Tuesday, May 20, 2014

VALENS AQUEDUCT DAN MASJID & KOMPLEKS FATEH (FATEH CAMII), ISTANBUL


Hari pertama :

Selepas melawat Masjid Suleymaniye kami terus kesini.  Kawan baikku Wana beria ria nak melawat Masjid Fateh (Fateh Camii), katanya mesti pergi...sejarahnya hebat.  Kami ke sana berjalan kaki berpandukan map dan mulut yang tak henti2 bertanya orang arah masjid ini. Walau dia orang tak fasih bahasa Inggeris tapi mereka membantu kami hingga kami sampai ke masjid ini.  Perjalanan sejauh 2km dengan laluan berbatu menuju puncak (macam AF lah pulak)..memang kedudukan masjid ini di aras tinggi . Memang betul-betul mencabar kesabaran kami...letih tu ..tuhan je yang tau. Mungkin faktor usia kut...hehehe

Sebelum sampai ke Fateh Camii kami melalui satu binaan yang hebat namanya Valens Aqueduct.



Sedikit berkenaan binaan ini :

Rupa macam kubu atau gerbang kota lama di belakang kami namanya Valens Aqueduct. Aqueduct dalam bahasa Roman bererti Sistem Saliran Air. Panjang Aqueduct ni adalah 971m dan setinggi 29m.

Pembinaan Sistem Bekalan Air ke seluruh bandar bermula dari pemerintahan Empire Roman di bawah Constantine I. Bila bandar ini dibina dengan pertambahan penduduk dan kawasan, system pengairan ini dibesarkan untuk memenuhi keperluan penduduk.


Valens Aqueduct pada asalnya mendapat sumber air dari lereng bukit Kağıthane dan Sea of Marmara, adalah salah satu sistem saliran air yang baru pada masa itu. Lebih 250km panjang sistem ini. Bekalan air ini disimpan di 3 empangan air terbuka dan lebih seratus di bawah tanah seperti Basilica Cistern (aku akan update mengenai Basilica Cistern) dengan jumlah lebih dari 1 juta meter padu air. Hebatkan orang dulu-dulu. Tabik spring...

Tarikh pembinaan adalah tidak pasti dan siap pada tahun 368 pada zaman regim Roman Emperor Valens (nama diambil dari sini).


Binaan ini dibuat dari campuran batu bata dan batu blok Ashlar (lebih kurang batu (stone) tapi lebih halus potongannya)


aku dan bff..


bayangkan dengan 971m panjang...betul2 hebat binaan ini.


Gambar bawah ni adalah pintu masuk ke Makam Sultan Fateh.  Sesiapa yang baca berkenaan Sultan Fateh ni memang akan teruja untuk melawat makamnya.  Macam aku lah...dari zero sekarang ni baru tau hebatnya manusia yang bernama Fateh ni.

Masjid & Kompleks Fatih Camii  sebenarnya dibina semula pada tahun 1766 selepas musnah  semasa gempa bumi. Binaan ini direka oleh Akitek Sinan pada tahun 1463 dan siap pada tahun 1471.  



Senibina siling



Ringkasan Sejarah Muhammad al-Fatih atau Fatih Sultan Mehmet:

Manakala mengenai Muhammad al-Fatih yang membuka dan membebaskan kota Istanbul, dalam bahasa Turki, Muhammad sering disebut dengan Fatih Sultan Mehmet. Beliau lahir pada 30 Mac 1432 dan wafat pada 3 Mei 1481.

Merujuk segi kesolehannya, Muhammad al-Fatih disebutkan tidak pernah meninggalkan tahajud dan solat rawatib sejak baligh hingga waktu wafatnya. Pendekatannya kepada Allah SWT diajarkan kepada tenteranya. Sehinggakan tenteranya tidak pernah meninggalkan solat fardu dan solat tahajud sejak baligh. Itulah barangkali kunci utama kejayaannya dan tenteranya dalam menaklukkan kota Istanbul sebagaimana dalam hadis di atas.

Prestasinya menakluki kota Istanbul, beliau kemudian mendapat gelaran 'Al-Fatih' yang bererti penakluk atau pembebasan. Barangkali juga jolokan gelaran itu diberikan kepadanya kerana para pelaku sejarah sebelumnya tidak pernah berhasil menakluk Istanbul walaupun ada hadis mengenai hal itu.

Manakala orang Barat menyebutnya The Conqueror (penakluk). Ada implikasinya bila menyebut penakluk, bahawa beliau seolah-olah pemimpin yang ganas dan kejam. Pada hal gelaran yang sebenarnya dalam bahasa Arab adalah 'Al-Fatih'.

Di samping itu, beliau merupakan seorang yang sangat pakar dalam peperangan dan pandai berkuda. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian hidupnya dihabiskan di atas kudanya.

Lebih menarik, meskipun beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur pemerintahan, namun kerana kepakarannya dalam ilmu strategi perang, hampir seluruh perjalanan jihadnya adalah di bawah pimpinannya. Bahkan beliau tetap berangkat berjihad walaupun sedang menderita penyakit.

Beliau juga ahli di bidang pentadbiran negara, baik secara fizikal atau birokrasi dan hukum. Kehebatan beliau dalam mentadbir negaranya menjadi negara yang sangat maju diakui oleh banyak ilmuan dunia. Bahkan secara serius beliau banyak melakukan pembaikan dalam hal perekonomian, pendidikan dan lain-lain.

Dari segi kepimpinan, Istanbul dalam waktu singkat sudah menjadi pusat pemerintahan yang sangat indah dan maju serta kota ekonomi yang berjaya.

Beliau juga pakar dalam bidang sains dan matematik serta menguasai enam bahasa sejak berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat namun cukup bertawaduk dan merendahkan dirinya.

Maka tidaklah hairanlah tenteranya paling rajin bersolat fardu dan sunat.

Setelah menakluk kota Konstantinopel, namanya diubah kepada Islambul yang bererti Kota Islam, Kemudian nama itu telah diganti oleh Mustafa Kemal Ataturk menjadi Istanbul.

Sejak itu ibu kota khalifah Bani Usmaniyah beralih ke kota Istanbul dan menjadi pusat peradaban Islam dunia selama beberapa abad kemudian. Kerana kota itu dibangun dengan segala bentuk dan seni keindahannya, percampuran antara seni Eropah Timur dan Arab jelas ketara.

Gereja-gereja dan tempat ibadat bukan Muslim dibiarkan berdiri dan tidak diganggu. Sementara khalifah membangun gedung-gedung yang indah dan cantik yang dapat disaksikan hingga kini.

Kejayaannya itu menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepemimpinannya serta taktik strategi peperangan yang dikatakan mendahului zamannya.

Sebagai memperingati jasa Muhammad al-Fatih, Masjid al-Fatih telah dibangunkan di sebelah makamnya di Istanbul.



pintu utama untuk masuk ke makam Sultan Fateh



Ringkasan masjid ini


pandangan sisi makam Sultan Fateh 


pintu masuk ke makam


Makam Sultan Fateh Sultan Mehmet


Makam Sultan Fateh



rekabina siling



rekabina dalaman makam




pandangan luar Makam (kiri) & Masjid (kanan)



tempat mengambil wudu' di Masjid Fateh



Masjid Fateh


aku didalam masjid Fateh


Senibina hebat dari Akitek Sinan