Monday, November 2, 2015

Day 11 & 12 - Helsinki, Finland




Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia

Itinerary Helsinki :

1) Fotress of Suomenllina
2) Helsinki Market Square
3) Uspenski Cathedral
4) Helsinki Cathedral & Senate Square
5) Suomen Islamilainen (mosque)


Aku tiba di South Harbour, Helsinki Jam 10.10 pagi pada 19 Oktober 2015 dari Stockholm dengan Viking Line menyeberangi Lautan Baltic (entri yang sebelum ni). Di Helsinki saja terdapat 5 pelabuhan. Menunjukan bandar Helsinki ni memang popular dengan perkhidmatan feri dalam dan luar negara. South Harbour (Katajanokanlaituri 8) khas untuk kapal /feri Viking Line. Kat Terminal ni ada restoran, kiosk, ATM, perkhidmatan tukaran wang asing, luggage lockers. Kalau nak guna public transport macam tram amat mudah sebab terletak depan terminal. Tapi aku mengguna perkhidmatan teksi. Malas nak angkut bag yang besar gedabak ke dalam tram.

Perjalanan dari Perlabuhan Helsinki ke Hotel Omena tak jauh, kurang 20 minit perjalanan dah sampai. Menurut cerita pemandu teksi, dia pernah datang ke Malaysia tapi cuma 4 jam, lol. Rupanya dia ke Singapore dan hanya singgah sebentar di Johor Bharu. Kata dia lagi kat Helsinki ni ada satu restoran Malaysia, tak jauh dari hotel kami tinggal.

Sampai di Hotel Omena...pangggg...kami tak boleh masuk bilik hotel.  Jam 4.00 petang baru boleh masuk. Maknanya 5 jam lebih lagi. Aduiii... Silap kami sebab tak check betul-betul term and condition masa booking hotel dulu. Hotel ni lebih kurang sama dengan Hotel Urban House Copenhagen.  Kat Copenhagen aku tak ada masalah sebab kami sampai kat hotel dekat pukul 3.00 petang. So, time menunggu tak lama sangat.  Dan di Copenhagen ada ruang menunggu (lobby) walau tiada reception. Tapi tidak di Helsinki, tiada lobby.  Pintu masuk ke ruang lift ada door code. Door code yang aku dapat hanya akan activate tepat jam 4.00 petang. Sigh!! Dahlah cuaca sejuk, aku agak dalam 7-9 deg C.  Nasib kami baik, ada 2 orang budak perempuan keluar dari ruang lift. Apa lagi cepat-cepat aku tahan pintu masuk ke ruang lift dari tertutup.  Yes dapat.  Alhamdulillah ada heater kat dalam ni.  Duduklah kami kat situ. Kami ternampak ada restoran pizza kat sebelah ruang lift ni.  Tapi waktu operasi mula pukul 11.00 pagi, ermm tak lama lagi.  Kita orang decide nak lepak kat kedai piza tu lar sambil menunggu masa boleh door activate.  Hehehe dan kami lah pelanggang pertama Restoran Kotipizza tu.

pizza kat Kottipizza
bilik Hotel Omena.  Yang warna merah tu bilik air.

bilik air ni unik, terletak di tengah bilik hotel (antara ruang tidur dan dining)

Dining table.  Sofa boleh convert ke bed. Kalau ikutkan 4 orang boleh muat kat bilik ni.

Dalam masa menunggu pintu bilik diactivate, kami makan-makan, minum-minum sambil berwifi. Dalam waktu senggang, aku keluar ke taman yang berdekatan sambil mempotrek gambar-gambar keindahan taman dimusim luruh. Wana di restoran jaga bag.  Negara maju sekali pun mesti  sentiasa berwaspada. Maka jalanlah aku sorang-sorang di jalan yang agak lenggang di Helsinki. Senibina bangunan di kiri kanan tak banyak yang menarik perhatian. Aku berjalan bebas tanpa gangguan.

