Thursday, November 12, 2015

Day 5 - Hamburg, Germany


Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia


Day 5 (13 Oct 2015) - Hamburg, Germany

Jam 8.00 pagi kami sudah mulakan perjalanan kami ke Amsterdam Central Station untuk ke Hamburg.


Di bawah jadual perjalanan kami ke Hamburg:-
Amsterdam Central Station (Intercity train IC #143) - Osnabruck (ICE #1028) - Hamburg.

ETD : 9.01 am
ETA : 2.13pm


Tiket boleh beli secara online kat web ICE dan seawal 92 hari dari tarikh departure. Seperti entri aku yang lepas-lepas, semua tiket boleh dicetak di rumah dan pastikan kat barcode jangan dilipat. Kalau boleh buat dua salinan sebab kalau hilang sekurang-kurang masih ada sesalinan lagi.  Kalau nak print kat station pun boleh tapi kena caj.

Harga tiket  masa aku beli Euro 47/pax/one way, berpatutan untuk 5 jam perjalanan. Tips, mesti beli awal kalau nak harga tiket murah dan masa yang sesuai. Buka jer sales terus beli. Beli cara gini (point to point) lagi murah berbanding beli global pass atau seangkatan dengannya.  Boustead Travel adalah authorized agent untuk Raileurope untuk jual Global Pass, so kalau sesiapa poket tebal bolehlah dapatkan Global pass rail ni. Tak silap aku dia orang quote untuk trip aku Euro 485/pax.  Harga ini tak termasuk high-speed train dan limit pada negara-negara tertentu sahaja. Negara Russia tak termasuk. Bayangkan kos trip aku dari Paris - Moscow (point to point) dengan train & ferry stop kat 8 bandar besar di 7 negara cuma RM 1,850 sahaja. Bagi aku sangatlah murah dalam lingkungan budget.


Ringkasan Perbelanjaan Train & Ferry  :

  • Paris - Stockholm (stop at 5 cities) = Euro 174 atau RM 747.60 (Exchange rate Euro 1 = RM 4.29 to RM 4.35)
  • Stockholm - Helsinki (via Ferry ) = Euro 189/room/2pax. Euro 94.50/pax atau RM 411.40 /pax termasuk sarapan.
  • Helsinki - St Petersburg - Moscow = USD 181 atau RM 687.25 (exchange rate USD 1 = RM 3.80)

JUMLAH RM 1,850.00 / pax
                                  
intercity train ke Osnabruck

double decker train from Osnabruck to Bremen

Bremen Station

Setiap perjalanan akan ada pengalaman suka, duka, geram, suspen dan yang tidak dijangka-jangka. Pengalaman aku kali ini hampir tertinggal keretapi, sesat, kena tipu dengan pemandu teksi (masa kat Moscow), tertinggal backpack kat train station (kawan aku, Wana), silap dengar panggilan (Colombo or Kuala Lumpur), masalah komunikasi dan macam-macam lagi.

Perjalanan kami dari Amsterdam ke Osnabruck lancar, tiada masalah. Sehinggalah kami tiba kat Osnabruck Station. Kami diberitahu high-speed train ICE #1028 akan lambat 2 jam atas sebab-sebab teknikal. Kami diberi pilihan untuk naik intercity train tanpa dikenakan caj tambahan. Dari Osnabruck kami kena turun kat Stesen Bremen, Germany iaitu lebih kurang 1jam 30 minit perjalanan. Dari Bremen Station terus ke Hamburg Hbf 1jam 30minit lagi.

Kami bernasib baik kerana jumpa sorang pakcik ni warga Germany yang jugak nak ke Hamburg jadi, kami ikut jer lar dia. Dia sudah biasa guna intercity train. Dari Osnabruck ke Bremen kami duduk tak jauh dengan pakcik ni, tapi dari Bremen ke Hamburg dia duduk agak jauh dari kami. Dan kat sini lah kekeliruan bermula hehehe.

Pengumuman kat dalam coach memang dalam bahasa German, sah-sah aku tak paham. Nasib lar ada monitor yang display nama station. Kebetulan aku duduk agak jauh dari Wana iaitu kat sebelah entrance sebab nak jaga luggage yang asyik duk gerak. Kat train intercity tak ada tempat simpan luggage. So, pandai-pandailah handle. 

