Tuesday, May 20, 2014

VALENS AQUEDUCT DAN MASJID & KOMPLEKS FATEH (FATEH CAMII), ISTANBUL


Hari pertama :

Selepas melawat Masjid Suleymaniye kami terus kesini.  Kawan baikku Wana beria ria nak melawat Masjid Fateh (Fateh Camii), katanya mesti pergi...sejarahnya hebat.  Kami ke sana berjalan kaki berpandukan map dan mulut yang tak henti2 bertanya orang arah masjid ini. Walau dia orang tak fasih bahasa Inggeris tapi mereka membantu kami hingga kami sampai ke masjid ini.  Perjalanan sejauh 2km dengan laluan berbatu menuju puncak (macam AF lah pulak)..memang kedudukan masjid ini di aras tinggi . Memang betul-betul mencabar kesabaran kami...letih tu ..tuhan je yang tau. Mungkin faktor usia kut...hehehe

Sebelum sampai ke Fateh Camii kami melalui satu binaan yang hebat namanya Valens Aqueduct.



Sedikit berkenaan binaan ini :

Rupa macam kubu atau gerbang kota lama di belakang kami namanya Valens Aqueduct. Aqueduct dalam bahasa Roman bererti Sistem Saliran Air. Panjang Aqueduct ni adalah 971m dan setinggi 29m.

Pembinaan Sistem Bekalan Air ke seluruh bandar bermula dari pemerintahan Empire Roman di bawah Constantine I. Bila bandar ini dibina dengan pertambahan penduduk dan kawasan, system pengairan ini dibesarkan untuk memenuhi keperluan penduduk.


Valens Aqueduct pada asalnya mendapat sumber air dari lereng bukit Kağıthane dan Sea of Marmara, adalah salah satu sistem saliran air yang baru pada masa itu. Lebih 250km panjang sistem ini. Bekalan air ini disimpan di 3 empangan air terbuka dan lebih seratus di bawah tanah seperti Basilica Cistern (aku akan update mengenai Basilica Cistern) dengan jumlah lebih dari 1 juta meter padu air. Hebatkan orang dulu-dulu. Tabik spring...

Tarikh pembinaan adalah tidak pasti dan siap pada tahun 368 pada zaman regim Roman Emperor Valens (nama diambil dari sini).


Binaan ini dibuat dari campuran batu bata dan batu blok Ashlar (lebih kurang batu (stone) tapi lebih halus potongannya)


aku dan bff..


bayangkan dengan 971m panjang...betul2 hebat binaan ini.


Gambar bawah ni adalah pintu masuk ke Makam Sultan Fateh.  Sesiapa yang baca berkenaan Sultan Fateh ni memang akan teruja untuk melawat makamnya.  Macam aku lah...dari zero sekarang ni baru tau hebatnya manusia yang bernama Fateh ni.

Masjid & Kompleks Fatih Camii  sebenarnya dibina semula pada tahun 1766 selepas musnah  semasa gempa bumi. Binaan ini direka oleh Akitek Sinan pada tahun 1463 dan siap pada tahun 1471.  



Senibina siling



Ringkasan Sejarah Muhammad al-Fatih atau Fatih Sultan Mehmet:

Manakala mengenai Muhammad al-Fatih yang membuka dan membebaskan kota Istanbul, dalam bahasa Turki, Muhammad sering disebut dengan Fatih Sultan Mehmet. Beliau lahir pada 30 Mac 1432 dan wafat pada 3 Mei 1481.

Merujuk segi kesolehannya, Muhammad al-Fatih disebutkan tidak pernah meninggalkan tahajud dan solat rawatib sejak baligh hingga waktu wafatnya. Pendekatannya kepada Allah SWT diajarkan kepada tenteranya. Sehinggakan tenteranya tidak pernah meninggalkan solat fardu dan solat tahajud sejak baligh. Itulah barangkali kunci utama kejayaannya dan tenteranya dalam menaklukkan kota Istanbul sebagaimana dalam hadis di atas.

