Tuesday, January 13, 2015

Tarian Apsara di Cambodia




Lawatan ke Cambodia tidak lengkap tanpa melihat sepintas lalu mengenai seni persembahan klasik tarian Apsara, seperti yang digambarkan di dinding kuil-kuil Angkor. Tarian Apsara ialah tarian tradisional Khmer, masyarakat Cambodia


Pada masa pemerintahan Jayavarman VII terdapat lebih 3000 penari Apsara. Dulu-dulu tarian ini hanya persembahkan untuk raja-raja sahaja. Tetapi apabila rakyat Thai dipecat Angkor pada abad ke 16 maka orang-orang Thai telah membawa pulang penari-penari balik ke negara mereka. Jumlah penari-penari Apsara di Cambodia hampir pupus akibat kemusnahan oleh Khmer Rouge. Hanya pada tahun 1995 iaitu genab 16 tahun selepas kejatuhan Khmer Rouge, tarian Apsara dipertontonkan awam di Angkor Wat. 

Penari wanita yang terdiri dari anak-anak gadis akan memakai baju sutera yang berkilauan, baju berkolar sequin dan lengkap dengan tiara keemasan. Mereka membuat pergerakan yang lemah gemalai, lutut sentiasa dibengkokkan, tumit menyentuh lantai dahulu pada setiap kali melangkah dan senyuman yang malu-malu terukir di wajah mereka. Manakala penari lelaki akan mengenakan sarung.

Koreografi persembahan Apsara adalah berdasarkan kepada karakter epik Ramayana masyarakat India di samping menonjolkan aktiviti harian penduduknya. Ini termasuklah menangkap ikan, bercucuk tanam dan adegan cinta pasangan muda.

Setiap pergerakan tarian mempunyai simbolisme sendiri tertentu dengan jari menunjuk ke langit, sebagai contoh, menunjukkan 'hari ini', sambil berdiri sisi dengan tapak kaki menghala ke atas mewakili terbang.

Aku berpeluang menyaksikan tarian tersohor ini di Angkor Mondial Restaurant dengan bayaran tiket USD$12 seorang. Ini termasuklah caj sajian bufet makan malam. Selama sejam aku terbuai dengan alunan muzik dan tarian yang lemah gemalai.







Restoran ni memang luas





Penari-penari Apsara











lemah gemalai















Angkor Mondial Restaurant




Ukiran penari Apsara di dinding Angkor













video yang sempat dirakam semasa persembahan



Sunday, January 11, 2015

Siem Reap, Cambodia (Part 2)

Sambungan....

Hari Ketiga : 27 December 2014


Kami hanya ada 1 hari sahaja di Siem Reap.  Esok pagi-pagi lagi kami harus bertolak ke Phnom Penh. Selepas sarapan di hotel,  kami meminta pihak hotel menempah teksi bagi membawa kami ke  Angkor Wat, Angkor Thom, Bayon dan Kulen National Park.  Kami bersetuju dengan kadar sewa USD25 sehari.  Nasib baik kami tidak segera setuju dengan tawaran budak tut-tut semalam. Dia offer kami USD18 dengan menaiki tut-tut.  Melihat keadaan jalan di Siem Reap yang azab berdebu merah kuning semua ada..memang aku bersyukur kerana memilih menyewa teksi walau agak mahal.  Kalau kami memilih naik tut-tut mesti ada yang demam.  Bayangkanlah bukan dekat untuk ke Kulen National Park, perjalanannya hampir 2 jam sehala.

Bayaran masuk ke Kulen National Park adalah USD 17/pax manakala untuk ketiga-tiga Angkor iaitu Angkor Wat, Angkor Thom dan Bayon adalah USD 20/pax/day. Di sini ada kategori tiket, samada sehari, 3 hari atau seminggu.  Bayaran ke Kulen kami serahkan duit pada driver teksi, dia akan belikan tiket.  Manakala ke Angkor Wat, Angkor Thom & Bayon driver teksi atau wakil tidak boleh membeli tiket masuk.  Pelancong mesti membelinya sendiri kerana pada tiket tu nanti akan ada photo sendiri.  Hmm...patutlah orang lain tak boleh tolong belikan.