Tepat jam 4.00 petang kami naik ke bilik.  Doorcode dan nombor bilik dah di sms oleh pihak hotel semalam.  Pastikan nombor ini jangan hilang yer....kalau tidak susah, sebab kat hotel ni tiada reception. Tiada pekerja hotel yang boleh membantu.  Arghh lega dapat baring kat tilam yang empuk. Nasib baik bilik hotel luas dan cukup selesa.  Kami ambik keputusan untuk lepak kat bilik sahaja. Penat nak keluar jejalan.  Penat sebab menunggu lama.  Malam tu kami memasak nasi dan makan dengan bekal yang kami bawa dari Malaysia. Tak lupa budu (dalam tiub)  hehehe.  Tekak Kelantan katakan.


20hb Oktober 2015 -

Fotress of Suomenllina and Helsinki Market Square
Pagi-pagi lagi kami sudah keluar. Tujuan utama kami keluar awal nak dapatkan feri yang pertama ke Fotress of Suomenllina. Kami mesti tiba sebelum jam 9 pagi. Terminal feri terletak di Helsinki Market Square. Jarak hotel demgan Helsinki Market Square tak jauh, lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Sampai di market square kelihatan ramai peniaga menjual hasil tangkapan laut yang segar, ada yang menjual sup salmon, ikan-ikan yang di"smoked" dan kebanyakan Finnish delicacies. Cenderamata dan hasil kraftangan pun ada dijual.  Kami plan lepas melawat Suomenllina, kami nak try makan tengahari di market square ni.  

Tambang feri adalah Euro5 pergi dan balik.  Nak dapatkan tiket feri ni mesti guna mesin yang disediakan. Mesin tiket ni ada bahasa English, jangan risau. Simple saja nak guna mesin ni, press "single ticket" lepas tu letak note Euro.   Tiada kaunter jual tiket yer. Semua self-service. Tiket feri MESTI dibeli walau tiada orang yang akan check tiket, sebabnya kalau tertangkap kena penalti Euro 80.  Haaa banyak kan. Signboard amaran di letak pada pintu masuk ke feri.   Bukan mahal pun Euro 5 jer.  Dari Terminal feri ke pulau tempat Fotress of Suomenllina hanya mengambil masa 15 minit, tidaklah jauh mana. Feri ni tak lah besar sangat, aku rasa muat dalam 100 orang kut. Lengkap dengan heater dan toilet. Boleh jugak kalau nak ke open deck.  Tapi sejuk lar.  Seronok aku lihat gelagak budak-budak sekolah. Riuh sekali. Agaknya rombongan sekolah. Kelihatan 2-3 orang pelajar muslimah. 

Dari rujukan aku kat web Tripadvisor, tempat patut dilawati adalah Fotress of Suomenllina.  Memang cantik betul tempat ni.  Tambahan pulak sekarang ni musim luruh.  Seluruh pokok-pokok di pulau ini menjadi warna kuning, merah dan oren.  Subhanallah pemandangan di sini cantik sekali.  Sukar nak digambarkan dengan tulisan aku yang tak seberapa ni.  Penduduk di pulau ini tak ramai rupanya, hanya 800 orang penduduk tetap. Kebanyakan flat disini adalah disewa dan milik kerajaan.  Aku tak dapat mengunjungi museum di sini kerana pada musim sejuk museum akan ditutup.  Aku hanya berjalan-jalan menyusuri jalan cobble stone melihat indahnya taman-tanam di sini, bangunan-bangunan bersejarah.  Dengan keluasan 519 acres memang penat jugak berjalan kaki.    Kalau sesiapa berminat nak bermalam di sini, ada disediakan Hostel.  