Prestasinya menakluki kota Istanbul, beliau kemudian mendapat gelaran 'Al-Fatih' yang bererti penakluk atau pembebasan. Barangkali juga jolokan gelaran itu diberikan kepadanya kerana para pelaku sejarah sebelumnya tidak pernah berhasil menakluk Istanbul walaupun ada hadis mengenai hal itu.

Manakala orang Barat menyebutnya The Conqueror (penakluk). Ada implikasinya bila menyebut penakluk, bahawa beliau seolah-olah pemimpin yang ganas dan kejam. Pada hal gelaran yang sebenarnya dalam bahasa Arab adalah 'Al-Fatih'.

Di samping itu, beliau merupakan seorang yang sangat pakar dalam peperangan dan pandai berkuda. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian hidupnya dihabiskan di atas kudanya.

Lebih menarik, meskipun beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur pemerintahan, namun kerana kepakarannya dalam ilmu strategi perang, hampir seluruh perjalanan jihadnya adalah di bawah pimpinannya. Bahkan beliau tetap berangkat berjihad walaupun sedang menderita penyakit.

Beliau juga ahli di bidang pentadbiran negara, baik secara fizikal atau birokrasi dan hukum. Kehebatan beliau dalam mentadbir negaranya menjadi negara yang sangat maju diakui oleh banyak ilmuan dunia. Bahkan secara serius beliau banyak melakukan pembaikan dalam hal perekonomian, pendidikan dan lain-lain.

Dari segi kepimpinan, Istanbul dalam waktu singkat sudah menjadi pusat pemerintahan yang sangat indah dan maju serta kota ekonomi yang berjaya.

Beliau juga pakar dalam bidang sains dan matematik serta menguasai enam bahasa sejak berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat namun cukup bertawaduk dan merendahkan dirinya.

Maka tidaklah hairanlah tenteranya paling rajin bersolat fardu dan sunat.

Setelah menakluk kota Konstantinopel, namanya diubah kepada Islambul yang bererti Kota Islam, Kemudian nama itu telah diganti oleh Mustafa Kemal Ataturk menjadi Istanbul.

Sejak itu ibu kota khalifah Bani Usmaniyah beralih ke kota Istanbul dan menjadi pusat peradaban Islam dunia selama beberapa abad kemudian. Kerana kota itu dibangun dengan segala bentuk dan seni keindahannya, percampuran antara seni Eropah Timur dan Arab jelas ketara.

Gereja-gereja dan tempat ibadat bukan Muslim dibiarkan berdiri dan tidak diganggu. Sementara khalifah membangun gedung-gedung yang indah dan cantik yang dapat disaksikan hingga kini.

Kejayaannya itu menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepemimpinannya serta taktik strategi peperangan yang dikatakan mendahului zamannya.

Sebagai memperingati jasa Muhammad al-Fatih, Masjid al-Fatih telah dibangunkan di sebelah makamnya di Istanbul.



pintu utama untuk masuk ke makam Sultan Fateh



Ringkasan masjid ini


pandangan sisi makam Sultan Fateh 


pintu masuk ke makam


Makam Sultan Fateh Sultan Mehmet


Makam Sultan Fateh



rekabina siling



rekabina dalaman makam




pandangan luar Makam (kiri) & Masjid (kanan)



tempat mengambil wudu' di Masjid Fateh



Masjid Fateh


aku didalam masjid Fateh


Senibina hebat dari Akitek Sinan

Thursday, March 27, 2014

SENARAI NEGARA YANG MEMERLUKAN VISA

Passport dan VISA merupakan dua benda yang berbeza jika anda memasuki sesuatu negara. Passport adalah buku lawatan yang berwarna merah bagi rakyat Malaysia. Passport diperlukan sebagai pengenalan diri jika anda ke luar negara. Namun VISA pula adalah pass kemasukkan negara yang dikeluarkan oleh kedutaan negara yang anda ingin lawati. Bentuk VISA ini sama seperti pelekat yang mempunyai maklumat diri anda. Ia di tampal di dalam passport anda sebagai pass masuk ke sesebuah negara. Berikut adalah senarai negara yang memerlukan VISA.