Beratur beli tiket untuk ke Angkor



Harga tiket USD20/pax/day ada line nya sendiri.




Tiket untuk masuk ke Angkor Wat, Angkor Thom & Baron. Photoku hehe..
1 hari USD20
3 hari USD 40
7 hari USD 60


Lawatan pertama kami  : Phnom Kulen National Park 

Bermula seawal jam 8.00 pagi selepas sarapan kami menunggu driver di lobby hotel untuk membawa kami ke Preah Ang Thom & Kulen Mountain Waterfall di Phnom Kulen National Park. Jarak perjalanan dari hotel ke Phnom Kulen National Park adalah 40km mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalanraya di sini agak sukar dengan keadaan geografi yang berbatu dipenuhi dengan sandstone, berdebu agak sempit dan bumby.  Ermmm....nasib baik kami memilih untuk menyewa kereta kalaulah kami pilih untuk naik tut-tut memang kenyang telan debu.  Tetapi ada juga pelancung-pelancung asing yang menaiki tut-tut dan basikal untuk ke sini. Mungkin mereka nak mencuba suatu kelainan dan mencabar... agakkan saja.  


Kami ke Preah Ang Thom


Jalan Masuk ke Preah Ang Thom


Sepanjang jalan ramai yang menjual bunga lotus atau teratai yang digubah secara lipat (folded) adalah menjadi kebanggaan Khmer atau masyarakat Cambodia.  Ianya dijual terutamanya untuk penganut-penganut Buddha sebelum mereka memasuki Pagoda atau untuk acara-acara keagamaan.


Bunga teratai ini jugak lambang agama masyarakat Cambodia.  Bunga ini hidup di air yang keruh dan akan kembang dengan indahnya di permukaan air.  Bila malam tiba bunga teratai ini akan kuncup dan tenggelam didalam air dan akan muncul balik bila subuh tiba.  Indahnya ciptaan Ilahi ini....bunga teratai.

Bagi aku, bunga teratai adalah lambang Cambodia.  Ianya sangat indah bila dilihat secara dekat.  Bila kelopaknya tertutup ianya kurang menarik tetapi bila kelopaknya terbuka dan berkembang akan terselah lapisan demi lapisan kelopak teratai yang esotik.  Begitu juga dengan Cambodia, secara sepintas lalu kita akan melihat Cambodia sebuah negara yang agak huru-hara penuh debu dan suram. Tetapi bila kita lihat secara dekat kita akan dapati betapa indahnya Cambodia ini dengan keindahan monument, angkor, landscape, budaya dan masyarakatnya sendiri.  Cambodia seperti Teratai perlu diterokai bagi mencari keindahan yang tersembunyi.



Bunga Teratai (lotus)..siap digubah secara lipatan 




 kat Kelantan dipanggil etok... ni versi kemboja




etok salai versi kemboja

Jalan masuk ke Preah Ang Thom (Reclining Buddha). Di kiri kanan di penuhi oleh peminta sedekah dan penjual ubat-ubatan.



tangga ke Preah Ang Thom


Gambar bawah tempat Reclining Buddha terletak di atas ketulan batu gunung.  Untuk ke sini kami harus mendaki tangga kedua.

Tempat Reclining Buddha terletak


inilah tangga kedua perlu kami naik untuk ke reclining buddha

Di tempat ini juga dapat disaksikan Patung Buddha berbaring Preah Ang Thom (Reclining Buddha) diabad ke16 yang merupakan salah satu patung Buddha yang terbesar di Cambodia dengan ukuran sekitar 17m panjang dan 8m tinggi.  Ianya diukir dari batu gunung (boulder).  Untuk melihatnya kami terpaksa menapak tangga yang agak tinggi (Gambar di atas).

Aku agak terpesona melihat patung Buddha ini dan ini bukanlah yang pertama kali aku melihat patung reclining Buddha.  Aku pernah melihatnya di Wat Pho, Bangkok dan di Beruk, Tumpat, kelantan. 

