Sunday, November 29, 2015

Day 7 - Copenhangen, Denmark



Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia


Day 7 (15 Oct 2015) - Copenhagen, Denmark
Hari kedua di Copenhagen aku mulai dengan melawat Copenhagen City Hall. Seawal jam 9.00 pagi kami sudah sampai. Sepanjang perjalanan terdapat banyak bangunan-bangunan yang kaya dengan senibina yang mempesonakan.


Urban Hotel tak jauh dari Copenhagen train station

another view of train station

Copenhagen City Hall


Apa yang menarik semasa aku melawat Copenhagen City Hall, terdapat koridor yang luas cukup dan central hall di tengah-tengah terdapat jugak taman (courtyard) di tengah-tengah City Hall.

Copenhagen City Hall (Kobenhavns Radhus) adalah ibupejabat Majlis Perbandaran. Bangunan ini terletak di The City Hall Square di pusat bandar Copenhagen. Dengan ketinggian 105.6m (menyamai 35 tingkat bangunan) ia merupakan bangunan tertinggi di Copenhagen. Direka oleh akitek Martin Nyrop dalam gaya Italian Renaissance. Dibina pada tahun 1892 - 1905. Pernah digunakan untuk rakaman siri TV Denmark seperti "The Killing" dan "Borgen". Masuk kat sini adalah percuma. Tak semua bilik boleh masuk ada yang berkunci.

Di atas pintu masuk dan di tengah-tengah dinding luar bangunan terdapat ukiran Bishop Absalon" (warna kekuningan) yang diperbuat dari tembaga adalah pengasas Copenhagen sekitar tahun 1167.



Copenhagen City Hall & Square (sumber google) -  Opposite City Hall,  New metro station dalam pembinaan.

Sebelah kiri City Hall adalah Stroget Street - pedesrian shopping street yang terpanjang di Eropah iaitu 1.1km.  Menjual dari harga budget hinggalah barangan berjenama. Sangat popular tempat shopping. Aku beli souvenir kat sini. Macam-macam ada. 

City Hall dari jauh

Bishop Absalon di atas pintu masuk

Copenhagen City Hall


interior Central Hall

Bench 

Decorative stair railing ada lambang cityhall

Huge Central Hall

Garden at courtyard


Secara kebetulan kami jumpa dengan wanita berpayung kuning ni kat depan City Hall.  Rupanya mereka ni buat free city tour. Kita orang pun join group ni. Ramai jugak yang join, ada dua group, satu group lebih kurang 24 orang. Tour start jam 10.00 pagi sampai 12.00 tengahari. Dalam masa 2 jam, banyak jugak tempat yang kami cover.  Tips masa join group ni, kaki kena fit tak boleh sakit-sakit atau lengguh-lengguh kerana perlu berjalan jauh. dan mereka berjalan laju. Application kat smartphone aku catat jumlah perjalanan kami untuk hari itu 15km... jangan main-main huhu.

free tour guide - tengah bagi taklimat sebelum mula tour
typical street kat Copenhagen. Kebanyakan bangunan di sini tak tinggi sangat. Aku suka rekabentuk bangunan di sini, menarik.  Tiap unit tiap lorong berlainan.

parti pembangkang agaknya

Amalienborg Palace

Salah satu tempat yang menarik sempat kami singgah adalah Amalienborg. Di sini tempat yang terakhir dalam free tour.

Amalienborg dianggap sebagai salah satu hasil kerja seni Danish Rococco yang hebat dan telah dibina seawal 1700-an.

Amalienborg Palace terdapat empat bangunan utama iaitu
  • Christian VII's Palace - juga dikenali Moltke's Palace, digunakan sebagai kediaman tetamu
  • Christian VIII's Palace - juga dikenali Levetzau' Palace,  digunakan sebagai kediaman tetamu untuk Prince Joachim dan Princess Benedikte.
  • Frederik's VIII's Palace - juga dikenali sebagai Brockdorff's Palace, kediaman keluarga Crown Prince.
  • Christian IX's Palace - juga dikenali sebagai Schack's Palace, kediaman Queen dan Prince Consort.
Amalienborg Palace

keretakuda





Ditengah-tengah Palace Square ini terdapat statue King Frederik V dari 1771. Di sini, tiap jam 12 tengahari kita boleh lihat pertukaran Guard.