1. Negara-Negara Yang Memerlukan Visa
Afghanistan (Visa Dengan Rujukan)
Angola
Bhutan
Burkina Faso
Burundi
Central African Republic
China
Colombia
Comoros
Congo Democratic Republic
Cote d’ivoire
Ivory coast Congo Republic
Djibouti
Equat. Guinea
Eritrea
Ethiopia
Guinea-Bissau
Hong Kong (C/I or D/I)
India
Liberia
Mali
Myanmar (pasport biasa)
Nepal
Niger
Rwanda
Serbia & Montenegro
Taiwan (15) hari dibenarkan Tanpa visa
United Nations (Laissez Passer)
Western Sahara

2. Negara-Negara Komanwel Yang Memerlukan Visa
  • Bangladesh
  • Cameroon
  • Ghana
  • Mozambique
  • Nigeria
  • Pakistan
  • Sri Lanka
3. Negara-Negara Yang Memerlukan Visa Untuk Tempoh Tinggal Melebihi 3 Bulan
Algeria
Argentina
Australia
Austria (Vienna)
Bahrain
Belgium
Bosnia-Herzegovina
Brazil
Croatia
Cuba
Czech Republic
Denmark
Egypt
Finland
France
Germany
Hungary
Iceland
Iran
Ireland
Italy
Japan
Jordan
Kirgystan
Kuwait
Kyrgyz Republic
Lebanon
Lienchestien
Luxembourg
Morocco
Netherland
Norway
Oman
Peru
Poland
Qatar
Romania
St Marino
Saudi Arabia
Slovakia
South Korea
Spain
Sweden
Switzerland
Syria
Tunisia
Turkey
Turkmenistan
United Arab Emirates
United Kingdom
Uruguay
Yemen
4. Negara-Negara Yang Memerlukan Visa Untuk Tempoh Tinggal Melebihi 1 Bulan
Armenia
Azerbaijan
Barbados
Belarus
Benin
Bolivia
Bulgaria
Cambodia
Cape Verde
Chad
Chile
Costa Rica
Equador
El Savador
Estonia
Gabon
Georgia
Greece
Guatemala
Guinea Republic
Haiti
Honduras
Hong Kong SAR
Iraq
Kazakhstan
Latvia
Lithuania
Macao SAR
Macedonia
Madagascar
Maldova
Mauritania
Mexico
Monaco
Mongalia
Nicaragua
North Korea
North Yemen
Palestine
Panama
Paraguay
Portugal
Russia
Sao Tome & Principe
Senegal
Slovenia
Somalia
Sudan
Surinam
Tajikistan
Togo
Ukraine
Upper Volta
Uzbekistan
Vatican City
Vanezuela
Zaire
Zimbabwe
5. Negara-Negara Yang Memerlukan Visa Untuk Tempoh Tinggal Melebihi 14 Hari
  • Libya
  • Macao (Travel Permit/Portugal CI)
  • Sierra Leone
  • South Yemen

PENTING :-
  • Visa tidak diperlukan untuk warganegara Amerika Syarikat yang mengunjungi Malaysia bagi tujuan lawatan sosial, perdagangan atau tujuan akademik (kecuali bekerja).
  • Visa tidak diperlukan untuk tempoh tinggal kurang dari sebulan bagi warganegara negara-negara ASEAN kecuali Myanmar. Untuk tempoh tinggal melebihi sebulan visa diperlukan kecuali bagi warganegara Brunei dan Singapura.
  • Warganegara Israel memerlukan visa dan kelulusan masuk daripada Kementerian Dalam Negeri.
  • Warganegara Republik Serbia dan Republik Montenegro memerlukan visa masuk tanpa perlu merujuk KDN.
  • Warganegara dari negara-negara selain dari yang dinyatakan di atas (kecuali Israel) dibenarkan memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh tidak melebihi satu bulan sahaja.

