Showing posts with label Asia. Show all posts
Showing posts with label Asia. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Dari Siem Reap ke Phnom Penh, Cambodia

 Hari keempat : 28 December 2014

Perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh

Dari jam 7.30 pagi kami dah siap letak bag kat Lobby hotel.  Kata pekerja hotel itu tut-tut yang akan jemput kami jam 8.00 pagi. Jadinya kami bersarapan dulular sementara menunggu tut-tut datang. Lebih kurang jam 8.00 pagi tut-tut yang bakal bawa kami ke jeti Siem Reap sampai, kami adalah penumpang yang pertama. Rupanya tut-tut bukan bawa terus kami ke jeti, ada pelancong lain yang perlu dibawa. Maka jadilah sardin segar dalam tut-tut, nasib baik cuaca nyaman tak lah berpeluh sangat. Lebih kurang 10 orang disumbatnya...ermmm... (lupa nak snap gambar).  Maka sampailah kami kat jeti  Siem Reap. Tak jauh pun lebih kurang 15km saje, tapi jalan rayanya berdebu, berlubang...azab..huhu.

Feri kat sini (bukan saje feri, smua public transport) kalau bab time memang tak punctual langsung....selagi tak penuh mereka tak akan gerak. Feri kami delay lebih sejam.  Ada pelancong yang tak sabar membebel jugaklar.  Aku pun resah...nasib baik perut tak meragam.

Jom layan gambar-gambar kami :



Keadaan dalam Feri - ada toilet wooo...bersih ..tip top

Sementara tunggu feri gerak, lepak dulu.


Pandangan Jeti Siem Reap...ok lah...kalau malas bawa bag, boleh suruh budak2 tolong bawakan. Tapi INGAT bukan free ye, beri lah token sikit. USD1-2 ok lar.



Tempat simpan barang dalam Feri


Ni dah sampai Phnom Penh


Pemandangan kat Jeti Phnom Penh


Laluan dari Jeti


Cantik sungai Mekong


Kawan aku Wana sedang heret bag...


Suasana biasa di tasik Tonle Sap waktu air pasang


aktiviti mereka kebanyakannya menangkap ikan


Nelayan sedang tangkap ikan kat tasik Tonle Sap


peta Siem Reap ke Phnom Penh (sumber dari google)

Tasik Tonle Sap yang aku tau dari pak cik gugel adalah sebuah tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara.  Tasik ini adalah gabungan air tasik dan sungai.  Sangat penting pada penduduk Cambodia dari segi perikananan, pertanian dan sumber air.   Aliran air di Tonle Sap ini berubah mngikut musim, Musim panas dari November ke May, tasik akan mengecil dan air akan mengalir ke sungai Mekong di Phnom Penh manakala musim hujan (bermula Jun), Tasik Tonle Sap akan membentuk tasik yang besar.   Musim panas saiz tasik lebih kurang 1m dalam dengan keluasan 2700m2 tetapi bila tiba musim hujan air dari sungai Mekong masuk balik ke tasik dan keluasan tasik akan berkali-kali ganda besarnya, iaitu 16,000m2 dengan kedalaman  sehingga 9m.  Hebat kan.



diesel dijual dengan mudah di tepi-tepi jalan

Yang ni pit stop kami, ingat kenapa lah berenti rupanya isi minyak daa....



Tiket bot laju USD 35/seorang



pandangan dari balkoni Pillar Hotel, mengadap sungai Tonle Sap




Hotel yang kami tinggal (Pillar Hotel) tak lah jauh dari jeti...dengan menapak 100m saje. Yang best tempat tinggal kami adalah tuuuu ngadap Gloria Jean's Coffee. Malam ni mesti pergi ngopi hehehe. Yang tak best pasal hotel ni, tak ada kemudahan lift.  Dahlah duk kat tingkat 3..memang jenuh lah mengangkat bag, udahlah berat.  Berkerja keraslah otot-otot tangan kami..huhu. Sian....




Bersambung....


Thursday, January 15, 2015

Siem Reap, Cambodia (Part 4)


Sambungan....