Aku perasan yang patung ini mengiring pada sisi kiri dan bukan pada sisi kanan seperti patung-patung reclining yang pernah aku lihat sebelum ini.  Dan aku tidak tahu sampai sekarang kenapa ianya berbeza.

* aku akan update sekiranya aku dapat jawapannya.


Preah Ang Thom Reclining Buddha


Di jalan masuk dan keluar terdapat deretan penjaja yang menjual pakaian, bunga, ginseng, pisang bakar, lepeng kelapa, air minuman.  Aku memilih untuk memcuba pisang bakar dan lempeng kelapa. Kerana kedua-dua makanan ini sinonim dengan makanan di kelantan. Yang lain aku tak berani cuba selain ambil faktor halal.

Adik comel yang berseluar pendek ni kita orang lantik/pilih jadi tour guide kami hehehe...selain dengan kecomelan, adik ini boleh bercakap bahasa inggeris.  Semasa memanjat tangga ke reclining buddha adik ini akan menjaga kasut kami.  Untuk ke reclining buddha, tidak dibenarkan  memakai alas kaki (kasut, sandal, selipar)...barefoot gitu. Bila selesai tour, bagilah sedikit tips untuk adik comel ini...USD1-2 dikira memadai.  



adik manis jual pisang bakar

Kalau di Kelantan pisang bakar akan dimakan dengan kuah manis seakan akan kuah serabei (aku tak tahu bahasa standardnya apa)



pisang bakar versi Kemboja



Ngap...sedap


bersambung....









Saturday, January 10, 2015

Siem Reap, Cambodia (part 1)

Sambungan.....

Hari ketiga : 27 December 2014


5 bulan sebelum travel aku sudah menempah kesemua hotel untuk sepanjang traveling kami ke Indochina melalui web  booking.com.  Aku dan Wana sama-sama memilih hotel yang bakal kami tinggal, mengambil kira kos, jarak dari stesen keretapi atau tempat-tempat yang ingin kami lawati (POI - Place of Interest).

Di Siem Reap kami memilih Shining Angkor Boutique Hotel yang jarak cuma kurang 5km dari Angkor Wat.  Hotel ini tak lah besar sangat tapi yang penting ianya selesa dan bersih.  Cuma wifi di sini kurang memuaskan... kadang dapat kadang tidak.  Harga bagi semalaman ialah RM176 atau USD49.  Hotel ini  menerima matawang USD dan aku rasa hampir keseluruhan tempat yang kami lawati menerima matawang USD.  Kalau nak tukar ke matawang tempatan pun boleh jugak iaitu USD1 = Khr 4000 (Khmer Riel).

Untuk perjalanan seterusnya ke Phnom Penh kami memilih untuk menaiki speed boat yang melalui Tasik Tonle Sap.  Tasik Tonle Sap adalah tasik terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 2700km2.    Air dari Tasik ini sangat penting bagi sumber minum, pengairan untuk tanaman dan perikanan.   Gitulah sedikit sebanyak berkenaaan tasik terkenal ini.  Masa sekolah dulu dalam buku Geografi memang ada sebut nama tasik ini.  Dah tua-tua gini baru tengok rupa sebenarnya tasik ni.  Di entri seterusnya akan aku ceritakan tentang perjalanan kami melalui tasik Tonle Sap

Tempahan untuk boat ride ke Phnom Penh kami meminta pihak hotel uruskan sekali dengan hotel pick-up.  

pandangan hadapan Hotel Shining Angkor



Bilik kami dah siap berkelambu lagi, dah macam bilik pengantin



tut-tut sedia menunggu.  Makcik tu bukan driver ye dia pekerja hotel.


tempat kita orang brekfes


hotel ni ada menjual perabut

bersambung.....




Friday, January 9, 2015

Poipet, Cambodia

Sambungan......