Statue King Frederick V kat tengah-tengah square
Guard ni serius betul.

tepat jam 12.00 tengahari akan ada pertukaran guard (*abaikan jam kat footer photo, time tak adjust)


Amaliehaven

Taman ini berdekatan dengan Istana Amalienborg. Direka oleh Belgian landscape architect iaitu Jean Delogne dan dihiasi dengan sculpture dari Italian artis iaitu Arnaldo Pomodoro. 

fountain kat tengah-tengah taman


The Little Mermaid

The sculpture of Little Mermaid. 23 August 2013 she turned 100 years old. Sculpure ni dibuat dari bronze & granite yang diinspirasi ole Hans Christian Andersen. Ada cerita dongeng tentang mermaid ni. Kisahnya memaid ni sangat menyintai seorang putera raja yang muda lagi hensem dan sanggup buat apa såja demi cintanya…kisahnyaa. Maka setiap pagi dan petang mermaid ni akan berenang dari dasar laut dan duduk atas batu ni dengan harapan boleh lihat kelibat pujaan hatinya…
dari Amalienborg kami menapak ke Little Mermaod.  Ada sungai mengalir tenang.

Dari Kastellet ke Little Mermaid. 

berhenti kejab kat taman Kastellet.  Sungai mengalir tenang. 

Little mermaid yang jadi kegemaran persinggahan pelancong. 

ada jual hot choc & coffee. 


Nyhavn

Nyhavn - New Harbour CopenhagenNyhavn dulunya adalah sebuah pelabuhan dimana kapal-kapal yang datang dari seluruh pelusuk dunia akan berlabuh di sini. Kawasan ni dulunya penuh dng pelayar (sailor), pempuan dot dot dan pub. Tetapi sekarang Nyhavn telah berubah dan telah diubahsuai menjadi bangunan yang cantik penuh warna warni. Some dijadikan cassy restaurant. Cuma No.9 Nyhavn adalah satu-satunya rumah kat kawasan ni yang tak diubahsuai since 1681.

Actually kat sini suasananya yang santai, relax dengan pemandangan canal yang indah. Jalan jauh-jauh pun tak penat.

Adik ni tengah buat banana crepe

hasilnya so sedap

Nyhavn

Nyhavn 17


The Memorial Anchor

Di hujung Nyhavn terdapat The Great Memorial Anchor (Danish : Mindeankeret). Dirasmi pada tahun 1951 mengantikan binaan kayu .  Dibina sebagai memperingati lebih 1700 pegawai, pelayar dan pedagang yang telah terkorban semasa perang dunia kedua. 

Marble Church


Frederik's Church atau lebih dikenali dengan The Marble Church adalah hasil senibina rococo.  Kedudukan gereja ini berdekatan dengan Amalienborg castle dan The Opera di tengah-tengah Frederiksstaden.

Gereja ini telah diletak batu asas pada tahun 1749 oleh King Frederik. Direka oleh Nicolai Eigtved dan kemudian disambung oleh Jardin selepas Nicolai meninggal dunia pada tahun 1754. Hampir 140 tahun barulah bangunan ini dirasmikan pada tahun 1984. Progres kerja yang sangat perlahan akibat dari masalah kewangan.  Walaupun ada masalah kewangan, King Frederik tetap tidak mahu membuat sebarang pindaan atau pengurangan kos. Dinding luar ini yang dibuat dari solid marble diimpot dari Norway - yang mana mejadikan kos bangunan ini bertambah. Dome gereja yang berwarna hijau dengan ukuran 31m ini adalah yang terbesar di scandinavia. 
 


Marble Church with green dome

interior church 


copper green dome


charging kat parking area

ni kat sebelah Nyhavn, banyak burung merpati kat sini


Official Language : Danish
Currency : Danish Krona (DKK); € 1 = DKK 7.46
Temp : -1 - 9 deg C
Steps : 21,800 (15.1km)

Friday, November 13, 2015

Day 6 - Copenhagen, Denmark.

Sambungan Kembara Eropah Utara, Negara Scandinavia Dan Russia


Day 6 (14 Oct 2015) - Copenhagen, Denmark

Kami tak lah tergesa-gesa sangat untuk ke train station memandangkan cuma seberang jalan saja. Pukul 9.15 pagi baru kami check-out hotel. Sambil menunggu train tiba, aku sempat menikmati kopi O panas dengan Chocolate Croissant.  