Tiba-tiba Wana kata dah sampai Hamburg, kami pun bergegas lah tarik bag ke depan entrance. Tiba kat station aku agak pelik sebab lenggang.  Setau aku Hamburg ni besar jugak bandarnya, mestilah stesennya sibuk. Perasaan ni aku diam kan saja. Wana pergi ke arah teksi yang memang dah ada kat luar menunggu pelanggang. Hotel yang kami tempah memang dekat saja dengan Hamburg Hbf, ikutkan google map lebih kurang 200m jer jarak. Tapi bila ditinjau kat luar stesen, aku tak nampak sebijik hotel pun. Tak nak peningkan kepala, kita orang decide naik teksi. Lepas suruh driver tu hantar ke Hotel Furst Bismarck barulah kami tau yang station yang kami berhenti tu bukan Hamburg tapi HARBURG hahahaha (gelak jer lar nak buat cam mana lagi).  Dan terbanglah duit Euro 30 untuk jarak 16km...aduh aduh. Lupa pulak nak snap gambar Harburg Hbf.

Harburg Train Station (sumber wiki)

Kami sampai kat hotel lebih kurang jam 3.30 petang. kedudukan Hotel Furst Bismarck betul-betul mengadap Hamburg Hbf (Train Station). Lepas mandi, solat, masak, makan nasi (yang ni acara wajib) dan berehat kejab kami keluar tengok-tengok apa yang ada sekitar hotel kami tinggal.

Info pasal hamburg yang aku tau cuma ia terkenal dengan pelabuhan. Pelabuhan Hamburg adalah yang terbesar di Jerman & kedua di Eropah selepas Rotterdam dan ke 11 ranking dunia.  



Hamburg Hbf betul-betul mengadap hotel tempat kami tinggal

side view Hamburg Hbf


Hotel Furst Bismarck

Hamburg Hbf

Entrance Hamburg Hbf
Untuk ke Rathaus kami melalui train station menuju ke arah jalan Mönckebergstraße. Sebelum sampai ke Rathaus atau city hall terdapat banyak kedai-kedai berjenama di kiri dan kanan jalan seperti Zara, H&M, WMF, Adidas, Nike etc.  Kat sini jugak terdapat shopping mall terkenal Europa Passage. Semua gedung-gedung beli belah kat Hamburg beroperasi sehingga jam 8.00 malam sahaja.



Jalan menghala ke Rathaus (City Hall)

Shopping Mall - Europa Passage
Antara tempat yang kami sempat lawat adalah Hamburg City Hall (Rathaus). Bangunan sejarah ini dibina dari tahun 1886 - 1897 dengan senibina yang cukup hebat dan mengagumkan. Dinding luar dibuat dari sandstone dan pile (cerucuk) diperbuat dari 4000 batang kayu oak. City Hall ini mempunyai 647 buah bilik kesemuanya.  Nak masuk ke bilik-bilik ini kena melalui tour guide yang dilantik. Kat City Hall ini parlimen akan bersidang setiap selasa kedua jam 3.00 petang. Di Grand Ballroom ini terdapat 5 buah painting besar mengambarkan sejarah Hamburg dari tahun 1800 - 1900, 3 buah chandelier dengan 278 biji lampu  dan setiap satu chandelier berat 1500 kg. Beratnya.

Info detail mengenai city hall boleh dibaca di link ini Hamburg city hall .


Hamburg City Hall
Hamburg Rathaus (City Hall) - sumber google

Interior city hall

interior city hall

 tap basin yang unik


canal dimalam hari, hujan pulak tu. Hujannya haluss gitu (hahaha fefeeling jakun)
kat An der Alster. Kat depan tu canal yang membentuk seperti tasik

Masa dalam perjalanan balik dari City Hall ke hotel aku sempat beli sebilah pisau WMF.  Kat Jerman ni pisau dan peralatan memasak dari jenama WMF memang terkenal. Ni barangan wajib beli kalau datang ke Jerman.  Hanya sebilah pisau bersaiz sederhana saja yang aku mampu beli huhu...itupun harga Euro 50..nangisss. Tips, bila beli pisau jenama WMF pastikan yang ia betul-betul buatan WMF dan tanya "warranty"nya sekali. Kata salesman WMF, kat kedai WMF sendiri ada pisau atau cookware dari jenama lain yang "ditumpang" kat kedai mereka. WMF genuine semestinya lifetime warranty.  Pastikan yang asli.


