Thursday, October 29, 2015

Day 10 - Viking Line Dari Stockholm ke Helsinki



Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara-Negara Scandinavia Dan Russia



Ini adalah kami pertama aku menaiki ferry yang lengkap dengan penginapan.  Perasaan teruja tu memang tak dapat dinafikan. Terbayang pasti indah menyaksikan matahari naik dan tenggelam dari deck feri. Aku berdoa semoga cuaca baik dan semua berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. 

Sebelum itu aku ingin beri tips pada sesiapa yang berminat nak menaiki cruise line ini. Kalau nak bilik yang kita idamkan dapat. Contoh, korang nak 4 orang sebilik kenalah book awal-awal, kalau tak melepaslan.  Bilik macam ni memang hot cake, cepat habis. Boleh book tiket kat link ni dan tiket boleh print dari rumah.  Info ada kat sini,  Viking . Bilik yang aku tempah iaitu Cabin LXR Seaside Premium Allergy, TV termasuk makan pagi hanya Euro 189 (untuk 2 orang)

Kami plan akan bertolak dari Excellence Hotel AB Crystal Plaza Hotel ke Stadsgarden selepas makan tengah hari. Dengan mengguna applikasi Zabihah, mudah untuk kami mencari restoran halal di sekitar Stockholm. Link Restoran flames  Salmon Spageti menjadi pilihan aku.  Kat sini salmon memang senang dapat, jadi tak jadi masalah untuk kami makan.  Salmon mentah yang diperah lemon ermmm lagi sedap. Portion makanan kat restoran ni agak banyak.  Sepatutnya kami order 1 meal saje cukup untuk makan 2 orang.  Untuk elak dari membazir aku dan Wana minta pekerja restoran itu pack.  Boleh makan malam nanti. 1 set meal termasuk air oren (fanta) lebih kurang Euro 19.  Kalau convert mau nangis.

Kami menaiki teksi dari Hotel tempat kami menginap ke Stadsgarden.  Teksi kat Stockholm ni perlu hati-hati yer.  Perlu perhatikan kat cermin sisi belakang yang ada sign warna kuning, kadang kita nampak 320Kr, 470Kr. Tambang teksi di Stockholm tak sama.  Lain pemilik teksi lain harganya. Maka kita sebagai pengguna (chewahh) mesti check harga sebelum naik. Jangan main redah naik jer..hehehe.  Paling murah yang aku pernah naik 320Kr (untuk 10km, 15minit perjalanan). Menurut sumber yang aku baca, tambang teksi yang berpatutan adalah antara 290 Kr - 390Kr.  Lebih dari itu dikira mahal atau permium.  

Departure time cruise yang akan kami naik jam 4.30 petang.  Jadi kami perlu berada di Stadsgarden untuk check-in 1-2 jam sebelum departure time. Stadsgarden ni macam airport kecik ada tempat check in , ruang menunggu (aku tak tau yang kat Malaysia , mungkin kat Malaysia ada tempat check in jugak).  Ni kan first time aku naik cruise macam ni huhu.  Jarak antara hotel ke Stadsgarden tak lah jauh sangat kurang 6km saje. Tak sampai 15minit teksi sampai ke Viking, Stadsgarden.  Pemandu teksi tu nak turunkan kami kat simpang jalan yang jarak lebih kurang 100m dari pintu masuk Viking. Wana tak mau sebab malas nak heret bag jauh-jauh. Pemandu tu kata kalau nak turunkan kat dalam kena tambah extra SEK16 (Euro 2). Ok Deal. Sebabnya dia kena bayar caj parking kalau masuk kat dalam compound Viking. Teksi kat sini canggih betul.  Kat meter teksi siap ada conversion rate. Guna mesin ni kami boleh campur matawang (Euro & Swedish Krona atau SEK) dan kalau tak ada cash boleh bayar guna credit card.  Memang clever machine hehehe.

Masuk hall, aku terus pergi ke kaunter untuk check in.  Passport dan printed ticket diberi dan tak lama kemudian kami diberi boarding & access pass.  Tertera Nama cruise M/S Mariella, Cabin 1 LXR Seaside Premium Allergy, TV included breakfast.  Di belakang tiket ada magnetic strip.  Diguna masa nak masuk ke laluan Gate and untuk buka pintu bilik.  Ramai jugak pelancong, kebanyakan dari warganegara China.  Ahsoh-ahsoh belaka.

Kapasiti muatan kapal ini M/S Mariella adalah 2500 orang. Terdapat 10 tingkat semuanya. Tingkat penginapan terletak di aras 4,5 & 6 (suite). Manakala aras beli-belah, riadah dan restoran terletak di aras 6 & 7. Selepas solat Jamak Asar & Zohor, aku rehat-rehat sambil lihat kat jendela kapal. Pengumuman dari PA System kerap kedengaran tapi haram aku tak faham, banyak dalam bahasa Swedish.  Maghrib kat sini agak awal lebih kurang jam 5.40 petang.  Maknanya jam 5.30 atau awal aku harus gegas naik ke deck untuk lihat sunset.  Excited giler.