Hari ketiga 27 December 2014 

Angkor Thom

Ini perjalanan akhir kami di Siem Reap, esok pagi kami akan ke Phnom Penh dengan menaiki speed boat menyusuri Tasik Tonle Sap.

Dari Kulen Waterfall ke Angkor Thom (singgahan pertama Kompleks Angkor) jaraknya agak jauh jugak lebih kurang 1 jam perjalanan.  Aku dah Wana sempat terlelap di dalam kereta mungkin kepenatan. Setibanya kami di kawasan lapang yang dipenuhi dengan kereta, bas, tut-tut, basikal segala macam kenderaan ada di kawasan lapang ini.  Dan terdapat juga gerai-gerai jualan makanan dan minuman di sini.  

Angkor Thom... Ermmm....benda yang pertama yang aku fikirkan sebelum ke sini adalah tempat Angelina Jolie sebagai Lara Croft beraksi dalam Tom Raider dan akar-akar kayu yang besar yang lebih tinggi dari manusia... hehehe. 

Memasuki ke Angkor Thom perlu lewati pintu besar (main entrance) dan perlu berjalan kaki sejauh 400m untuk sampai.  Jalannya yang tidak berturap dan berdebu.  Kenapalah kerajaan mereka tak turap jalan kat tempat ni bukan kah di sini dah tersenarai didalam Warisan UNESCO. Hasil kutipan dari pelancung bukan sikit USD20 untuk 3 jenis Angkor sehari.   Kalau  sehari 2000 pelancung x USD 20 = USD 40,000 (RM 140,000) sehari, banyak tuu. (wahhh kira budget pulak).  Kenalah ambil kira keselesaan pada makcik pakcik yang berumur, orang-orang yang ada Asthma.  Yang muda-muda macam aku (ewahhh) boleh lah lagi jalan kaki walau berdebu sana sini.  

Sampai kat Angkor Thom, banyak pulak restoration tengah buat. Sana sini scaffolds (peranca) netting dan pita dilarang masuk.  Tak semua tempat di Angkor Thom (masa aku lawat) boleh diterokai.  

Berbalik kita pada sejarah Angkor Thom pulak.  Angkor Thom dalam bahasa Khmer bermaksub Kota Besar (Great City). Angkor Thom didirikan sebagai ibukota kerajaan dizaman pemerintahan Jayavarman VII (memerintah dari 1181 ke 1219). Di dalam Kota Besar ini terdapat kuil, istana, monumen-monumen penting seperti Bayon, Baphuon, The Royal Enclosure, Phimeanakas & The Terrace of Elephants. Angkor Thom ini dikelilingi oleh dinding batu persegi tepat (Jayagiri) dengan ketinggian 8m dan 12km panjang.  Keliling dinding batu ini pula dilindungi oleh 100m lebar terusan (moat) yang dahulunya diletakkan buaya ganas. Sekarang ni terusan sudah kering, jadi tak dapatlah kita tengok.  Istana Raja (Royal Palace) yang asal di Angkor Thom ni dibina pada abad ke 10 dan 11 dan ada sebahagian strukturnya dibuat dari kayu yang dari hari kehari semakin reput dan musnah. 

Pada abad-abad yang berikutnya Angkor Thom ini tetap menjadi ibukota pada kerajaan Khmer sehingga tahun 1609. Kapasiti kota ini boleh menampung antara 80,000 hingga 150,000 orang penghuni. 

Rekabentuk Angkor Thom ni mengikut rekabentuk Bayon dimana ada ukiran wajah pada gerbang masuk. Ada 5 pintu masuk utama ke Angkor Thom.  Pintu selatan (East Gate) yang paling popular dan paling sibuk kerana menghubung dengan Angkor Wat.  Tambahan pula laluan ini telah dibaik semula.