Hari ke dua  : 26 December 2014

Tiba di stesen keretapi Aranyapratyet kami mencari tut-tut yang reliable untuk ke border kerana jarak dari stesen keretapi ke border agak jauh lebih kurang 7km.  Kalau nak menapak memang masak lar dengan cuaca panas terik. Mula-mula keluar dari stesen ada sorang pakcik ni nak minta TB80, giler apa punyalah mahal.  Kami keluar dari area stesen sambil tinjau kut-kut ada yang boleh offer lagi murah.  Alhamdulillah sorang pakcik ni offer TB 60 (hehe padahal bukan banyak sangat pun beza).  Dengan panas dan jalan yang agak berdebu hon sana sini binggit telinga kami...sampai jugak kami kat Thailand Passport Control.  Warga Malaysia tak payah nak susah-susah apply Visa untuk masuk Cambodia.

pakcik tut tut yang membawa kami dari stesen Aranyapratyep ke Thailand Passport Control




Direction ke Passport Control Thai
Ingat boleh lah minum kat Cross Cafe tapi sayang masih belum beroperasi.  Perut kami berkeriuk menahan kelaparan.  Nak makan sembarangan takut ceri beri.. nasib baik ada air bolehlah hilangkan dahaga dan penat. 

Kami fikir tak apalah mungkin lepas ni boleh jumpa proper restoran.  Terus kami proceed ke Passport Control Thailand.  Jarak dari tempat tut-tut drop kami tadi ke sini tak lah jauh, menapak dalam 15 minit jugak lar.  Bayangkan heret bag di tengah-tengah panas dan jalan berdebu, hmm agak mencabar.




Pintu gerbang di Thai border


Pejabat imigresen Thai terletak selepas jumpa pintu gerbang ni.  Cantik kan.


Laluan ke Imigresen Thai. Ada laluan tanpa VISA dan VISA. Pastikan di lorong yang betul hehe


Ruang passport control Thai
Ruang passport control Thai ni agak selesa, luas lengkap dengan penghawa dingin. Tak ambil masa yang lama untuk siap urusan.



Laluan keluar  selepas selesai urusan passport control 


Laluan keluar untuk proses seterusnya ke Passport Control Cambodia




jalan kaki dari pejabat imigresen Thai ke pondok imigresen Cambodia

Lepas urusan di imegresen Thai, kami proceed ke Passport Control Cambodia pulak. Jauh jugak jaraknya.  Mandi peluh dibuatnya. Di sepanjang jalan banyak kedai-kedai yang menjual barangan dan minuman, makanan.  Aku masih tak berani nak beli makanan sebarangan hanya membeli air botol sahaja. 



pintu gerbang Kingdom of Cambodia @ Poipet

Lagi 50m kami akan masuk Cambodia...yeay.


Nampak tak Pondok sebelah kanan (bumbung oren)... tulah dia tempat passport control Cambodia

Kami bertanya beberapa orang yang lalu lalang di mana pejabat imigresen Cambodia kerana tiada signboard yang tunjuk arah ke situ. Akhirnya nun di sana nampak pejabat yang rupa tak seperti perjabat.  Macam pondok pun ada.  Memang daif sungguh pejabat imigresen Cambodia.  Ruang yang sempit tiada pendingin udara hanya harapkan 3 bijik kipas.  Di pintu masuk kami diberi borang arrival/departure tanpa sebarang bayaran.

Dan di sinilah kesabaran aku memuncak.  Tiap seorang mengambil masa yang agak lama.  Bayangkan line aku yang tak sampai 20 orang ambil masa lebih sejam! Dengan suasana panas, berpeluh, penat, lapar, berdiri, berhimpit sejam lebih!! Arghhh memang mencabar. Dan sepanjang hidup aku, aku tak pernah lagi disuruh scan 10 jari, kalau 1 ibu jari tu biasalah.... ini 10 jari! Lama pulak tu, tiap satu jari diteliti...patutlah lama urusannya dan ini hanya berlaku di Cambodia!

Cukup berbeza keadaan dengan Imigresen Thai.  