Aku mengajak Wana naik ke deck atas temankan aku tengok matahari terbenam.  Dia tak mau pulak dengan alasan dia dah naik masa aku tengah solat tadi. Jadi terpaksalah aku naik sorang-sorang. Aku ambil keputusan ke Level 8 saje tak ke Level 10.  Buka saja pintu keluar deck, MasyaAllah kuatnya angin. aku tak tahan kesejukan, aku masuk balik ke dalam kapal. Aku cuba keluar ikut pintu lain dengan harapan tiupan angin tak ganas sangat.  Alhamdulillah aku bernasib baik.  Maka duduklah aku sorang-sorang kat deck tu. Ok lah jugak tak ada orang, peaceful.  Merenung ke laut lepas dengan pandangan yang bebas cukup mendamaikan.  MasyaAllah betapa kerdilnya aku, menyaksi indahnya ciptaanMu ya Allah.  Tak sedar air mata menitis. Garis-garis merah mulai mewarna langit.  Bagai melakar warna dikertas putih.  Subhanallah cukup indah cukup cantik, sempurna.  Sukar untuk aku gambarkan betapa indahnya ciptaan Ilahi.  Sempat aku memotrek gambar selfie sekeping dua, cukup dijadikan kenang kenangan sepanjang hayatku.  Lebih 30 minit aku berdiri di deck, menunggu sehingga hilang mega merah, aku turun semula untuk ke bilik.  Aku berkongsi pengalaman dengan Wana. Masing-masing tersenyum puas. Wana meyaksikan matahari terbenam dari dalam bilik melalui tingkap kaca dan aku melihat secara terus.  Hehe aku rasa pengalaman aku lagi best.

Lepas makan malam dari makanan yang aku pack tadi, solat jamak maghrib & Isya' aku merebahkan badan ke tilam.  Nak online, wifi semput macam siput kinzir. Tak ada aktiviti aku masuk tidur awal.
Kat kapal ni diberi 2 pilihan wifi, free dan berbayar.  Pastinya yang free tu semput dan yang berbayar tu laju.

Jam 5.30 pagi aku bangun untuk solat subuh.  Lepas solat aku renung di jendela mencari jalur matahari pagi.  Aku tak berani naik ke deck seawal pagi, takutnya nanti aku beku kat atas sana.  Jam 7.00 pagi kami ke restoran untuk makan pagi.  Aku cepat-cepat makan.  Aku cuma makan roti disapu dengan mentega diletak dengan keju.  Next round pilihan aku adalah herring dan salmon mentah, my favorite.  Puas hati betul aku makan salmon.  Lepas makan aku cakap kat Wana aku nak ke deck atas untuk lihat baki-baki matahari naik.  Keluarlah aku sorang-sorang. Seperti yang dijangkakan, memang tiada orang yang gila macam aku, nak tengok matahari terbit. Yang aku nampak cuma sorang jer mamak ni tengah merokok.  Aku tak lah lama sangat kat deck ni, cukup merakam gambar sekeping dua dan aku turun semula masuk bilik. Lagi 3 jam iaitu 10.10 pagi kami akan sampai ke Helsinki. Ada masa untuk mengemas barang-barang untuk dimasukan ke dalam bag.  Masa berbaki aku hanya merenung di jendela kapal.  Merenung masa depan, merenung ke dalam diri...muhasabah diri.

Setengah jam sebelum mendarat, pengumuman kedengaran, kapal akan berlabuh tak lama lagi. Dah berlabuh baru kami berdua menarik keluar bagasi kami.  Kat lobby kapal baru kami perasan yang penumpang berganda.  Masa naik kat Stockholm tak lar ramai sangat.  Mungkin kami tak sedar yang kapal ni berlabuh kat perlabuhan yang aku tak tau dimasa kami tengah sedap tidur. Aku diam kan diri saja.

Keluar saja dari perlabuhan kami terus ke laluan teksi.  Naik teksi kat sini mudah tak macam kat Stockholm.  Kat Stockholm Train Station ada mesin khas untuk teksi, pergi kat mesin, pilih teksi yang kita nak......nak yang murah atau yang mahal. Dah pilih teksi, ambil resit, tunggu teksi yang kita pilih tu datang.

Sepanjang 10 hari perjalanan aku di bumi Eropah & Scandinavia ni, aku dapati semua pemandu teksi baik-baik dan peramah.  Cukup berhemah. Alhamdulillah.

Perjalanan dari Perlabuhan Helsinki ke Hotel Omena tak jauh, kurang 20 minit perjalanan dah sampai. Pemandu teksi tu pernah datang ke Malaysia tapi cuma 4 jam, lol.  Rupanya dia ke Singapore dan hanya singgah sebentar di Johor Bharu. Kata dia lagi kat Helsinki ni ada 1 restoran Malaysia, tak jauh dari hotel kami tinggal.



entrance to Viking Line

check in counter

Boarding and access pass


posing dulu sebelum masuk kapal


kenderaan line-up masuk kapal

passage way to our room

our room with attached bathroom

beautiful sunset

selfie

another capture

brekkie - all raw and fresh salmon & herring

beautiful sunrise

deck at Level 8

Suomenllina from far

rumah sapalah agaknya...kalaulah aku punya...berangan....