Layout Plan

pandangan sebaik saja kami masuk ke Angkor Thom


tempat Lara Croft beraksi
aku...Lara Croft ...wakakaka





ukiran pada dinding kuil


Akar yang besar melingkari struktur bangunan



ukiran yang terpahat di dinding-dinding kuil



banyak runtuhan yang sedang dibaik pulih


akar melingkari struktur bangunan




terrace

Masa kami keluar dari pintu yang kami masuki tadi, aku ternampak ada orang menjual air kelapa. Mesti enak diminum tambahan pulak dengan cuaca yang agak panas.  Aku membeli sebiji kelapa, fresh dari ladang hehehe.  Kami duduk dibangku sambil menunggu kelapa ditebuk untuk dapatkan airnya. Sebiji diparang, dibuang (agaknya kelapa tua / airnya tiada), kedua di buang jugak...hinggalah buah yang kelima....baru nampak muka kakak itu kelegaan. Kelapa dihidang. Aku menyedup airnya....alamak kenapa rasanya tawar (tasteless). Aku minum jugak lah... sebab haus sangat. 


Habis minum kami mencari driver untuk bawa kami ke Bayon walau jaraknya tak jauh.  Tak larat nak menapak (jalan kaki) lagi.

banyak kelapa tua dari yang muda


Sebahagian dari monumen yang terdapat di Angkor Thom iaitu The Terrace of Elephant.


belalai gajah




diding yang penuh dengan ukiran gajah




Prasat Bayon

Selepas hampir 2 jam kami di Angkor Thom, meneroka setiap penjuru, masa untuk kami menyambung perjalanan terakhir kami di Siem Reap iaitu ke Angkor Wat. Masa kami keluar jam hampir pukul 5 petang.  Aku risau takut-takut tak sempat untuk memasuki Angkor Wat.  Driver kami cakap masa terakhir untuk masuk ialah jam 5.30 petang.  

Dibina di tengah-tengah kota besar Angkor Thom pada abad ke 12 - 13 Masihi.  Ia adalah kuil rasmi Mahayana Buddist Raja Jayavarman VII.

Bayon terkenal kerana bentuk wajah di batu besar.  Wajah yang tersenyum dianggap ramai sebagai potret Jayavarman sehingga digelar sebagai Monalisa Asia Tenggara. Gitulah pulak hmmm.  Di sekitar Bayon ni terdapat 54 menara  dan masing-masing dengan empat muka yang tersendiri. Senyuman yang terdapat di empat muka ini secara simboliknya mengambarkan senyuman menawan, senyuman sedih, senyuman gembira dan senyuman yang indah.  Terdapat lebih 200 imej wajah di sini. 

Kuil Bayon ini dikelilingi oleh dua dinding lama yang mengandungi koleksi luar biasa dengan ukiran timbul (bas-relief scene) bagi menggambarkan peristiwa-peristiwa lagenda dan sejarah. Lebih 11,000 ukiran diukir di dinding sepanjang lebih 1.2km.  

Semasa zaman pemerintahan Jayavarman yang memimpin bandar Angkor Thom, Jayavarman adalah raya yang paling kuat dan berkuasa.  Semasa pemerintahnya banyak kuil dibina bagi mengambarkan kekuasaan beliau.  Tetapi selepas kematian Jayavarman, Angkor Thom Kingdom menjadi lemah dan ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah dijumpai oleh ahli arkeologi Perancis.



Jalan masuk utama ke Bayon. Abang yang baju biru tu check pass masuk. Sempoi aje



di setiap menara ada 4 muka


pancaran matahari menerangi muka-muka di Bayon



salah satu sudut



aku di muka pintu


ukiran penari-penari Apsara




ukiran di dinding-dinding kuil



ukiran didinding


smiling faces


Angkor Wat

Angkor merupakan salah satu tapak arkeologi yang penting di Asia Tenggara yang tersenarai dalam Warisan UNESCO.  Keluasannya menjangkau 400km2  termasuk kawasan hutan.   Taman Arkeologi Angkor adalah antara tinggalan khazanah penting di Empayar Khmer dari abad ke-9 hingga ke-15.  Khazanah penting dan masterpiece ini termasuklah Angkor Wat, Angkor Thom, Kuil Bayon.