Sejarah dan fakta : Suomennlina ni terdiri dari 6 pulau yang mengawal pintu masuk ke pelabuhan Helsinki.  Adalah kubu (fotress) ini dibina bermula 1700 bila Finland di bawah Swedish dan telah dibesarkan dalam abab ke 18 semasa dibawah kuasa Russian.  Masih boleh dilihat kesan-kesan sejarah di sini. Tersenarai sebagai kawasan bersejarah oleh pihak UNIESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

Tips : Kat  Suomenllina ni tak payah risau pasal makanan dan toilet.  Banyak restoran atau cafe. Toilet pun banyak dan percuma.  Fridge magnet pun ada, harga tak jauh beza dengan yang kat market square. Aku beli fidge magnet di sini.  Perlu pakai kasut yang baik seperti sport shoes (aku pakai jenis timberland, jalan jauh pun tak sakit kaki)  jangan sesekali nak berangan nak pakai heels bagai. Sebabnya, permukaan jalan kat sini tak rata. Tak ada jalan bertar, semuanya jalan dari cobble stone, brick dan pasir.  

2 jam pusing-pusing kat kawasan ni lewat pukul 12 tengahari kami beredar ke jeti untuk kembali ke mainland.  Tak lama tunggu, feri sampai. 

Tiba di Market Square... apa lagi terus mencari gerai jual makanan panas.  Sejuk-sejuk begini memang kena sangatlah makan dan minum yang panas-panas.  Tak jauh dari jeti nampak sign kat satu gerai ni tertera "Salmon Soup".  Waa apa lagi terus terjah.  Ramai pulak beratur kat gerai ni. Ada salmon & seafood grill dan sup salmon.  Kami memesan 1 mangkuk kecik soup salmon, 1 pinggan mixed seafood grill dan 1 cawan kopi, Semuanya Euro15! (Psst! jangan convert...hahahaha). Kami share. Dan kami berkongsi makan dengan burung-burung seagull hehehe.  Memang banyak seagull kat ni.

Habis makan kami tawaf kat area market ni tengok apa yang mampu beli untuk dijadikan cenderamata.  Sambil membeli kami tanyakan arah ke Uspenski Cathedral yang terkenal tu.  Rata masyarakat Finnish kat sini boleh berbahasa Inggeris, jadi kalau nak tanya itu ini memang tak jadi masalah besar.  Jarak Uspenski Catheral dengan Market Square tak jauh, boleh menapak saja.  



ni lah area Helsinki Market Square. Sini jugak lah jeti ke Suomellina 

sedapnyaaa...smoked fishes

Mesin tiket untuk tambang feri ke Suomenllina

Feri ke Suomenllina
ruang dalam feri..
di depan jeti Suomenllina

banguna-bangunan historical di sepanjang jalan kat pulau

happy faces kanak-kanak Suomi

salah satu jalan di pulau Suomenllina

jambatan menghubung ke pulau yang lain.  Lihat kat sebelah kanan tu kubu.

meriam (canon) zaman dulu-dulu

mabuk daun-daub maple...

salmon soup dan grilled seafood...yummy



beratur jangan tak beratur

Euro 15....nangissss....


kraftangan masyarakat Suomi

Deretan gerai-gerai kat Market Square

Uspenski Cathedral  atau dalam bahasa Finnish, Uspenskin Katedraali)
Dari jauh dah nampak bangunan warna merah yang tersergam kat tanah yang agak tinggi. Cathedral ini direka oleh akitek Russian bernama Aleksey Gornostayev. Dibina selepas akitek ni meninggal dunia dari tahun 1862 - 1868. Cathedral ini adalah gereja orthodox terbesar di Eropah Barat. Dinding luarnya dibuat dari batu-bata berwarna merah, adalah satu simbol yang jelas kesan pendudukan Russia pada sejarah Finland. Macam bangunan-bangunan kat Red Square, Moscow. Kami tidak dapat memasuki gereja ini, ianya kerana masih dalam pengubah-suaian.  Posing-posing kat luar jer lar. Kecewa jugak lar.  Dari web yang aku baca, ada icons yang sangat bernilai (St. Nicolas - The Wonder Maker) yang dipamirkan di mimbar (Lectern) telah dicuri pada 16 Aug 2007 dan masih tak dijumpai sampai sekarang. Icons yang bersaiz 450mm x 350mm ini dari abab yang ke19 diberi semasa perang dunia ke2.


