Tuesday, November 3, 2015

Day 13 - St. Petersburg, Russia


Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia

Itinerary di St. Petersburg, Russia :

1) St. Petersburg Mosque
2) The State Hermitage Museum
3) Palace Square
4) Church of Our Savior on Spilled Blood
5) Summer Garden
6) St. Isaac's Cathedral

21 October 2015, Jam 10.00 pagi kami tiba di Helsinki Central Railway Station. Time departure jam 11.00 pagi, masih ada banyak masa lagi.  Sangat menarik rekabentuk station ini, ada kelainan berbanding dengan station yang pernah aku lawati sebelum ini. Menurut kata makcik "Wiki", Station ini adalah antara yang tercantik di dunia.  Direka oleh Finnish akitek bernama Elier Saarinen dan telah dirasmikan pada tahun 1919. Bahagian facade bangunan dibuat dari Finnish granite dan juga terdapat menara jam & dua pasang statues memegang lampu berbentuk bulat.

Entrance Helsinki Central Railway Station (sumber google)

interior Helsinki Central Railway Station

Cantik interior station ni

platform di station Helsinki


Dari Helsinki ke St Petersburg, Russia kami menaiki high-speed train Allegro No. 784M. Dengan kelajuan 220km/hr.  perjalanan ini cuma mengambil masa selama 3.5 jam. Dan kami tiba di St. Petersburg jam 2.40pm.

Untuk tiket ini, aku telah membuat tempahan awal dari web Allegro Train ini adalah milik Russian. Harga tiket USD 98  dan boleh dibeli 90 hari sebelum tarikh departure.  Tiket ini boleh dicetak di rumah dan perlu diingat jangan lipat kat tempat barcode.

Seperti biasa selepas dapat tau no platform, kami akan snap gambar sekeping dua sekitar station keretapi dan kemudian mengopi kat cafe yang berdekatan dengan platform.  

Setengah jam sebelum pukul 11.00 pagi kami bergegas ke platform 10,  Tiba di sana ada kelainan, train yang berada di situ bukan Allegro. Aku memang yakin, gambaran Allegro memang aku ingat. Setelah mendapat pengesahan yang train ini akan ke St. Petersburg baru kami berani naik.  Dalam perjalanan, datang seorang pegawai memberitau yang kami perlu turun di Station Kouvala untuk tukar ke train Allegro.  Pulak...ermmm...Semua penumpang turun di Kouvala.  Rombongan ahsoh ahsoh dari China mainland  memenuhi gerabak keretapi.


Kouvala Station tempat kami turun untuk tukar train 


Yeayy Allegro High-Speed Train


interior Allegro, selesa

view yang sempat aku capture



mag yang ada kat seat, smua bahasa Russian

Setengah jam tunggu, Allegro tiba.  Haaa ni baru betul. Keadaan interior Allegro memang selesa dan luas. Yang penting sekali wifi laju. Tips: Kat Russia matawang Ruble (RUB) saja yang diterima.  So, kalau tak ada note Ruble jangan susah hati yer hehe...kat atas train ni ada abang hensem yang sedia berkhidmat (memang kerja dia pun). Dia akan pergi ke setiap coach.  Aku tukar sedikit note Euro ke Ruble, rasanya dalam Euro 100, dapatlah RUB7020, kalau tak cukup boleh tukar lagi kat money changer.

Train ini berhenti di Vyborg Station sebelum crossing border.  Pegawai-pegawai kastam & Immigration dan trained dog milik Russian naik dan pergi ke setiap coach check samada ada barang terlarang dibawa. Passport akan di check rapi, helai demi helai, belek belakang depan dan lagi dan lagi, tengok aku atas bawah baru dicop. arrr lega....

Tiba di St. Petersburg sudah jam 2.40pm.  Keadaan station dipenuhi oleh tentera/polis aku tak berapa pasti.  Yang pasti kami diarahkan beredar secepat mungkin dari station sehingga nak snap gambar station pun dia tak bagi. Muka semua ketat. Sedeh betul.  Tiba kat luar station kami dihurung oleh ulat-ulat teksi.  Tak tau yang mana satu betul yang mana satu genuine.  Tawakal saja...aku memilih abang teksi yang duk jauh sikit dari pintu masuk station.  Alhamdulillah setelah tawar menawar, dia setuju untuk ke hotel Grand Mark dengan caj Euro 16. Dan yang paling kami happy, dia boleh berbahasa Inggeris.  

Dalam teksi kami tanya dia tempat-tempat yang biasa tourist pergi. So, dia pun bla bla bercerita non-stop.  Aku ambil tips tips yang dia bagi.  Ikut citer abang ni, Summer Garden adalah tempat wajid dikunjungi.  Ok, Wana kita masukkan dalam list.   

Kami check in kat Hotel Grand Mark.  Hotel ni terletak kat kawasan strategik, dekat dengan POI (Places of Interest) yang kami plan nak pergi.  Hotel ni jugak dapat ranking yang baik oleh tripadvisor dan booking.com.  Bilik pun luas, selesa dengan harga semalaman yang berpatutan (less RM400 untuk 2 malam) dan yang best sekali brekkie in bed, menu boleh pilih sendiri....ye haaaa hahahaha.


bilik kami, selesa dan murah

bilik air
brekkie in bed

 pilihan tourist

Lepas mandi, solat dan rehat sekejab, kami ambil keputusan pergi ke St. Petersburg Mosque yang jauh jugak lah kalau menapak, kurang 3km.  Kami ada 2 option, 1) menapak 2) naik tram.  Problem nak naik tram adalah bahasa. Tak ramai Russian boleh berbahasa Inggeris dan kebanyakan signage dalam bahasa Russian. Jadi, untuk elak dari timbul masalah besar seperti sesat , kita orang decide jalan kaki.  Boleh jugak tengok panorama petang. An evening in St Petersburg heheheh.