Pisau kat WMF, tengok harga boleh pengsan

Interior kedai WMF

1set ni Euro 499, ni pun lepas discount.


Bersambung ke Copenhagen.........

Wednesday, November 11, 2015

Day 4 - Amsterdam, Netherland

Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia

Itinerary 


Day 4 (12 Oct 2015):
1) Volendam, Marken & Windmills
2) River cruise

Tidak lengkap kalau travel ke Amsterdam tanpa melawat dan tengok sendiri keindahan perkampungan Dutch.  Untuk elak dari tempahan penuh, aku membuat tempahan awal melalui onlinTour-Ticket. Tiket seperti biasa boleh print dari rumah. Senang, semua di hujung jari.  Harga tiket Euro 45 seorang.  Tour ambil masa 5.5 jam, dari jam 9.00 pagi ke 2.30 petang. Dalam sehari ada 2 slot iaitu slot pagi dah petang.  Aku memilih slot pagi. Kalau slot petang pukul 12.30 pm.  Setelah berhari aku google hanya Tour Ticket saja yang boleh pick-up kat nearest hotel yang aku tinggal.  Kebetulan aku tinggal kat Hotel Best Western Leidse Square, pick-up point pulak kat parking NH Amsterdam Centre Hotel, lebih kurang 200m saja dari hotel aku tinggal. Tour lain semua kena pergi kat Amsterdam Central. Tak kuasa pagi-pagi nak gigih naik tram ke Amsterdam Central. 

Mengikut printed ticket, kami kena tunggu kat NH Amsterdam Centre Hotel jam 8.10am.  Punyalah excited, jam 8.00 pagi dalam kesejukan (masa tu -1 deg C) kami dah terpacak kat depan hotel dimana pick-up point kami.  Tepat jam 8.10 kelihatan bas berhenti kat depan hotel, kami terus ke bas, tunjuk tiket dan terus naik.  Dalam bas ada sepasang tourist selain dari kami.  Rupanya kami tak terus pergi ke tour tu, sebaliknya kami akan berkumpul di Damrak 26, Amsterdam Central dan naik coach lain ke tour Volendam, Marken & Windmill.

30 minit berkumpul di ofis Tour & TIcket, kami di bawa ke coach yang akan membawa kami ke Volendam, Marken & Windmill. Coach ni 2 tingkat, kami memilih duduk di bahagian bawah, masing-masing berebut nak duduk tepi tingkap hehehe.  Jadinya aku berpisah duduk dengan Wana. Aku dapat seat yang belakang sekali, ermm jadilah, janji dapat duduk tepi tingkap.

Dari Amsterdam Central, kami di bawa ke Zaanse Schans tempat dimana terdapat kincir angin (Windmill) yang masih berfungsi sampai sekarang.  Kincir-kincir angin :-

  • De Huisman - Mustard Mill
  • De Gekroonde Poelenburg - Sawmill 
  • De Kat - Paint Mill
  • De Zoeker - Oil Mill
  • De Bonte Hen - Oil Mill
  • Het Jonge Schaap - Sawmill
Cuma salah satu kincir Sawmill yang masuk free yang lain berbayar.  Kat sana kita orang ditunjuk macammana dengan tenaga angin boleh memproses dari kayu balak hingga menjadi kepingan kayu. Proses yang sangat lama, kadang-kadang makan masa berbulan baru siap potong satu log kayu, bergantung pada kelajuan angin. 


meeting point kat depan ofis Tours & Tickets

Tour Bus - double decker

Windmill

our tour guide

Hi Handsome...

