alexander I lagi yang mahu menjadikannya sebagai monumen kemenangan Rusia keatas Napoleon.

Dataran bandar utama di St. Petersburg ni dua kali ganda besar berbanding dengan Red Square di Moscow.  Pada zaman Soviet dulunya tempat ini dijadikan tempat demostrasi dan pembarisan. Sejarah menyaksikan banyak peristiwa berlaku di sini seperti Bloody Sunday of 1905, Bolshevic Revolution of 1917 & 1991 Communist Coup.  Tapi sekarang ni tempat ni dah jadi tempat concert macam penyanyi popular buta Andrea Bocelli, Madonna, Sting, Shakira etc.

Di tengah-tengah Palace Square terpacak Alexander Column yang tingginya 47.5m dan berat 500 tonne. Menurut sejarah, column ni adalah yang tertinggi di dunia. Akitek yang design ni sama dengan yang design St Isaac's Cathedral iaitu French architect nama Montferrand. Mengambil sempena nama Alexander I seorang pahlawan semasa perang Napoleon. Dibina dari tahun 1830 - 1834. Dibuat dari "single red granite slab" . Yang special pasal column ni ia tak ada special attachment yang digunakan bagi column ini kekal stabil.  Ianya berdiri teguh dek beratnya sendiri (under its own weight).


view from Hermitage Museum


Hermitage Museum, green & white building


aku tak tau apa nama lori macam tin biskut tu.  Color ngam pulak tu.


tempat aku beli souvenirs, tak jauh dari Palace Square


Church on Spilled Blood


Lepas membeli sedikit souvenirs kat area Grand Palace tu aku beredar untuk ke Church of Spilled Blood. Tak lah jauh sangat, kalau ikutkan pakcik google cuma 1km saja. Tapi sebabkan kami sesat entah mana-mana kami lalu ditambah pulak masalah bahasa, jadi dari 1km menjadi lebih 2km. Dalam perjalanan ke church tu ternampak Starbuck, apa lagi mengopilah kejab, dapatlah hilangkan penat. Bolehlah check google map location sebenar church ni. Tak jauh lagi rupanya. Bayaran masuk ke church ni adalah RUB250 atau RM18.


Cathedral ini adalah yang paling terkenal di St. Petersburg. Direka oleh Father Ignaty dan akitek Parland. Dibina sebagai tanda Alexander II telah dibunuh oleh pengganas People's Will pada 1 March 1881. Pembinaan ini mengambil masa 14 tahun dan dibiayai penuh oleh penduduk Russia sendiri. Tidak seperti cathedral yang lain, Cathedral ini tidak pernah berperanan sebagai gereja tetapi menjadi sebuah museum dari dulu sampailah sekarang.

Bosheviks dan pemimpin-pemimpin Soviet pernah bergilir-gilir merancang untuk merobohkan cathedral ini tetapi rancangan mereka tidak pernah dibuat. Plan saje lar, buatnya tidak (bahasa mudah). Akhirnya, semasa rejim Soviet bangunan ini dijadikan gudang. Selepas 30 tahun pembaik-pulihan, pada tahun 1997 cathedral ini dibuka kepada orang awam. Baru lagi rupanya...

Dari jauh kita sudah nampak 9 buah kubah bentuk cendawan (domes) bersinar keemasan dengan warna-warna enamel terang. Hiasan dalamannya sangat memukau mata. Dihiasai dengan mosaic yang unik dimana permukaannya dibiarkan tidak digilap (unpolish) supaya bila terkena reflek cahaya matahari ianya kelihatan lebih baik efeknya. 

Church of Spilled blood


lihat dome nya so colorful


interior


interior


Summer Garden

Dalam perjalan pulang dari Church of Spilled Blood, kami singgah di Summer Garden memandangkan ianya berdekatan.  Masuk kat taman ni percuma.

Summer Garden ini terletak dimana Sungai Fontaka mengalir keluar dari Sungai Neva. Diasaskan pada tahun 1704 oleh pemerintah Peter The Great yang secara peribadi terlibat dalam merancang taman ini. Taman ini jugak lokasi Summer Palace yang pertama Peter The Great.

Pada tahun 1777 Summer Garden pernah rosak teruk akibat banjir besar.  Beberapa patung telah musnah dan fountain telah pecah. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian ia telah dibaik pulih semula.  Hari ini kita boleh tengok 79 patung yang diukir oleh pengukir terkenal Itali di abad ke-17 dan ke-18 termasuk lah Boratta, Bozzazza termasuk koleksi tertua patung taman di Russia.



Panorama of the Summer Garden and surrounding landmarks, including St Michael's Castle and the Field of Mars (Sumber Google)
me and fall foliage 


dreaming 


garden


St. Isaac's Cathedral

Kami ke St Isaac's Cathedral pada hari ke 15 iaitu sebelum kami bertolak ke Moscow.  Destinasi yang terakhir.  Cathedral ini hanya di sebelah hotel kami saja. Sebelum jam 10.30 pagi kami dah berada kat depan kaunter tiket. Kami tak boleh ambil masa yang lama kat cathedral ni kerana perlu berada kat train station sebelum pukul 12.00 tengahari.  Entrance fee cuma RUB 250 atau RM18. Aku perasan yang semua entrance fee yang aku masuk kat St. Petersburg murah-murah belaka. Patutlah Doktor yang kami jumpa kat Butcher shop tu kata kos sara hidup kat St. Petersburg murah.  Memang ada betulnya.

Catheral St. Isaac ini adalah antara gereja orthodox yang tercantik di dunia. Cathedral ini asalnya dibina sempena Peter the Great penaung St. Isaac Dalmatia.  Dulu cathedral ini adalah sebuah gereja kayu dan tempat perkahwinan Peter the Great dan Catherine. Selepas berlaku kebakaran pada awal abad yang ke 18, gereja ini telah diganti dengan gereja batu.  Rekabentuknya ditentukan melalui satu pertandingan yang dimenangi oleh akitek muda France bernama Montferrand.  Ia mengambil masa 40 tahun untuk dibina iaitu dari tahun 1818 hingga 1858.

Tidak lama selepas pembinaannya, Cathedral ini telah diberi status gereja utama dan banyaklah majlis-majlis rasmi perayaan diadakan di dalamnya.  Semasa perang dunia ke-II banyak kerosakan berlaku dan telah dibaikpulih semula pada 1950-an. Kemudian dibuka semula kepada awam sebagai sebuah museum peringatan.

Dengan ketinggian kubah (dome) utama 101.5m yang di hiasi dengan emas asli semestinya memukau mata memandang.  Dari jauh sudah kelihatan kubahnya yang berwarna keemasan.  Kubah besi dibina dengan struktur cast iron. Kubah ini yang ketiga dibina sedemikian rupa selepas Leaning Tower Nevyansk (1732) dan Cathedral Mainz (1826).

St. Isaac's Cathedral dome (sumber wiki)



St. Isaac Cathedral from far


golden dome

interior


interior


huge door


door details


interior


interior


door handle besar betul dan berat


Bersambung ....




No comments:

Post a Comment