Keputusan yang kami ambil memang worth it.  Panorama sepanjang susur sungai Neva amat mempersonakan.  Sungai Neva mengalir hening, daun-daun kuning mewarnai sepanjang susur jalan, rekabentuk bangunan di kanan jalan amat memukau mata.  Jambatan Trinity merentasi Sungai Neva yang kami lalui direka oleh akitek French. Dibina pada tahun 1897 - 1903. Panjang jambatan ini adalah 582m x 23.6m lebar.  Nama Jambatan Trinity ini diambil sempena dari Old Trinity Cathedral.


Trinity Bridge from far

Trinity Bridge was designed by French Architect

Walkway along Neva River


St. Petersburg Mosque
Kami tiba di St. Petersburg Mosque sudah gelap. Maknanya waktu Isya' dah tak lama lagi.  Kami mencari pintu masuk masjid.  Kat bahagian pintu masuk utama penuh dengan scaffolds.  Kerja-kerja pengubah-suaian masih belum siap. Kami ke belakang bangunan, ada pintu masuk ke masjid.  Aku masuk ke salah satu pintu.  Sign ada ditampal kat pintu tapi aku tak faham, ia dalam bahasa Russia. Kat dalam tu ada 2 orang lelaki, aku buat sign (body language) nak solat dan tanya dia kat mana, selepas aku dapat tau kedua-dua tak boleh berbahasa Inggeris. Dengan baik hati dia tunjukkan arah tempat solat dan tempat wuduk muslimah.  Alhamdulillah.... aku dapat solat jamak Maghrib & Isya' di masjid besar St. Petersburg.

Usai solat, aku menanyakan dia dimana boleh beli makanan halal. Tunjuk sign "makan" dan sebut "halal". Dia angguk tanda paham dan tunjuk sign suruh kami follow. Sampai depan pintu kedai. yang tak jauh dari masjid, laa Butcher Shop. Ermmm dia tak paham apa yang aku maksubkan rupanya..... nak tak nak beli lah sosej & pastrami.  Bolehlah dipanaskan pakai microwave.  Kat Butcher shop tu aku tanyakan kat mana lokasi restoran halal yang berdekatan.  Salah sorang pelanggang kat kedai tu seorang surgeon muslim Indian dengan baik hati membawa kami ke Restoran milik orang Tajikistan. Jalan kaki aje, tak jauh. Wana tanya doktor tu kenapa dia cari rezeki kat sini dan bukan kan negara Eropah yang lain. Kata doktor tu, kos sara hidup kat St. Petersburg tak semahal negara Eropah yang lain. Sebab itu dia memilih untuk mencari nafkah di bumi St. Petersburg. Kisahnyaa....

Kedai milik orang Tajikistan ni tidaklah besar sangat, muat dalam 20 orang pelanggan ikut kiraan aku. Ada kisah lucu berlaku kat restoran ni, kalau aku ingat balik mesti senggeh sorang-sorang. Masa nak order makanan, Wana ternampak ada air warna putih dalam botol yang disusun kat chiller. Again, masalah bahasa timbul.  Dua pekerja restoran ni (satu muda & satu agak berumur) tak boleh berbahasa Inggeris.  Aku agak dia faham apa yang Wana tanya tapi tak tau nak jawab balik. Puaslah aku guessing, sebut milk lar, lassi lar, soya lar...hahaha.  Semua digelengkan kepala. Last last pekerja yang berumur ni dengan spontan tunjuk aksi "lembu" (2 jari kat kepala), aku dengan kuat menyebut "Mooooo" hahahaha semua ketawa termasuk lah pelanggang restoran yang lain. Barulah uncle ni angguk tanda jawapan aku betul  Air ni sebenarnya campuran susu lembu.  Rasanya lebih kurang lassi. Sampai sekarang aku tak tau nama sebenar air ini.


St. Petersburg Mosque with blue dome



design facade sama dengan design masjid kat Uzbekistan

ruang solat

another ruang solat
Butcher shop halal


Butcher shop halal

Berbual-bual dengan surgeon Indian Muslim sambil bertanyakan arah Restoran halal yang berdekatan

Restoran milik orang Tajikistan.  Mee sop dia sedap jugak

ruang restoran & menu makan kat belakang

hehehe botol "mooooo"


Lepas dinner kami terus balik.  Menapak lagi 3km dalam cuaca yang sangat sejuk dan berangin, amatlah tak cool. Aku rasa suhu sekitar 1 - 3 deg C.  Aku perasan waktu malam kat St. Petersburg agak happening. Kat sini pukul 10.00 masih ada restoran atau gedung-gedung niaga yang masih berurus niaga dan ini tidak berlaku kat negara Eropah yang lain. Kat tempat lain jam 6 dah shut down. Kami berjalan umpama siput kinzir mungkin kepenatan berjalan jauh. Maunya tak penat, hari ni saja kami berjalan almost 6.7 km (refer apps Steps kat handphone).  Sampai bilik saja terus flat. Zzzzz.

Bersambung hari kedua di St Petersburg.




No comments:

Post a Comment