Monday, October 26, 2015

Day 2 - Autumn in Brussels, Belgium






Pagi-pagi lagi aku sudah bangun bersiap-siap nak keluar jalan-jalan tengok kota Brussels ibu negara Belgium atau Bruxelles (dalam bahasa Perancis). Tak banyak yang boleh dilihat kat Brussels ni dan boleh cover dengan menapak saje. Cuaca baik agak berangin, langit kebiru biruan dengan suhu 10 darjah celsius tak lah terasa penat berjalan jauh. Unless kalau nak cover luar dari Brussels macam kat Bruges, Antwerp (kota diamond), atau Leuven. Kalau datang Brussels ni tak sah kalau tak singgah kat Grand Place, Manneken Pis dan Atomium.


Atomium
- Pada asalnya dibina sempena World's Fair 1958 yang berlangsung di Brussels.
- Direka oleh seorang jurutera "André Waterkeyn" dan arkitek "André and Jean Polak".
- tinggi 102 meter dan sebanyak 9 bijik sfera yang setiap satu berdiameter 18 meter dihubungkan dengan 20 tube dan didirikan atas 3 tiang (pillar).
- Ia adalah simbol iron crystal yang dibesarkan sebanyak 165 billion kali.
- CNN menamakan ia bangunan yang paling "bizzare" di Eropah
- Sekarang adalah sebuah muzium.


welcome belgium


tiket Euro 11



view from top


St Michael & St Gudula Cathedral

The St. Michael and St. Gudula Cathedral adalah Roman Catholic church yang terletak di Treurenberg Hill, Brussels. Gereja ini adalah gereja kebangsaan Belgium dimana perkahwinan diRaja dan upacara pengebumian diadakan. 

Gothic architecture terselah pada dekorasi gereja ini. Ketinggian bangunan ini adalah 64m. Tarikan utama pada struktur bangunan ini adalah pada tiang dan gerbang (arches).



aku di depan St Michael & St Gudula Cathedral


St Michael & St Gudula Cathedral

Gothic Architecture.  Lihat pada column dan arch, menarik bukan

St Michael & St Gudula Cathedral - Interior



interior


deretan kedai berhampiran dengan Grand Place


sweets yang mampu lihat saja

patung-patung pakaian kebangsaan Belgium


boleh dijadikan buahtangan 

pelbagai fridge magnet dijual


Grand Place

- telah disenarai sebagai bangunan warisan UNESCO pada tahun 1998
- Merupakan central square of Brussels
- Dikelilingi oleh guild halls, City Hall dan Maison du Roi
- Setiap 2 tahun pada bulan August akan diadakan upacara flower carpet di tengah square ini hanya untuk beberapa hari saje.
Grand Place ni lebih kurang Marienplaz, Munchen, Germany yang dikelilingi dengan bangunan bersejarah.
aku di depan Grand Place

Bangunan berhampiran dengna City Hall - Guild Halls
bunga-bunga yang dijual di hadapan Grand Place square


Bergambar dengan pegawai City Hall yang berpakaian kebangsaan Belgium, kebetulan hari tu ada wedding ceremony.
Jangan tertipu dengan harga waffle Euro1, itu hanya plain waffle.  Kalau tambah buah atau aiskrim harganya berbeza.

Manneken Pis

Little pee man dalam bahasa Flemish (patung budak tengah kencing). Patung yang dibuat dari bronze ni terletak tak jauh dari Grand Place iaiut rue de I'Etuve 31 (Lievevrouwbroersstraat 31, 1000 Brussels, Belgium. Jadi kami hanya berjalan kaki saje. Saiz patung ni hanya lah 61cm (24 inches ) kecik kan. Patung budak tengah kencing dalam fountain basin ini direka oleh Hieronymus Duquesnoy pada tahun 1618 atau 1619. Lama betul ye. Banyak cerita rupanya pasal Manneken pis ni. Antaranya pernah dicerita pada pelancong adalah seorang bapa yang kehilangan anak lelakinya dan sibapa telah meminta pertolongan dari penduduk kampung. Sebagai menghargainya sibapa telah menghadiahkan statue ni kepada mereka. Ada cerita lain pulak yang agak daring, adalah seorang budak menjadi spy (pengitip) dan telah mengencing bahan letupan untuk bom sebuah bandar. 

Manneken Pis mempunyai rangkaian pakaian dari Santa suits kepada national costumes dari pelbagai negara seluruh dunia. Yang terbaru adalah pakaian Chinese yang dibuat dari kulit berwarna merah. Masa aku datang MP ni pakai baju dari China. Ianya hadiah dari Bandar Haining, China. Ada sebuah statue budak perempuan yang nama Jeanneke Pis yang terletak tak jauh dari Mannekin Pis. Baru saja dibuat dalam sekitar tahun 80an. Tapi ianya kurang popular.