Keadaan di Imigresen Cambodia. Cukup mencabar

Selesai urusan passport control Cambodia cukup melegakan. Aku berjalan keluar ke tempat menunggu shuttle bas.  Stesen shuttle bas hanya di bahagian belakang Pondok Imigresen Cambodia sahaja.  Perkhidmatan shuttle bas ni adalah free.  Shuttle bas ni akan membawa kami ke stesen bas di mana kami perlu membeli tiket bas untuk ke Siem Reap. Perjalanan ke Stesen bas lebih kurang setengah jam.


tempat menunggu free shuttle bas untuk ke Stesen Bas.

Menunggu bas. Abang ni boleh cakap bahasa Malaysia



Shuttle bus

Keadaan stesen bas cambodia yang baru, moden, bersih yang lengkap dengan food court. Aku hanya mampu makan mee segera dalam cup sahaja.  Tak selera lihat menunya yang ada oink oink.


Kaunter tiket di stesen bas 

Kesabaran aku memuncak lagi,  hampir 2 jam kami menunggu bas bergerak.  Aku peratikan dia orang ni tak ikut jadual bas, main sedap dia orang saja bila nak gerak.  Selagi tak penuh selagi itulah bas tak akan bergerak.  Memang kerja gila. Jam 3.30pm baru bas gerak ke Siem Reap.



Harga tiket USD 9/pax atau KHR 36000/pax

Ini pit stop tempat kami melepas apa yang patut dan meggalas perut.  Ingat tandas kat sini tak free yer...perlu beli barangannya baru boleh guna tandas mereka dengan percuma.


Berhenti untuk minum & ada wash room disini

Pemandangan di sepanjang kiri kanan jalan penuh dengan sawah padi.  

pemandangan di perjalanan ke Siem Reap

Tak banyak aktiviti yang kami lakukan masa dalam perjalanan ke Siem Reap.  Selain dari mendengar muzik dari Macbook aku, mengambil gambar dan selebihnya tidur.  Kebanyakan penumpang adalah foreigner dari barat.  Dari Asia cuma aku dan mamat jepun/korean (tak pasti). 


Yo Tie.. Cara kami habiskan masa dengan melihat gambar2  selain tidur.

Pukul 7.30 lebih kurang 4 jam perjalanan,  kami tiba di Siem Reap. Perjalanan yang cukup meletihkan dan cukup panjang.  


bersambung....

Travelog Jalan Darat Dari Thailand - Cambodia - Vietnam

Ringkasan:

Day 1 - Arrive Bangkok
Day 2 - Aranyapratyet / Poipet (Cambodia Border)
Day 3 - Siem Reap, Cambodia
Day 4 - Boat ride (Tonle Sap Lake) from Siem Reap to Phnom Penh
Day 5 - Bus ride from Phnom Penh to Saigon
Day 6 - Saigon
Day 7 - Train ride from Saigon to Hanoi (30 hrs)
Day 8 - as above
Day 9 - Hanoi
Day 10 - Ha Long Bay


BANGKOK, THAILAND


Hari Pertama : 25 December 2014

Kembara melalui jalan darat ini sebenarnya sambungan dari kembara pertama kami dari Kuala Lumpur - Butterworth - Surathani - Bangkok.   Dari Bangkok kami teruskan kembara kami sampai ke Hanoi.  Keseluruhan perjalanan ini mengambil masa 10 hari (Bangkok-Hanoi).  Kembara kali ini dikira adventure lah jugak kalau dibandingkan dengan kembara kami di Eropah bulan April yang lepas (belum up to blog lagi...bilalah tu..hmm). Nanti aku akan ceritakan satu persatu mengikut hari.

Kami tiba di Bangkok InternationalAirport atau Suvanarbhumi Airport pada 25 December 2014 hari Krismas jam 10.10 am dengan pesawat MAS MH784. Cuaca sangat baik ..Alhamdulillah..



Suvanarbhumi Airport, Bangkok


Dari Suvanarbhumi Airport kami amik keputusan untuk terus ke @Hua Lamphong Hostel yang jaraknya cuma kurang 100m dari Hua Lamphong Train Station.  Kami perlu cari tempat tinggal yang dekat dengan Hua Lamphong Train Station memandangkan kami akan bertolak ke Aranyapratyet jam 5.55 pagi.  Hostel ini sangat terkenal dikalangan back packers dan highly recommendation oleh Tripadvisor.   Dari Airport kami menaiki Airport Rail Link (ARL) dan Metro untuk ke Hua Lampong Train Station.   