Viking M/S Mariela from far


Selamat Datang ke Helsinki......Hello Suomi

Bersambung

4 comments:

  1. salam.
    seronok baca cerita kembara saudari. saya juga minat mengembara walau pun umur dah 55 tp saya sudh mengembara sejak umur 18 tahun.

    Insha Allah, saya, anak dan menantu dan 3 rakan akan mengembara lagi bermula 12.10.

    Itinary yg kami susun seperti berikut :

    12.10 : naik qatar airways je London Lhr.
    13.10 : Tiba di London 0700.
    14.10 : London Sofia, Bulgaria 2145 0245
    15.10 : naik bas 5 jam ke Skopje, Macedonia dan bermalam.
    - Sewa kereta di Skopje menuju ke Ohrid.
    - Ohrid - Skopje, bermalam.
    17.10 : Skopje Paris 0610 0910
    - Ronda2 Paris, jam 11 malam ke Brussels, sampai Brussels 0345 pagi.
    18.10 : Ronda2 Brussels dan jam 11 pagi naik bas ke Amsterdam dan bermalam di Amsterdam.
    19.10 : Amsterdam Oslo 2120 2210
    20.10 : Oslo Stockholm 1400 1600
    21.10 : Stockholm Kiruna 1050 1225.

    21.10 : Sewa kereta di Kiruna.
    - Kiruna Rovaniemie, Finland dn bermalam.
    22 -23.10 : Rovaniemie - Kiruna - abisko Narvik - Abisko - Kiruna.
    23.10 : Kiruna Stockholm 1430 1605
    24.10 : 1640 Insha Allah naik viking Line ke Helsinki. Harga €70 utk 7 orang.
    25.10 : 1010 insha Allah tiba di Helsinki.
    26.10 : Helsinki Copenhagen 0700 0740
    26.10 : 2230 Copenhagen Doha
    27.10 : Doha Kul.

    Harga tiket qatar airways Kul London Copenhagen Kul RM1205.Ha, murah ya.

    Trip ini adalah kali kesua utk thn ini. Mei lepas saya dan 6 rakan telah mengembara ke london, amsterdm, paris, geneva, Dubrovnik. Disini kami menyewa van ke Mostar, Sarajevo,Travnik (Bosnia) Kotor, Budva, Podgorica (Montenegro), Schkoder( Albania), Prizren, Pristiana (Kosovo). Disini kami serah van dan naik flight ke Istanbul dan pulang ke Kl, selama 16 hari.

    ReplyDelete
  2. Wsalam En Nasir

    Seronoknya dapat travel dng family, lebih2 lagi kalau 1 kepala. Tight jugak itinerary en nasir , saya doakan smuanya berjalan lancar dan selamat.

    Kalau kat Helsinki jgn lupa try Salmon Soup. Sangat sedap dan fresh....saya makan kat area market square (pasar pagi) masa dlm perjalanan pulang dari Suomenllina Island.

    InsyaALlah saya ada jugak plan nak visit Eastern Europe .

    ReplyDelete
  3. terima kasih.
    Sebenarnya idea saya nak naik viking line ni setelah baca blog saudari.Now, saya 2 anak lelaji, seorg menantu dn 3 rakan sedang berada dlm kapal viki g line. Kami diberi 2 kabin. Tiket kami pergi balik dari stockholm ke Helsinki berhrg €70 tetapi kami tak balik semula ke Stockholm. Kami akan bermalam di Helsinki esok 25.10.
    26.10 jam 7 pagi ke Copenhagen dan jam 10 malam flight qatar airways akan berlepas ke Doha dan seterusnya ke Klia.

    Ittenary kami kali ini mengikut jadual :

    12.10 : Kul Doha London
    14.10 : London Sofia - Skopje - Ohrid - Skopje, Macedonia
    17.10 : Skopje Paris, sampai 9 pagi. 1130 mlm ke Brussels, pusing2 Brussels.
    18.10 : Brussels Amsterdam
    19.10 : 10 mlm berlepas ke Stockholm, tidur di airport.
    20.10 : 11 pagi Stockholm Kiruna Narvik.
    Di Narvik kami bermalam di masjid Narwik.
    21.10 : Menyewa kereta pergi ke arctic circle monument. Berhenti di tengah jalan dekat stesyen minyak shell, tidur dlm kereta.
    22.10 : Kembali semula ke Narvik, sampai dh waktu isya, tidur di masjid.
    23.10 : Jalan2 di Abisko. Jam 3 hntr kereta dn kami menaiki keretapi ke Kiruna. Bermalam di Kiruna.
    24.10 : 6.05 pagi berlepas ke Stockholm, pusing2 bandar dan naik viking line ke Finland

    ReplyDelete
  4. 25.10 : 7 pg flight dari Finland ke copenhagen
    10 mlm pulang ke kl dgn qatar airlines

    ReplyDelete