Wednesday, October 28, 2015

Day 6 - Hamburg ke Copenhagen Merentas Lautan Baltic


Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara-Negara Scandinavia Dan Russia

Perjalanan menaiki keretapi dari Hamburg ke Copenhagen memang aku tunggu-tunggu.  Dengan merujuk pada web http://www.seat61.com/ kami nekad untuk berhenti di Hamburg kerana...jeng jeng jeng.  Pasti ada yang menarik kan.

Tiket dibooking seawal 92 hari sebelum departure date.  Kalau nak harga tiket murah mesti dibeli pada hari pertama jualan tiket bermula.  Macam ICE tiket dijual seawal 92 hari.  Perlu alert kalau tak tiket akan mahal malah berganda-ganda.  Aku dapat tiket ni dengan harga yang murah iaitu Euro 33.50 sehala dari https://www.b-europe.com/Travel/Trains/ICE.  Tiket boleh dicetak dari rumah. Ingat jangan lipat tiket kat tempat barcode, kalau tidak, akan timbul masalah waktu scan oleh pegawai pemeriksa tiket 

Memandangkan Hotel Furst Bismarck tempat kami menginap di Hamburg hanya seberang jalan saje ke Hamburg Hbf (train station) maka tak jadi masalah untuk kami sampai kurang 30 minit sebelum departure time. Tepat pada 9.28am, ICE #33 meluncur laju tiba depan platform tempat kami menunggu.  Kelihatan pegawai pemeriksa tiket sedang sedia menunggu. Tiket diperiksa (scan) sebelum kami dibenarkan naik. Membawa bag yang besar tidak menjadi masalah kerana platform dan paras lantai keretapi tidak terlalu tinggi dan ada disediakan tempat letak bagasi di setiap coach. 

Tiket diperiksa lagi dan kali ini dicop, kali ini oleh pegawai perempuan.  Baik tak sombong.  Tempat duduk aku bersebelah dengan tingkap, memang menjadi kegemaran aku untuk duduk di tepi tingkap. Dapat mengelamun sambil menikmati alam semulajadi.  Pemandangan luar sungguh indah sekali. Daun-daun bertukar warna menguning.  Padang hijau atau meadow luas mata memandang. Sungai mengalir tenang.  Pasti dingin di luar sana.  Indahnya ciptaaan Allah SWT ini... Subhanallah.

Train berhenti agak lama di Puttgarden. Dan ini lah saat-saat yang aku tunggu. Train yang kami naiki perlahan-lahan akan ditarik masuk ke dalam feri untuk menyeberangi Lautan Baltic sejauh 22km menuju ke station Rodby. Ini adalah salah satu tempat di Eropah di mana train masih ditarik atau ditolak (shunted)  ke dalam feri.  Setelah train betul-betul berada di dalam feri (Level paling bawah kalau tak silap lower level 3), penumpang diminta turun dari train untuk naik ke deck feri. Kami bergegas naik ke deck.  Di tingkat 1 kelihatan cafe, restoran, kedai bebas cukai, ruang santai, tempat merokok dan tempat mainan.  Luas jugak kawasannya.  Aku terus naik deck yang paling atas.  Subhanallah macam tak percaya aku berada di deck feri yang  besar yang sedang menyeberangi Lautan Baltic.  Sejuk dengan tiupan angin yang sangat kejam mencengkam hingga ke tulang hitam.  Aku antara orang Asia yang berada di situ...hehehe. Lautnya hitam kelihatan cukup ganas. Aku menjenggah kepala ke bawah, MasyaAllah seriaunya.  Kalaulah jatuh memang Innalillah.... lar.

Setelah puas bergambar berposing bagai nak rak, aku turun ke bawah. Lagipun mana boleh lama-lama, sejuk.  Aku ambil keputusan untuk makan tengahari di situ. Makan dalam feri, satu pengalaman baru.  Ternampak fish & chips, harganya Euro 16 ermmm boleh lah.  Kata Wana, kita share sebab big portion takut tak terhabis.  Jimat lah sikit hehe.

Lepas makan ada announcement diminta semua penumpang train diminta naik train.  Kami turun dan menuju tempat duduk masing-masing.

Baki perjalanan dari Rodby menuju ke Koebenhavn Hbf mengambil masa 2 jam. 



Hamburg Hbf



Tiket diperiksa dan discan barcode


Train stop at Puttgarden before shunted onto ship

Semua passenger dikehendaki turun dari train 

to hall


kat sini ada restoran, duty free shop, rest area and games station


top deck tempat penumpang menikmati panorama luar


top deck


sejuk giler

suasana atas deck, mula-mula tu meriah lama-lama makin kurang ....sejuk


kapal meninggalkan pelabuhan...bye-bye

my lunch fish & chips euro 16


kenderaan line-up untuk masuk kapal ke Hamburg



coach

No comments:

Post a Comment