dari jauh dah nampak 

dinding bata merah 
di hadapan pintu masuk cathedral

sign kat dinding belakang catheral


Helsinki Cathedral & Senate Square atau Tuomiokirkko dalam bahasa Finnish

Yang ni berbeza dengan Uspenski Cathedral.  Ia bangunan berwarna putih dan berkubah hijau di dataran Senate (Senate Square). Kedudukan tak berapa jauh dari Uspenski Cathedral, hanya berjalan kurang 15 minit. Dibina dari tahun 1830 hingga 1852  sebagai penghormatan kepada Grand Duke of Finland, Tsar Nicholas I of Rusia. Gereja ini jugak dikenali sebagai St. Nicholas's Church sehingga Independent Day tahun 1917.  Lepas tarikh itu, nama Helsinki Cathedral kekal hingga sekarang. Direka bentuk oleh akitek German bernama Carl Ludvig Engel dan dia jugak merekabentuk Senate Square.  Kedudukannya yang tinggi, kena panjat tangga batu untuk sampai ke atas.  Aku tak larat, hanya duduk kat Senate Square.  Wana saja yang naik ke atas. Dalam perjalanan pulang ke hotel, aku lalu deretan kedai-kedai designer.  Kedai yang aku mampu tengok saja.  Tetapi yang aku paling perasan sekali kebanyakan kedai di Eropah yang pernah aku lawati, kedai H&M dan Zara yang paling kerap aku jumpa. Mana-mana tempat tumpuan (POI) mesti jumpa dua kedai ni.

Sebelum sampai hotel, aku plan nak pergi masjid Helsinki yang memang aku tau dekat-dekat dengan hotel.  Wana tak mau ikut, katanya dia kurang sihat dan nak berehat di hotel sahaja.  Terpaksalah aku jalan sorang-sorang cari arah masjid tu. Aku berjalan mencari arah masjid berpandukan google map yang telah aku save offline.


Helsinki Cathedral di Senate Square 

Helsinki Cathedral



Suomen Islamilainen (mosque)

Terletak di

Lönnrotinkatu 22, 00120 Helsinki, Finland
+358 9 2782551


Lebih kurang 200m saja dari Hotel Omena tempat kami tinggal.
sumber google

Kedudukannya di deretan bangunan pejabat.  Dengan google map, memang tak susah nak cari masjid ini. Tetapi aku keliru bangunan yang mana satu sebab tiada signboard masjid.  Aku redah jer tanya salah satu pemilik kedai kat area tu.  Alhamdulillah pemilik/pekerja salon rambut tu tau dan menunjukan bangunan yang mana satu. Rupanya di belakang salonnya. Rekabentuk bangunan pejabatnya berbentuk empat segi.  Di tengah-tengah ada tempat parking kereta. So, aku agak, sewa pejabat yang facing parking kereta ni lebih murah berbanding pejabat yang facing jalan besar.  Mula-mula sampai aku tersilap masuk, aku masuk ruang solat lelaki.  Seorang lelaki tunjuk arah tempat solat muslimah.  Tiada orang kat ruang solat muslimah.  Keadaan ruang tak terurus. Agak berselarak. Tak lama kemudian aku dengan Muazim melaungkan azan Asar. Tidak guna loud speaker. Jemaah yang ada dalam ruang solat saje yang boleh mendengar laungan azan. Aku mencari tempat wuduk tapi ternampak beberapa orang lelaki kat ruang wuduk muslimah.  Lepas bertanya, rupanya masjid tu dalam pengubah-suaian. Aku tak jadi solat di masjid tu.  Tak sanggup aku berkongsi ruang wuduk. Agak kecewa sebab tak dapat solat di situ dan ambil keputusan balik ke hotel.  