Ticket Vending Machine di ARL (Airport Rail Link)

Jangan risau ada pegawai yang akan menolong anda membeli tiket kalau tak pasti di mana destinasi yang patut anda berhenti untuk menukar laluan.


Inilah dia pandangan depan Hostel Hua Lamphong


Hostel ini hanya menerima cash. Harga semalaman TB 1050 lebih kurang RM 114.00.


Pandangan Lobby Hostel Hua Lamphong



ARANYAPRATYEP,  THAILAND


Hari kedua : 26 December 2014

Jam 4.00am pagi kami sudah bangun, siapkan diri, packing semua barang dan bergegas ke Hua Lamphong Train Station.  Letaknya cuma di seberang jalan sahaja.  Dipagi buta sebelum subuh lagi kami sudah heret bag ke Stesen keretapi.  Jalan raya di kota Bangkok sudah sibuk.  Sampai di stesen, arrhh sudah, semua pintu masuk ke dalam stesen masih tutup.  Aku intai di celah-celah grille tingkap, aku nampak sudah ada orang di dalamnya.  Aku dan Wana cari jalan macamnana nak masuk ke dalam.  Sudahnya aku masuk ikut pintu foodcourt yang ada access ke hall stesen keretapi.  Nasib baik  tak kena marah dengan pakcik makcik kedai makan tu.

Masuk saja ke Stesen kami terus ke kaunter tiket untuk ke Aranyapratyet.  Harga tiket cuma TB 48 iaitu lebih kurang RM5.00 seorang sehala.  Harga tiket murah giler dengan perjalanan lebih 6 jam.  Tiket hanya boleh dibeli pada hari travel, maknanya tidak boleh booking in advance atau beli secara online.  

Setiap hari cuma ada 2 trip sahaja untuk ke Arayanpratyet iaitu pukul 5.55am dan 1.05pm.  Aku memilih pagi kerana tidak mahu bermalam di border.  Kalau ambil tiket tengahari bermakna aku akan sampai lebih kurang jam 7-8 malam.  Border crossing tutup jam 8.00 malam. Tu sebab kami memilih trip pagi.

ETD : 5.55 am
ETA : 1.00 pm (tidak tetap +- 1jam)
Train No. 275

Jam hampir 5.00 pagi, maknanya sudah hampir waktu subuh iaitu jam 5.15 pagi. Di sebelah kanan kaunter tiket di tingkat 1 ada ruang solat (surau).  Dimana di tingkat bawah ada toilet / shower.
Walau rupanya agak daif tapi lengkap dengan tempat ambil wuduk yang tak seberapa indahnya.  Mujur aku ada membawa telekung sendiri bagi kegunaan solat.  Selesai urusan kami dengan Maha Pencipta kami turun untuk ke platform.
Ticket sehala ke Aranyapratyet 




Lane 6 Laluan Keretapi ke Aranyapratyet

Dinasihatkan membawa air dan makanan kerana di atas keretapi ni tak ada restoran yang ada cuma makcik makcik yang membawa jualan.  Aku tak berani mencuba takut ceri beri.



hehe aku di jendela gitu

Di coach kelas 3 (tak ada kelas 1 & 2) dengan free seating.  Ada rak tempat letak barang. 



wana...syyyhh buku yang dia baca ni dari trip KL-Bangkok lagi, tak habis2



Subhanallah....pemandangan yang cukup mengasyikan

Di pagi hari yang hening dan nyaman sekali....agak sejuk.

ini pun cantik



panjang lagi rupanya ekor lipan ni




salah satu stesen keretapi 



rumah orang Thai, macam rumah orang melayu



Signage Aranyapratyet 



signage kat body train


Abam kereta lipan 


entrance 

Alhamdulillah kami tiba di Aranyapratyet.  Misi seterusnya ke border Thailand / Cambodia iaitu Poipet.

Bersambung.....