Sunday, March 2, 2014

KEMBARA KERETAPI


KEMBARA KERETAPI KE THAILAND

Hari Pertama  - KL Sentral, Kuala Lumpur

Impian untuk mengembara dengan keretapi Alhamdulillah tercapai.  Kembara pertama kami adalah ke Thailand, kata kawan aku Wana, trial untuk persediaan kami mengelilingi dunia. Waaa besar cita-cita kami..InsyaAllah...

Entri kembara ke Thailand akan dibahagikan ke beberapa bahagian... hmm tak larat nak tulis kalau dalam satu entri.

Aku dan teman baik Noor Aswana menaiki Senandung Utara dari KL Sentral Kuala Melalui Butterworth, Penang. Jam 9.30 malam aku dah sampai kat stesen KL Sentral walau keretapi dijangka sampai jam 11.00 malam.. risau takut lambat sampai tu yang sampai awal.  Tak perlah kalau awal sampai boleh lah ronda-ronda dulu tengok apa yg ada kat KL Sentral ni, lagi pun ini pertama kali aku jejak kakiku kat sini...buat malu saje...nama saje tinggal kat sini.

Pada sesiapa nak beli tiket keretapi, senang aje..https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx
kalau tak reti nak online, call saje KTMB, less hassle, boleh collect ticket kat mana-mana stesen terdekat. Senang kan...

Harga tiket bergantung pada kelas dan jenis coach. Macam aku dah kawan aku pilih sleeper coach lower berth dengan harga RM 46.00 seorang dari KL-Butterworth dan RM 92.00 seorang dari Butterworth - Surathani. Semuanya boleh dibeli dari KTMB....senangkan...


Inilah ehem ehem aku...posing sebelum naik Senandung Utara.



Yang ni kat sleeper coach..tempat aku akan tidur sampai pagi esok.



inilah tiket kami (KL- Butterworth & Butterworth - Surathani yang kami beli dari KTMB)


Hari Kedua - Butterworth

Kami tiba kat Butterworth, Penang lebih kurang jam 7.00 pagi, agak lambat sampai dari jadual asal. Aku pun tak tau kenapa.

Mula-mula sampai apa yang aku buat, cari tempat nak solat, rehat dan segarkan badan. Tau mana kat mana? Bukan hotel ye..hihi... kat Surau stesen Butterworth .ala lupa pulak nak snap gambar surau. Kecik je surau ni. Ada kipas, ada socket nak charge handphone dan yang penting ada tempat nak baring dan lelapkan mata sekejab.

Dah solat, basuh muka (masa ni tak jumpa lagi tempat mandi), perut pulak berkeroncong. Kami sarapan kat area Hentian Bas Butterworth. Murah giler... kopi o hanya RM 0.50 saje.


ini rupa dalaman stesen Buterworth (lama) sebelum dirobohkan.


Keretapi Thailand ke Surathani lambat lagi, jam 2.20pm baru sampai. So, aku dan Wana cadang nak habiskan masa kami kat Pulau. Lagipun stesen Butterworth ni macam tranport hub, smua ada Feri, bas dan keretapi smua kat satu tempat. Public transport kat Penang memang bagus. Orangnya pun sangat friendly...tak susah nak communicate kalau sesat jalan.


 yess..jeruk...macam-macam ada.




Menara Komtar dari pandangan Paradigm Mall, Penang



This is a must....Coffee @ Starbuck


Bergegas balik ke stesen untuk meneruskan perjalan ke Surathani, Thailand. Lepas mandi kat public toilet (memang dijangkakan hehe) dengan bayaran RM 0.50. Oklah janji dapat mandi. Lunch nasik kandar yang kami pack (tapaw), makan bersila kat surau....memang cool. Sembang gelak  tak habis dengan Wana, my BFF. Lepas tu kita orang pack smua barang untuk ke platform tunggu our train.