Malam itu kami kemas barang-barang sebab esok pagi kami akan ke St. Petersburg, Russia.  Elok kemas barang awal takut esok tak lah kelam kabut. Lepas packing barang dan makan malam di bilik hotel, aku baring-baring sambil update Facebook.  




Nama masjid Suomen Islamilainen dipapar di dinding bangunan (signage ni sebelah dengan salon rambut tempat aku menanya arah)


Ruang solat Muslimin

Ruang solat Muslimah
Ruang solat Muslimah


Bersambung....








Thursday, October 29, 2015

Day 10 - Viking Line Dari Stockholm ke Helsinki



Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara-Negara Scandinavia Dan Russia



Ini adalah kami pertama aku menaiki ferry yang lengkap dengan penginapan.  Perasaan teruja tu memang tak dapat dinafikan. Terbayang pasti indah menyaksikan matahari naik dan tenggelam dari deck feri. Aku berdoa semoga cuaca baik dan semua berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. 

Sebelum itu aku ingin beri tips pada sesiapa yang berminat nak menaiki cruise line ini. Kalau nak bilik yang kita idamkan dapat. Contoh, korang nak 4 orang sebilik kenalah book awal-awal, kalau tak melepaslan.  Bilik macam ni memang hot cake, cepat habis. Boleh book tiket kat link ni dan tiket boleh print dari rumah.  Info ada kat sini,  Viking . Bilik yang aku tempah iaitu Cabin LXR Seaside Premium Allergy, TV termasuk makan pagi hanya Euro 189 (untuk 2 orang)

Kami plan akan bertolak dari Excellence Hotel AB Crystal Plaza Hotel ke Stadsgarden selepas makan tengah hari. Dengan mengguna applikasi Zabihah, mudah untuk kami mencari restoran halal di sekitar Stockholm. Link Restoran flames  Salmon Spageti menjadi pilihan aku.  Kat sini salmon memang senang dapat, jadi tak jadi masalah untuk kami makan.  Salmon mentah yang diperah lemon ermmm lagi sedap. Portion makanan kat restoran ni agak banyak.  Sepatutnya kami order 1 meal saje cukup untuk makan 2 orang.  Untuk elak dari membazir aku dan Wana minta pekerja restoran itu pack.  Boleh makan malam nanti. 1 set meal termasuk air oren (fanta) lebih kurang Euro 19.  Kalau convert mau nangis.

Kami menaiki teksi dari Hotel tempat kami menginap ke Stadsgarden.  Teksi kat Stockholm ni perlu hati-hati yer.  Perlu perhatikan kat cermin sisi belakang yang ada sign warna kuning, kadang kita nampak 320Kr, 470Kr. Tambang teksi di Stockholm tak sama.  Lain pemilik teksi lain harganya. Maka kita sebagai pengguna (chewahh) mesti check harga sebelum naik. Jangan main redah naik jer..hehehe.  Paling murah yang aku pernah naik 320Kr (untuk 10km, 15minit perjalanan). Menurut sumber yang aku baca, tambang teksi yang berpatutan adalah antara 290 Kr - 390Kr.  Lebih dari itu dikira mahal atau permium.  

Departure time cruise yang akan kami naik jam 4.30 petang.  Jadi kami perlu berada di Stadsgarden untuk check-in 1-2 jam sebelum departure time. Stadsgarden ni macam airport kecik ada tempat check in , ruang menunggu (aku tak tau yang kat Malaysia , mungkin kat Malaysia ada tempat check in jugak).  Ni kan first time aku naik cruise macam ni huhu.  Jarak antara hotel ke Stadsgarden tak lah jauh sangat kurang 6km saje. Tak sampai 15minit teksi sampai ke Viking, Stadsgarden.  Pemandu teksi tu nak turunkan kami kat simpang jalan yang jarak lebih kurang 100m dari pintu masuk Viking. Wana tak mau sebab malas nak heret bag jauh-jauh. Pemandu tu kata kalau nak turunkan kat dalam kena tambah extra SEK16 (Euro 2). Ok Deal. Sebabnya dia kena bayar caj parking kalau masuk kat dalam compound Viking. Teksi kat sini canggih betul.  Kat meter teksi siap ada conversion rate. Guna mesin ni kami boleh campur matawang (Euro & Swedish Krona atau SEK) dan kalau tak ada cash boleh bayar guna credit card.  Memang clever machine hehehe.