Angkor Wat adalah monumen ibadat terbesar di dunia.  Kuil ini telah dibina oleh Raja Khmer iaitu Suryavarman II diawal abad ke-12 kepada tuhan Vishnu di Ysodharapura (hari ini dipanggil Angkor). Ia juga dijadikan sebagai pusat Empayar Khmer. Cambodia ditukar kepercayaan dari Hindu kepada Buddhisme bermula pada abad ke-13, kuil ini kemudianya ditukar kepada penggunaan Buddha.  Ini merangkumi banyak patung-patung Buddha yang terus menghiasi kuil hingga ke hari ini.  Angkor Wat ini disedari kewujudannya pada abad awal abad ke-16.  Tetapi kerja-kerja pemulihan yang serius oleh pakar-pakar arkeologi Peranchis hanya dijalankan pada pertengahan abad ke-19.


Plan Angkor Wat
Bagaimana Angkor Wat Dibina

Angkor Wat Dibina dari blok-blok batu pasir yang diangkut 50km jauhnya dari Phnom Kulen dan dihanyutkan di Sungai Siem Reap  menggunakan rakit.  Keadaan logistik sedemikian rupa memerlukan ramai buruh kasar menurut sumber hampir 300,000 perkerja dan 6000 ekor gajah terlibat dalam pembinaan Angkor Wat, namum ia masih belum siap sepenuhnya.





penyambut tetamu  ke Angkor Wat. Sungguh kurang sopan


Antara 7 keajaiban dunia ialah Angkor Wat atau "City of Temple".

Terusan  (Moat) : Angkor Wat ini dekelilingi oleh 190m lebar terusan (moat).  Ianya membentuk segiempat yang besar iaitu 1.5km x 1.3km.  Dari barat terdapat tambak batu yang menyeberangi terusan.

Terusan (moat) yang mengeliling Angkor Wat


Dinding Luar (outer wall) : Berbentuk segiempat dengan ukuran 1025m x 800m mempunyai gate pada setiap pintu masuk.  Di bahagian barat terdapat 235m lebar porch dipenuhi dengan dekorasi, ukiran dan sculpture.  Terdapat jugak patung Vishnu (memegang tombak) yang 3.25m tinggi terletak di kanan menara. Ianya  dibuat dari batu tunggal (single sandstone).  Ada pasangan yang hendak berkahwin dan penganut Buddha datang meminta restu pada patung Vishnu ini.


Avenue. Dibelakang kelihatan dinding luar (outer wall).  


Avenue:  Sepanjang 475m x 9.5m lebar avenue merentasi pintu utama (tembok luar) ke tengah kuil. Semasa berjalan menuju tengah kuil, kita akan nampak dua perpustakaan di kiri dan kanan (salah satu telah dibaik pulih oleh arkeologi Jepun) dan dua buah kolam.  Lokasi di bahagian utara amat popular untuk melihat matahari terbit.



Avenue, menuju ke central complex. Pintu utama.


perpustakaan yang salah satu telah dibaikpulih oleh arkeologi Jepun


Central Complex : Terdiri dari 3 tingkat bangunan dan setiap tingkat dibuat dari laterite dan dikelilingi oleh galeri yang berhubung kait. Galeri Seribu Buddha (Thousand Buddhas ) Preah Poan digunakan untuk menempatkan beratus-ratus imej Buddha sebelum perang.  Tetapi kebanyakannya telah hilang atau dicuri.


Menara : Di sudut tingkat dua dan tiga terdapat menara.  Setiap puncak menara diukir imej kelopak bunga teratai (lotus).  Bunga kebanggaan masyarakat Khmer.


Menara di Kuil


Galeri pertama mempunyai tiang persegi di bahagian luar dan dinding tertutup di bahagian dalam. Siling antara tiang dihiasi dengan "lotus resettes" manakala di dinding tertutup dihiasi dengan ukiran tarian.  Ukiran Apsara terdapat di semua galeri.



Gallery

antara pillar dan galeri yang penuh ukiran dinding.  Ukiran Lotus rossette di siling

detail ukiran tarian di galeri dalam

hanya 1 menara dibuka pada pelancung 



courtyard





detail tangga yang curam



detail bumbung



detail pintu


Imej Penari Apsara yang banyak diukir di dinding-dinding




imej penari Apsara dipahat dengan sangat detail




Mentari hampir terbenam di terusan (Moat) Angkor Wat.  Indah 



Selamat tinggal Siem Reap....