2.20pm perjalanan bermula ke Surathani...





Teman baikku Wana...borak dengan penumpang yang jugak warga Thai (student USM)




relaks...siap boleh lunjurkan kaki lagi



Nampak ada sign Thai kat tingkap



nilah partner aku (nama aku dah lupa) sepanjang perjalanan ke Surathani



Nilah dia rupa keretapi Thailand dari Malaysia



Kami berhenti kat boarder untuk cop passport & pack sikit makanan



Dinner on board, tom yam & coffee...



 transform from seat (day) to bed (night) oleh pekerja




 Kemas dan bersih...cukup untuk melelapkan mataku



Ini laluan pada malam hari...tirai dan katil dah siap pasang

Bersambung untuk hari ke3.....











SURATHANI, THAILAND

Hari ketiga - Surathani

Kami tiba di stesen Surathani, Thailand jam 1.00 pagi.  Itupun ada insiden yang kelakar berlaku...pekerja yang sepatutnya kejutkan kami, tak sedar...agaknya syok sangat tidur. Nasib baik aku set alarm. Dan aku yang teragak-agak dengan stesen Surathani..iye ke tak iye ke tak...buatkan kami nyaris-nyaris terbabas keretapi.  

Apalagi bila saje bunyi loceng keretapi yang entah keberapa kalinya, pekerja tu terkejut agaknya....dia yang tidur berhampiran dengan pintu....terus buka pintu dan terjun ke platform. Aku dan Wana pun apa lagi bergegas lar ikut dia..takut kalau-kalau masa kami berlari tu keretapi bergerak, teruklah kami...hahahaha. 



Kawanku Wana tengah beli tiket dari Surathani ke Bangkok (KTMB tak boleh issue tiket, so terpaksa lah beli direct kat stesen).  


Inilah rupa tiket Surathani - Bangkok...




Pandangan entrance Stesen Surathani. Stesen ni tak lah besar sangat. Safe kalau nak travel solo atau berdua.



Tu dia Wana...boleh dia tidur dalam keadaan bising orang lalu lalang, loceng keretapi yang tak pernah diam, tikus sebesar anak kucing tengah buat rondaan.  Aku memang tak boleh tidur.  Kami terpaksa tunggu kat stesen ni sampai pagi, tunggu kaunter Feri buka untuk perjalanan kami ke Koh Samui. Yeay...we love beach...

Kaunter tempat jual tiket Feri dekat jer dengan Stesen ni, walking distance saje. Kaunter ni dia orang open table depan restoran (aku tak ingat nama restoran ni apa). Boleh tanya orang kat stesen ni.  Landmark, cari kawasan parking bas.  Elakan beli dengan orang tengah. Kami pun hari tu nyaris kena tipu... Nasib baik...Alhamdulillah...




Kami breakfast kat Restoran di Surathani dekat saje dengan setesen keretapi. Depan restoran ni lah tiket feri ke Koh Samui boleh dibeli.  Tiket tu cover skali dengan sewa van ke Jeti Donsak, harga dalam TB 560 (RM 58.00) untuk 2 orang...murah kan...



Kat sinilah tiket feri ke Koh Samui dijual.



Kopi Thai memang awesome...



Nilah breakfast yang boleh kami makan. 


Perjalanan dari Surathani ke Jeti  Donsak adalah lebih kurang 3 jam dan dari Jeti dengan menaiki Feri ke Koh Samui ambil masa lebih kurang 1 jam. Sebelum pukul 1.00 petang  kami sudah tiba di Koh Samui. Ferinya macam feri kat Penang..boleh bawa segala jenis pengangkutan....bas, lori, kereta, motor etc.