Masuk hall, aku terus pergi ke kaunter untuk check in.  Passport dan printed ticket diberi dan tak lama kemudian kami diberi boarding & access pass.  Tertera Nama cruise M/S Mariella, Cabin 1 LXR Seaside Premium Allergy, TV included breakfast.  Di belakang tiket ada magnetic strip.  Diguna masa nak masuk ke laluan Gate and untuk buka pintu bilik.  Ramai jugak pelancong, kebanyakan dari warganegara China.  Ahsoh-ahsoh belaka.

Kapasiti muatan kapal ini M/S Mariella adalah 2500 orang. Terdapat 10 tingkat semuanya. Tingkat penginapan terletak di aras 4,5 & 6 (suite). Manakala aras beli-belah, riadah dan restoran terletak di aras 6 & 7. Selepas solat Jamak Asar & Zohor, aku rehat-rehat sambil lihat kat jendela kapal. Pengumuman dari PA System kerap kedengaran tapi haram aku tak faham, banyak dalam bahasa Swedish.  Maghrib kat sini agak awal lebih kurang jam 5.40 petang.  Maknanya jam 5.30 atau awal aku harus gegas naik ke deck untuk lihat sunset.  Excited giler.

Aku mengajak Wana naik ke deck atas temankan aku tengok matahari terbenam.  Dia tak mau pulak dengan alasan dia dah naik masa aku tengah solat tadi. Jadi terpaksalah aku naik sorang-sorang. Aku ambil keputusan ke Level 8 saje tak ke Level 10.  Buka saja pintu keluar deck, MasyaAllah kuatnya angin. aku tak tahan kesejukan, aku masuk balik ke dalam kapal. Aku cuba keluar ikut pintu lain dengan harapan tiupan angin tak ganas sangat.  Alhamdulillah aku bernasib baik.  Maka duduklah aku sorang-sorang kat deck tu. Ok lah jugak tak ada orang, peaceful.  Merenung ke laut lepas dengan pandangan yang bebas cukup mendamaikan.  MasyaAllah betapa kerdilnya aku, menyaksi indahnya ciptaanMu ya Allah.  Tak sedar air mata menitis. Garis-garis merah mulai mewarna langit.  Bagai melakar warna dikertas putih.  Subhanallah cukup indah cukup cantik, sempurna.  Sukar untuk aku gambarkan betapa indahnya ciptaan Ilahi.  Sempat aku memotrek gambar selfie sekeping dua, cukup dijadikan kenang kenangan sepanjang hayatku.  Lebih 30 minit aku berdiri di deck, menunggu sehingga hilang mega merah, aku turun semula untuk ke bilik.  Aku berkongsi pengalaman dengan Wana. Masing-masing tersenyum puas. Wana meyaksikan matahari terbenam dari dalam bilik melalui tingkap kaca dan aku melihat secara terus.  Hehe aku rasa pengalaman aku lagi best.

Lepas makan malam dari makanan yang aku pack tadi, solat jamak maghrib & Isya' aku merebahkan badan ke tilam.  Nak online, wifi semput macam siput kinzir. Tak ada aktiviti aku masuk tidur awal.
Kat kapal ni diberi 2 pilihan wifi, free dan berbayar.  Pastinya yang free tu semput dan yang berbayar tu laju.