Manneken Pis dengan baju kebangsaan China


Punyalah ramai orang yang berminat Manneken Pis ni.


kat tengah-tengah Brussels ada pasar malam. Area ni dekat dengan Metro Bockstael

ada mini fun fair lagi

kat area Bockstael ni majority penduduknya adalah muslim.  Ni salah satu kiosk kat Metro milik muslim Belgian. Metro ni on a way to Atomium 



Sunday, October 25, 2015

Day 1 - Autumn in Brussels, Belgium




Hari Pertama :

Kami berdua tiba di Charles De Gaulle (CDG Airport) Paris dengan penerbangan Qatar Airways tepat jam 7.25am, 9hb October 2015. Urusan passport dan imigresen berjalan lancar walau masa kami tiba hanya 3 kaunter imigresen saje yang dibuka (1 untuk warga France dan 2 lagi untuk warga negara lain). Terus kami mencari arah Gara Routiere de Roissypole dimana terletak Terminal Bas.  Bas yang bakal membawa kami ke Brussels akan bertolak jam 10.00 pagi,  Lagi 1.5 jam lagi.  Sebenarnya kami telah menempah train Thalys ke Brussels tapi 6 hari sebelum bertolak ke Paris, Wana mendapat email dari agent tiket mengatakan semua train (Thalys, ICE, Eurostar etc) ke Brussels dibatalkan kerana mogok. Aduii lar...last minute pulak tu. 

Email:

"On 09/07/2015 you booked an international train journey from Paris Nord to Bruxelles-Midi/Brussel-Zuid for 09/10/2015 (reference HRPPGNC).

However, due to planned industrial action affecting the Belgian rail network, no Thalys train services will be operated from Thursday 8 October 2015, 10pm to Friday 9 October 2015, 10pm.

We are therefore advising customers to either cancel or postpone train travel. Please kindly contact our customer services for ticket exchanges or refunds."

Dalam kepala time tu samada naik pesawat atau bas.  Nak naik next day train tak mungkin sebab hotel telah dibook nanti rugilar.  Lepas bincang kami sepakat naik bas.  Alhamdulillah dapat harga berpatutan iaitu Euro 29, bas OUIBUS. Bas ni beroperasi 2 kali sehari dari CDG ke Brussels iaitu 10.00 pagi atau 2.30pm.  Bas ke Brussels terletak di Platform F.  Setelah tau dimana letaknya platform bas, kami ada masa lagi kalau nak mengopi.  Jumpa cafe Brioche Doree yang terdekat dekat area Bas Terminal. Dengan harga Euro 2.99 kami dapat secawan kopi dan seketul croissant.  Alhamdulillah...


Brekfes kat Brioche Doree



Signboard kat CDG 

Jam 9.15am  kami bergegas ke Terminal 3 dengan menaiki shuttle train CDGVA yang mengambil masa kurang 15 minit sahaja. Dan ianya percuma.  Tiba di platform, mulanya tiada orang langsung, cuak jugak kalau-kalau kami tersalah platform.  Tak lama kemudian  datang sepasang couple muda dari Singapore dan sorang local.  Jadi, termasuk kami 5 orang. Dalam hati ermm bestnya 5 orang jer dalam bas hehehe.  Bas tiba lewat 15 minit. Alamat! Rupanya bas tu dah hampir penuh.  Maknanya kat CDG ni hentian terakhir pick up penumpang untuk ke Brussels.  Kami diminta tunjuk printed ticket dengan passport.  Lepas check semuanya betul, pegawai akan memberi sticker nombor untuk dilekatkan pada bag dan printed tiket . Dan Pegawai bas itu sendiri akan mengangkat beg kami ke perut bas.  

Bas ni lengkap dengan toilet. Letak toilet ni kat bawah (lower level) dan tepi tangga turun (Exit).  So tak der lar berbau kalau sesiapa "melepas". Lengkap dengan wifi dan socket. Tak lah susah hati kalau handphone kehabisan bateri.

Aku perasan drebar ni bawa cukup "berhemah". Mana taknya... kat depan tak ada kenderaan pun bas tetap maintain kelajuan below 90km/hr.  Duk kat line tengah aje.  Kalau kat Malaysia mau rempit lebih 110km/jam.



laluan shuttle train CGDVA.  Tak susah mana kalau faham betul-betul laluannya.



Terminal Bas - Gara Routiere de Roissypole


Pemandu berhemah...

kat dalam OuiBus cukup selesa lengkap dengan wifi

tak jadi masalah kalau nak caj henfon

Bas OuiBus (sumber google)


Bas berhenti selama setengah jam untuk coffee break.

