Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia
Day 6 (14 Oct 2015) - Copenhagen, Denmark
Kami tak lah tergesa-gesa sangat untuk ke train station memandangkan cuma seberang jalan saja. Pukul 9.15 pagi baru kami check-out hotel. Sambil menunggu train tiba, aku sempat menikmati kopi O panas dengan Chocolate Croissant.
Di bawah jadual perjalanan kami dari Hamburg ke Copenhagen:-
Hamburg Hbf - Koebenhavn Hbf via ICE #33 Coach No. 27
Harga tiket : Euro 33.50/pax/one-way
ETD : 9.28 am
ETA : 2.13pm
Kali ini perjalanan kami lancar, tiada sebarang masalah. Aku habiskan masa dengan melihat pemandangan yang cukup indah. Tenggelam dalam menikmati alam ciptaan Allah SWT yang cukup indah sukar digambarkan dengan tulisan
 |
Hamburg Hbf |
 |
coffee & croissant |
Urban House Hotel yang kami tempah tak jauh dari train station, kurang dari 200m. Urban House Hotel sama dengan Omena Hotel kat Helsinki dimana door code dan nombor bilik akan di SMS sehari sebelum tarik daftar masuk (check-in). Kami sampai kat hotel sudah lewat jam 3 petang. Sambil menunggu masa dibenarkan masuk bilik iaitu pukul 4.00 petang, kami lepak kat ruang lobby hotel sambil ber"wifi" percuma. Bila dah ber"internet" memang tak rasa masa berlalu begitu pantas. Kejab jer dah pukul 4.00pm. Terus kami ke bilik hotel.
Selepas mandi, solat, rehat dan makan apa yang kami bawa, aku dan teman aku Wana bersiap-siap untuk keluar. Cuaca agak sejuk dan berangin di Copenhagen. Tempat yang kami lawati untuk hari pertama di Copenhagen adalah Tivoli Gardens. Kami ke Tivoli Gardens dengan menapak saja memandangkan jarak Urban House Hotel dengan Tivoli Garden tak jauh sangat cuma 350m. Hanya Kalau kat tripadvisor Tivoli antara top 10 tempat yang mesti dilawati. Entrance fee DKK 99 (Euro 13). Tivoli Gardens ni sebenarnya taman permainan (amusement park) dan taman (garden). Bayaran masuk DKK99 tu tak termasuk kalau nak main permainan kat situ. Kat dalam ni macam-macam mainan ada seperti Ferris Wheels, The Demons, The Golden Tower, The Classic Carousel, The Star Flyer dan macam-macam lagi. Kalau musim panas (summer) akan diadakan live concert. Lady Gaga pernah buat show bulan Julai lepas. Tivoli Garden ni ada bahagian-bahagian yang ikut kebudayaan seperti India, Chinese dan Arab.
Tivoli Gardens ditubuhkan pada tahun 1843 dan telah diiktiraf sebagai khazanah negara Denmark dan tarikan antarabangsa. Taman permainan ini adalah yang kedua tertua di dunia selepas Dyrehavsbakken, Denmark (The Deer Park's Hill) yang terletak 10km ke utara Copenhagen (detail boleh baca kat sini Dyrehavsbakken ). Tivoli Garden ni jugak antara theme park yang paling popular selepas Disneyland Paris, Europa-Park Rust, Germany dan Efteling, Netherlands.
Penulis cerita dongeng popular Hans Christian Andersen (yang inspire statue of mermaid) telah melawat banyak kali kat taman ini begitu jugak Walt Disney dan selebriti lain, semua telah jatuh cinta dengan taman-taman ini.
Masa aku pergi ke Tivoli Garden masa tu musim luruh (autumn), seluruh Tivoli yang luasnya 82 hektar telah diubahsuai (transform) ikut tema Halloween. Taman tu dihiasi penuh dengan labu-labu, lantern, dan ahli-ahli sihir. Waktu malam lagi cantik. Waktu ni semua lampu fairy lights akan dibuka.
 |
Entrance Tivoli Garden |
 |
Tivoli |
Bersambung hari ke 2 di Copenhangen...
Did u try the Kebabish Halal Restaurant in Copenhagen?
ReplyDeleteI not try any kebab during my stay in Copenhagen. But along of Stroget Street (longest pedestrian shopping street in Europe actually) , there are plenty of halal restaurants.
DeleteNama je kebabish tapi ada biryani sedan
ReplyDelete