Jam 5.30 pagi aku bangun untuk solat subuh.  Lepas solat aku renung di jendela mencari jalur matahari pagi.  Aku tak berani naik ke deck seawal pagi, takutnya nanti aku beku kat atas sana.  Jam 7.00 pagi kami ke restoran untuk makan pagi.  Aku cepat-cepat makan.  Aku cuma makan roti disapu dengan mentega diletak dengan keju.  Next round pilihan aku adalah herring dan salmon mentah, my favorite.  Puas hati betul aku makan salmon.  Lepas makan aku cakap kat Wana aku nak ke deck atas untuk lihat baki-baki matahari naik.  Keluarlah aku sorang-sorang. Seperti yang dijangkakan, memang tiada orang yang gila macam aku, nak tengok matahari terbit. Yang aku nampak cuma sorang jer mamak ni tengah merokok.  Aku tak lah lama sangat kat deck ni, cukup merakam gambar sekeping dua dan aku turun semula masuk bilik. Lagi 3 jam iaitu 10.10 pagi kami akan sampai ke Helsinki. Ada masa untuk mengemas barang-barang untuk dimasukan ke dalam bag.  Masa berbaki aku hanya merenung di jendela kapal.  Merenung masa depan, merenung ke dalam diri...muhasabah diri.

Setengah jam sebelum mendarat, pengumuman kedengaran, kapal akan berlabuh tak lama lagi. Dah berlabuh baru kami berdua menarik keluar bagasi kami.  Kat lobby kapal baru kami perasan yang penumpang berganda.  Masa naik kat Stockholm tak lar ramai sangat.  Mungkin kami tak sedar yang kapal ni berlabuh kat perlabuhan yang aku tak tau dimasa kami tengah sedap tidur. Aku diam kan diri saja.

Keluar saja dari perlabuhan kami terus ke laluan teksi.  Naik teksi kat sini mudah tak macam kat Stockholm.  Kat Stockholm Train Station ada mesin khas untuk teksi, pergi kat mesin, pilih teksi yang kita nak......nak yang murah atau yang mahal. Dah pilih teksi, ambil resit, tunggu teksi yang kita pilih tu datang.

Sepanjang 10 hari perjalanan aku di bumi Eropah & Scandinavia ni, aku dapati semua pemandu teksi baik-baik dan peramah.  Cukup berhemah. Alhamdulillah.

Perjalanan dari Perlabuhan Helsinki ke Hotel Omena tak jauh, kurang 20 minit perjalanan dah sampai. Pemandu teksi tu pernah datang ke Malaysia tapi cuma 4 jam, lol.  Rupanya dia ke Singapore dan hanya singgah sebentar di Johor Bharu. Kata dia lagi kat Helsinki ni ada 1 restoran Malaysia, tak jauh dari hotel kami tinggal.



entrance to Viking Line

check in counter

Boarding and access pass


posing dulu sebelum masuk kapal


kenderaan line-up masuk kapal

passage way to our room

our room with attached bathroom

beautiful sunset

selfie

another capture

brekkie - all raw and fresh salmon & herring

beautiful sunrise

deck at Level 8

Suomenllina from far

rumah sapalah agaknya...kalaulah aku punya...berangan....


Viking M/S Mariela from far


Selamat Datang ke Helsinki......Hello Suomi

Bersambung

Wednesday, October 28, 2015

Day 6 - Hamburg ke Copenhagen Merentas Lautan Baltic


Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara-Negara Scandinavia Dan Russia

Perjalanan menaiki keretapi dari Hamburg ke Copenhagen memang aku tunggu-tunggu.  Dengan merujuk pada web http://www.seat61.com/ kami nekad untuk berhenti di Hamburg kerana...jeng jeng jeng.  Pasti ada yang menarik kan.

