Saturday, January 10, 2015

Siem Reap, Cambodia (part 1)

Sambungan.....

Hari ketiga : 27 December 2014


5 bulan sebelum travel aku sudah menempah kesemua hotel untuk sepanjang traveling kami ke Indochina melalui web  booking.com.  Aku dan Wana sama-sama memilih hotel yang bakal kami tinggal, mengambil kira kos, jarak dari stesen keretapi atau tempat-tempat yang ingin kami lawati (POI - Place of Interest).

Di Siem Reap kami memilih Shining Angkor Boutique Hotel yang jarak cuma kurang 5km dari Angkor Wat.  Hotel ini tak lah besar sangat tapi yang penting ianya selesa dan bersih.  Cuma wifi di sini kurang memuaskan... kadang dapat kadang tidak.  Harga bagi semalaman ialah RM176 atau USD49.  Hotel ini  menerima matawang USD dan aku rasa hampir keseluruhan tempat yang kami lawati menerima matawang USD.  Kalau nak tukar ke matawang tempatan pun boleh jugak iaitu USD1 = Khr 4000 (Khmer Riel).

Untuk perjalanan seterusnya ke Phnom Penh kami memilih untuk menaiki speed boat yang melalui Tasik Tonle Sap.  Tasik Tonle Sap adalah tasik terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 2700km2.    Air dari Tasik ini sangat penting bagi sumber minum, pengairan untuk tanaman dan perikanan.   Gitulah sedikit sebanyak berkenaaan tasik terkenal ini.  Masa sekolah dulu dalam buku Geografi memang ada sebut nama tasik ini.  Dah tua-tua gini baru tengok rupa sebenarnya tasik ni.  Di entri seterusnya akan aku ceritakan tentang perjalanan kami melalui tasik Tonle Sap

Tempahan untuk boat ride ke Phnom Penh kami meminta pihak hotel uruskan sekali dengan hotel pick-up.  

pandangan hadapan Hotel Shining Angkor



Bilik kami dah siap berkelambu lagi, dah macam bilik pengantin



tut-tut sedia menunggu.  Makcik tu bukan driver ye dia pekerja hotel.


tempat kita orang brekfes


hotel ni ada menjual perabut

bersambung.....




No comments:

Post a Comment