Masa ni dah sampai kat Brussels Midi.  Muka penat.

sajian mata, di sepanjang perjalanan terdapat banyak wind turbine

sepanjang jalan daun-daun mulai menguning....ohh indahnya

Selepas 4 jam perjalanan (kalau Thayls train hanya 2 jam) Alhamdulillah kami tiba di Brussels Midi jam 2.30pm.  Sepatutnya kami harus ke Brussels Midi untuk mengambil intercity train ke Brussels Central (berhampiran dengan hotel kami).  Tetapi dek kerana hari tu hari mogok, terpaksalah kami menapak sikit dari tram terdekat ke hotel yang jauh jugaknya lebih kurang 1km. Menolak bag beroda di cobble stone pavement dengan membawa bag pack amatlah tak cool sama sekali.  Mood kami agak kurang baik ditambah pulak tersilap jalan. Tiba di Ibis Hotel Brussels off Grand Place sudah lewat. Penatnya Allah jer lar yang tau.  Alhamdulillah semua selamat.

Lepas mandi, solat dan rehat sekejab. Aku menanyakan Wana samada nak keluar sekitar Grand Place.  Dari sumber yang aku baca kat Grand Place waktu malam happening.  Tetapi wana tak larat, keletihan tahap max katanya.  Aku ambil keputusan keluar sorang-sorang.  Tapi tak kisahlah hotel dengan Grand Place tak jauh pun lebih kurang 300m.  Comfirm tak sesat, pujuk diri sendiri. Sebenarnya takut jugak hehe... maklumlah kat negara orang, malam pulak tu.

Ya memang betul, Grand Place waktu malam memang happening memang meriah.  Ramainya orang... ada yang minum, ada yang lepak-lepak, tapi yang ramainya orang macam aku ni, tourist yg sibuk nak ambil gambar Grand Place dan sekitarnya.  Malam agak sejuk so, tak der lar lama-lama aku kat situ.  On the way balik aku singgah kat 1 kedai ni yang jual chocolate waffle.  Kata orang kalau ke Brussels ni benda makan yang wajib try adalah cokelat & waffle.

Sila layan gambar-gambar kat bawah ni....cheers...


Grand Place waktu malam


Grand Place

Happening 


Waktu malam memang happening...

abang ni tengah buat Curros, around Euro 9 sekali dengan kopi

Belgian waffles...yummy


Bersambung...

Wednesday, October 7, 2015

Dari Siem Reap ke Phnom Penh, Cambodia

 Hari keempat : 28 December 2014

Perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh

Dari jam 7.30 pagi kami dah siap letak bag kat Lobby hotel.  Kata pekerja hotel itu tut-tut yang akan jemput kami jam 8.00 pagi. Jadinya kami bersarapan dulular sementara menunggu tut-tut datang. Lebih kurang jam 8.00 pagi tut-tut yang bakal bawa kami ke jeti Siem Reap sampai, kami adalah penumpang yang pertama. Rupanya tut-tut bukan bawa terus kami ke jeti, ada pelancong lain yang perlu dibawa. Maka jadilah sardin segar dalam tut-tut, nasib baik cuaca nyaman tak lah berpeluh sangat. Lebih kurang 10 orang disumbatnya...ermmm... (lupa nak snap gambar).  Maka sampailah kami kat jeti  Siem Reap. Tak jauh pun lebih kurang 15km saje, tapi jalan rayanya berdebu, berlubang...azab..huhu.

Feri kat sini (bukan saje feri, smua public transport) kalau bab time memang tak punctual langsung....selagi tak penuh mereka tak akan gerak. Feri kami delay lebih sejam.  Ada pelancong yang tak sabar membebel jugaklar.  Aku pun resah...nasib baik perut tak meragam.

Jom layan gambar-gambar kami :



Keadaan dalam Feri - ada toilet wooo...bersih ..tip top

Sementara tunggu feri gerak, lepak dulu.


Pandangan Jeti Siem Reap...ok lah...kalau malas bawa bag, boleh suruh budak2 tolong bawakan. Tapi INGAT bukan free ye, beri lah token sikit. USD1-2 ok lar.



Tempat simpan barang dalam Feri


Ni dah sampai Phnom Penh


Pemandangan kat Jeti Phnom Penh


Laluan dari Jeti


Cantik sungai Mekong


Kawan aku Wana sedang heret bag...