Tiket dibooking seawal 92 hari sebelum departure date.  Kalau nak harga tiket murah mesti dibeli pada hari pertama jualan tiket bermula.  Macam ICE tiket dijual seawal 92 hari.  Perlu alert kalau tak tiket akan mahal malah berganda-ganda.  Aku dapat tiket ni dengan harga yang murah iaitu Euro 33.50 sehala dari https://www.b-europe.com/Travel/Trains/ICE.  Tiket boleh dicetak dari rumah. Ingat jangan lipat tiket kat tempat barcode, kalau tidak, akan timbul masalah waktu scan oleh pegawai pemeriksa tiket 

Memandangkan Hotel Furst Bismarck tempat kami menginap di Hamburg hanya seberang jalan saje ke Hamburg Hbf (train station) maka tak jadi masalah untuk kami sampai kurang 30 minit sebelum departure time. Tepat pada 9.28am, ICE #33 meluncur laju tiba depan platform tempat kami menunggu.  Kelihatan pegawai pemeriksa tiket sedang sedia menunggu. Tiket diperiksa (scan) sebelum kami dibenarkan naik. Membawa bag yang besar tidak menjadi masalah kerana platform dan paras lantai keretapi tidak terlalu tinggi dan ada disediakan tempat letak bagasi di setiap coach. 

Tiket diperiksa lagi dan kali ini dicop, kali ini oleh pegawai perempuan.  Baik tak sombong.  Tempat duduk aku bersebelah dengan tingkap, memang menjadi kegemaran aku untuk duduk di tepi tingkap. Dapat mengelamun sambil menikmati alam semulajadi.  Pemandangan luar sungguh indah sekali. Daun-daun bertukar warna menguning.  Padang hijau atau meadow luas mata memandang. Sungai mengalir tenang.  Pasti dingin di luar sana.  Indahnya ciptaaan Allah SWT ini... Subhanallah.

Train berhenti agak lama di Puttgarden. Dan ini lah saat-saat yang aku tunggu. Train yang kami naiki perlahan-lahan akan ditarik masuk ke dalam feri untuk menyeberangi Lautan Baltic sejauh 22km menuju ke station Rodby. Ini adalah salah satu tempat di Eropah di mana train masih ditarik atau ditolak (shunted)  ke dalam feri.  Setelah train betul-betul berada di dalam feri (Level paling bawah kalau tak silap lower level 3), penumpang diminta turun dari train untuk naik ke deck feri. Kami bergegas naik ke deck.  Di tingkat 1 kelihatan cafe, restoran, kedai bebas cukai, ruang santai, tempat merokok dan tempat mainan.  Luas jugak kawasannya.  Aku terus naik deck yang paling atas.  Subhanallah macam tak percaya aku berada di deck feri yang  besar yang sedang menyeberangi Lautan Baltic.  Sejuk dengan tiupan angin yang sangat kejam mencengkam hingga ke tulang hitam.  Aku antara orang Asia yang berada di situ...hehehe. Lautnya hitam kelihatan cukup ganas. Aku menjenggah kepala ke bawah, MasyaAllah seriaunya.  Kalaulah jatuh memang Innalillah.... lar.

Setelah puas bergambar berposing bagai nak rak, aku turun ke bawah. Lagipun mana boleh lama-lama, sejuk.  Aku ambil keputusan untuk makan tengahari di situ. Makan dalam feri, satu pengalaman baru.  Ternampak fish & chips, harganya Euro 16 ermmm boleh lah.  Kata Wana, kita share sebab big portion takut tak terhabis.  Jimat lah sikit hehe.

Lepas makan ada announcement diminta semua penumpang train diminta naik train.  Kami turun dan menuju tempat duduk masing-masing.

Baki perjalanan dari Rodby menuju ke Koebenhavn Hbf mengambil masa 2 jam. 



Hamburg Hbf



Tiket diperiksa dan discan barcode


Train stop at Puttgarden before shunted onto ship

Semua passenger dikehendaki turun dari train 

to hall


kat sini ada restoran, duty free shop, rest area and games station


top deck tempat penumpang menikmati panorama luar


top deck


sejuk giler

suasana atas deck, mula-mula tu meriah lama-lama makin kurang ....sejuk


kapal meninggalkan pelabuhan...bye-bye

my lunch fish & chips euro 16


kenderaan line-up untuk masuk kapal ke Hamburg



coach