Windmill

Banyak rumah kat sini warna hijau

Windmill - Sawmill

Kat dalam windmill ditunjuk proses membuat papan kayu dari log

tenang jer itik-itik ni berenang

another view of windmill

log sebelum diproses


Lepas itu kami dibawa ke tempat pembuatan keju. Di situ kami ditunjuk cara-cara pembuatan keju. Ada dipamirkan peralatan buat keju cara traditional dari kayu dan besi. Kat sini ada jual keju untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.  Bermacam-macam jenis dan macam-macam rasa, ada yang biasa ada yang jenis premium. Yang harga permium tu mampu tengok jer lar, harganya sekitar Euro 30 ke aras


ditunjukan cara membuat keju

variety of cheeses 

premium cheese

alat penimbang keju

front view

front view


Di deretan kedai-kedai terdapat restoran yang kebanyakkannya menjual fish & chips, kedai souvenir, rumah-rumah kediaman berwarna hijau, gerai-gerai menjual ikan mentah diratah gitu saja, ala-ala sashimi. Aku mencuba ikan mentah herring yang diperah sedikit lemon dan diletak sedikit garam, enak jugak rasanya. Kat sini kita orang lunch seafood dan membeli sedikit souvenir.  Harga fridge magnet kat sini tak jauh beza yang kat Damrak, Amsterdam Central. Barang souvenir bukan setakat fridge magnet saje, baju, topi, sarung tangan, macam-macam ada. Harga memang berpatutan.
kedai jual ikan mentah, boleh dimakan segera.

ni pilihan aku, ikan herring ada bawang, pickle, perahan lemon & sedikit garam
deretan kedai-kdedai souvenir dan restoran

lunch kami

Bot sudah menunggu kami untuk dibawa ke Pulau Marken tempat membuat terompah atau wooden clog. Menaiki bot hanya mengambil masa 30minit. Sepanjang perjalanan aku sangat seronok melihat burung-burung seagull berterbangan seolah-olah mengejar bot yang kami naiki. Terpesona melihat burung seagull. 

bot untuk ke Marken

bot-bot nelayan

si seagull yang jinak


geram betul aku dengan seagull ni

Tiba kat tempat pembuatan wooden clog, kami diberi penerangan cara-cara membuat terompah kayu dari sebongkah kayu hingga siap menjadi terompah.  Dia menerangkan perbezaan cara traditional dan cara moden. Sudah semestinya cara moden lebih produktif. Tau tak kenapa Dutch memakai terompah kayu ketika berladang, ini kerana dengan memakai terompah kayu kalau lembu-lembu pijak kaki mereka pun tak sakit dan kalau terompah kena lumpur pun kaki akan kering lagipun senang nak bersihkan. Kat sini kalau nak beli terompah kayu sebagai kenang-kenangan pun boleh.  Macam-macam jenis dan saiz.

demonstrasi membuat wooden clog dari sebongkah kayu

mesin membuat wooden clog
wooden clog

Okay habis sudah trip ke perkampungan Dutch.  Kami dibawa pulang ke Damrak tempat meeting point pagi tadi.  Tengok jam baru pukul 2.30, kalau nak balik hotel jawabnya memang tak keluar lagi lar.  Baik kami habiskan masa menyusuri canal atau terusan-terusan di Amsterdam dengan menaiki bot.  Kat area Damrak banyak jeti yang menawar pelbagai jenis cruise, ada yang murah dan ada yang mahal.  Tepuk dada tanya selera.  Selera aku seperti biasa lar, selera budget hehe. Kami ke Tour & Ticket, tiket kat sini agak berpatutan iaitu Euro 14 seorang untuk 1 jam cruise. Nama jetinya "Lovers" setentang dengan Central Station. 

Euro 14 untuk 1 jam cruise

Tiket boleh beli kat ofis Tour & Ticket atau terus kat jeti Lovers. Tak payah beli secara online
at Lovers
skinny bridge or Magere Brug

Canals kat Amsterdam ni dibina seawal zaman "Dutch Golden Age" lagi. Disenarai dalam UNESCO  World Herritage sejak tahun 2010. Sepanjang perjalanan akan diterangkan sejarah Amsterdam termasuk Anne Frank House. 

Dalam perjalanan balik kami singgah kat Central Station, ambil sekeping dua gambar.  Pulang ke hotel kami naik tram.  Bayar tiket on board, senang kan. Wana siap minta tolong abang jaga tiket tu bagitau kami kalau station kat area hotel kami sampai. Tak ramai orang kat tram itu okay lar, kalau ramai aku rasa tak kuasa abang tu nak layan..hehe.

tiket tram boleh beli on board

lautan basikal berhampiran dengan Central Station.

bicycle parking near Central Station

Amsterdam Central


Sekian lawatan kat Amsterdam.  Bersambung perjalan kami ke Hamburg, German ...........