Suasana biasa di tasik Tonle Sap waktu air pasang


aktiviti mereka kebanyakannya menangkap ikan


Nelayan sedang tangkap ikan kat tasik Tonle Sap


peta Siem Reap ke Phnom Penh (sumber dari google)

Tasik Tonle Sap yang aku tau dari pak cik gugel adalah sebuah tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara.  Tasik ini adalah gabungan air tasik dan sungai.  Sangat penting pada penduduk Cambodia dari segi perikananan, pertanian dan sumber air.   Aliran air di Tonle Sap ini berubah mngikut musim, Musim panas dari November ke May, tasik akan mengecil dan air akan mengalir ke sungai Mekong di Phnom Penh manakala musim hujan (bermula Jun), Tasik Tonle Sap akan membentuk tasik yang besar.   Musim panas saiz tasik lebih kurang 1m dalam dengan keluasan 2700m2 tetapi bila tiba musim hujan air dari sungai Mekong masuk balik ke tasik dan keluasan tasik akan berkali-kali ganda besarnya, iaitu 16,000m2 dengan kedalaman  sehingga 9m.  Hebat kan.



diesel dijual dengan mudah di tepi-tepi jalan

Yang ni pit stop kami, ingat kenapa lah berenti rupanya isi minyak daa....



Tiket bot laju USD 35/seorang



pandangan dari balkoni Pillar Hotel, mengadap sungai Tonle Sap




Hotel yang kami tinggal (Pillar Hotel) tak lah jauh dari jeti...dengan menapak 100m saje. Yang best tempat tinggal kami adalah tuuuu ngadap Gloria Jean's Coffee. Malam ni mesti pergi ngopi hehehe. Yang tak best pasal hotel ni, tak ada kemudahan lift.  Dahlah duk kat tingkat 3..memang jenuh lah mengangkat bag, udahlah berat.  Berkerja keraslah otot-otot tangan kami..huhu. Sian....




Bersambung....


Kembara ke Eropah Dan Negara Scandinavia

Hari ini 8hb October 2015.


Lagi 12 jam aku akan mulakan perjalananku, dari KLIA ke CDG Paris. Dah lama aku tak update blog ni, kembara Eropah dari Istanbul ke London dengan laluan keretapi entah bila boleh update. Masa yang aku ada amat terhad. Tuntutan kerja sedikit menganggu. Ni dah masuk kembara aku dari Eropah ke Negara Scandinavia melalui  laluan darat iaitu keretapi/bas/feri, InsyaAllah akan aku cuba update. 

Kota-kota yang bakal aku jelajah adalah Brussels, Amsterdam, Hamburg, Stockholm, Copenhagen, Helsinki, St. Petersburg dan last skali Moscow.

Pagi ni entah kenapa perasaan tidak teruja sangat tidak seperti kembara sebelum ini. Ada sesuatu yang menganggu perasaan yang aku sendiri tidak tau. Aku harap perasaan ni hanya sekejab saja dan harapnya lepas melihat gugurnya daun-daun maple, dedaun di pohon-pohon kekuningan menunggu masa untuk gugur, sejuknya bumi eropah semua gundah gulana akan hilang.

Catatan #kembaraazr
#bloggingfromiphone





Ringkasan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia dan Russia (9 Oct - 24 Oct 2015) :-

Day 1 - Brussels
Day 2 - Brussels
Day 3 - Amsterdam
Day 4 - Amsterdam
Day 5 - Hamburg
Day 6 - Copenhagen
Day 7 - Copenhagen
Day 8 - Stockholm
Day 9 - Stockholm
Day 10 - Overnight on Viking Cruise
Day 11 - Helsinki
Day 12 - Helsinki
Day 13 - St. Petersburg
Day 14 - St. Petersburg
Day 15 - Moscow
Day 16 - Moscow 


Summary perbelanjaaan :
1) Flight Ticket 
  • RM 2685.00 (Qatar Airlines)

2) Tiket Train & Ferry
  • Paris - Stockholm (stop at 5 cities) = Euro 174 atau RM 747.60 (Exchange rate Euro 1 = RM 4.29 to RM 4.35)
  • Stockholm - Helsinki (via Ferry ) = Euro 189/room/2pax. Euro 94.50/pax atau RM 411.40 /pax termasuk sarapan.
  • Helsinki - St Petersburg - Moscow = USD 181 atau RM 687.25 (exchange rate USD 1 = RM 3.80)
  • JUMLAH RM 1,850.00 / pax
3) Hotel
  • RM 4,770.00 (sharing)
4) Russia Visa
  • Melalui agent RM 550.00
5) Miscellaneous
  • Makan, entrance fee, city transportation, ground tour (masa kat Amsterdam), souvenir, RM 3,000.00

JUMLAH KESELURUHAN UNTUK 16 DAYS TRIP (8 Oct - 24 Oct 2015) = RM 10,470.00