Wednesday, January 14, 2015

Siem Reap, Cambodia (Part 3)

Sambungan.....

Hari ketiga : 27 Dec 2014

Phnom Kulen National Park - Kulen Waterfall

Selepas melawat Phreh Ang Thom (reclining Buddha) kami turun dengan menaiki kereta ke Sungai Seribu Linga (River of Thousand Lingas). Tak berapa jauh, 5 minit dah sampai.  Di sini terdapat hasil pahatan atau ukiran di batu-batu di dasar sungai oleh petapa dahulukala. Semasa kami ke sini sungai agak cetek dapatlah kami melihat pahatan dengan jelas. Kata mereka kalau air sungai dalam agak sukar untuk melihat pahatan di dasar sungai.

Linga adalah mewakili Dewa Hindu Shiva, disimbolkan dengan ukiran benjolan (organ lelaki) yang dipahat bersama Yoni yang berbentuk bersegi (organ wanita) mewakili Dewi Hindu Shakti dan Devi. Terdapat banyak ukiran atau pahatan bermotifkan mitos Hindu seperti Dewa Shiva, Vishnu, Brahma, Lashmi, Rama, Hanuman dan binatang seperti lembu dan katak. Menurut lagenda, sungai ini dianggap suci dan mampu menyuburkan tanah kerana airnya yang mengalir melalui pahatan atau ukiran religious  menuju ke Kompleks Angkor dan akhirnya ke Tasik Tonle Sap.


Sungai Seribu Linga.  Budak ni tengah ambil air untuk diminum

Jelas kelihatan ukiran pada batu di dasar sungai


yang ni pun


Selepas menghabiskan masa selama 20 minit di Sungai Seribu Linga (River of Thousand Lingas), kami menyusuri denai ke kolam mata air (Spring Water) lebih kurang 10minit trekking.  Kolam ini tidaklah besar lebih kurang 2m diameter saiznya. Warnanya kehijaunan jernih memang teruja untuk menyentuhnya.....ermmm sejuk rupanya, kerana pada mulanya aku ingat panas sebab nampak ada buih-buih keluar dari dasar kolam (macam hot spring).



Kolam mata air


airnya jernih kehijauan


hmm sejuk rupanya...



Akhir sekali kami dibawa ke Waterfall.  Ya Allah bestnya kalau dapat mandi jerit aku (dalam hati). Dalam keadaan kami yang penat dan berpeluh kalau dapat mandi memang best. Airnya jernih, sejuk mengalir laju kelihatan seolah olah memanggil aku dan Wana supaya mandi tak pun berendam.  Tapi sayang kami tidak membawa pakaian mandi disamping kesuntukan masa.  Kerana selepas ini kami akan ke Kompleks Angkor.  Tak dapat rendam badan dapat rendam kaki dah cukup baik...sedapkan hati.  Waterfall ini ada 2 tingkat rupanya, yang kat atas 4-5m tinggi dan yang kat bawah 15-20m tinggi bergantung pada musim panas atau hujan.  Kalau nak mandi kena pergi kat bawah baru syok yang kat atas tu setakat celup-celup kaki okeylah.  Kat atas (area cetek) aku perasan banyak dipasang tiang-tiang (1m tinggi) kecil kat tengah-tengah sungai (lihat gambar).  Aku agak kemungkinan sebagai keselamatan, manalah tau tiba-tiba air deras turun bolehlah berpaut dan tak lah ada yang jatuh ke level ke dua yang cukup tinggi (15-20m tuuu).

Di sini ramai rupanya yang datang berkelah kira macam family outing gitu.  Disediakan pondok-pondok piknik tapi tak free ye... kena bayar.  Berapa harga aku lupa nak check.   Yang tak bestnya banyak anjing-anjing berkeliaran kat kawasan piknik ini mungkin lapar...kut-kut dapat habuan.



di laluan masuk ada banyak deretan kedai yang menjual barangan 



pondok-pondok piknik  untuk disewa


bestnya kalau dapat berendam...



nampak tak ada stump kat tengah-tengah sungai.  


Air terjun tingkat pertama... tak lah tinggi mana 



yang ni memang tinggi....kelihatan ada pagar keselamatan dipasang.


    







Bersambung ke Kompleks Angkor.......









No comments:

Post a Comment