Di bawah jadual perjalanan kami dari Hamburg ke Copenhagen:-

Hamburg Hbf - Koebenhavn Hbf via ICE #33 Coach No. 27
Harga tiket : Euro 33.50/pax/one-way
ETD : 9.28 am
ETA : 2.13pm

Kali ini perjalanan kami lancar, tiada sebarang masalah. Aku habiskan masa dengan melihat pemandangan yang cukup indah. Tenggelam dalam menikmati alam ciptaan Allah SWT yang cukup indah sukar digambarkan dengan tulisan




Hamburg Hbf 

coffee & croissant 
Urban House Hotel yang kami tempah tak jauh dari train station, kurang dari 200m. Urban House Hotel sama dengan Omena Hotel kat Helsinki dimana door code dan nombor bilik akan di SMS sehari sebelum tarik daftar masuk (check-in). Kami sampai kat hotel sudah lewat jam 3 petang. Sambil menunggu masa dibenarkan masuk bilik iaitu pukul 4.00 petang, kami lepak kat ruang lobby hotel sambil ber"wifi" percuma. Bila dah ber"internet" memang tak rasa masa berlalu begitu pantas. Kejab jer dah pukul 4.00pm. Terus kami ke bilik hotel.

Selepas mandi, solat, rehat dan makan apa yang kami bawa, aku dan teman aku Wana bersiap-siap untuk keluar. Cuaca agak sejuk dan berangin di Copenhagen. Tempat yang kami lawati untuk hari pertama di Copenhagen adalah Tivoli Gardens. Kami ke Tivoli Gardens dengan menapak saja memandangkan jarak Urban House Hotel dengan Tivoli Garden tak jauh sangat cuma 350m. Hanya  Kalau kat tripadvisor Tivoli antara top 10 tempat yang mesti dilawati. Entrance fee DKK 99 (Euro 13). Tivoli Gardens ni sebenarnya taman permainan (amusement park) dan taman (garden). Bayaran masuk DKK99 tu tak termasuk kalau nak main permainan kat situ. Kat dalam ni macam-macam mainan ada seperti Ferris Wheels, The Demons, The Golden Tower, The Classic Carousel, The Star Flyer dan macam-macam lagi. Kalau musim panas (summer) akan diadakan live concert. Lady Gaga pernah buat show bulan Julai lepas. Tivoli Garden ni ada bahagian-bahagian yang ikut kebudayaan seperti India, Chinese dan Arab. 

Tivoli Gardens ditubuhkan pada tahun 1843 dan telah diiktiraf sebagai khazanah negara Denmark dan tarikan antarabangsa. Taman permainan ini adalah yang kedua tertua di dunia selepas Dyrehavsbakken, Denmark (The Deer Park's Hill) yang terletak 10km ke utara Copenhagen (detail boleh baca kat sini Dyrehavsbakken ). Tivoli Garden ni jugak antara theme park yang paling popular selepas Disneyland Paris, Europa-Park Rust, Germany dan Efteling, Netherlands.

Penulis cerita dongeng popular Hans Christian Andersen (yang inspire statue of mermaid) telah melawat banyak kali kat taman ini begitu jugak Walt Disney dan selebriti lain, semua telah jatuh cinta dengan taman-taman ini.

Masa aku pergi ke Tivoli Garden masa tu musim luruh (autumn), seluruh Tivoli yang luasnya 82 hektar telah diubahsuai (transform) ikut tema Halloween. Taman tu dihiasi penuh dengan labu-labu, lantern, dan ahli-ahli sihir. Waktu malam lagi cantik. Waktu ni semua lampu fairy lights akan dibuka.


Entrance Tivoli Garden

Tivoli

Halloween theme from 1Oct to 1 Nov

Pengunjung mulai ramai menjelang malam

witch's bowl

salah satu mainan kat dalam Tivoli. Struktur kat belakang ada imej masjid

Pagoda pun ada

A witch

lantern banyak digantung sebagai hiasan sepanjang jalan dalam taman

kat archway pun ada digantung lantern 

dekorasi kedai pun ikut Halloween theme




pumpkin

pumpkin



The Classic Carousel

Dibina seakan masjid

besar betul pumpkin ni

siap ada boat

lantern

ada imej Indian



comelnya si twin ni




Bersambung hari ke 2 di Copenhangen...